Assalaam alaykom... melihat keceriaannya, tawanya, telatahnya, gurauannya...tidak pernah sama sekali menyangka beliau sebenarnya menanggung kesakitan. hmm. Terasa baru semalam sahaja beliau mengajar saya steps kuda kepang semasa kami di Sarawak. Terasa baru semalam sahaja beliau mengusik saya, menyembunyikan tiket belon...sampaikan menitis airmata. Lalu beliau menghadiahkan keychain bear yang sangat comel. Petang Jumaat dua minggu yang lalu, kami bersama2 ke pasar petang berdekatan Jalan Raja Chulan, beliau mengadu kurang selera makan. hmm. Kemudian beberapa hari kemudian... beliau telah ditahan di wad Pusrawi. Kemudian selang beberapa hari doktor mengesahkan sakitnya. MashaAllah!!!! Hanya ALLAH yang tahu betapa kuatnya beliau menerima berita itu...dalam redha, sebagai ibu tunggal... beliau meneruskan perjuangan untuk melawan kesakitan. hmm.
Pagi tadi berkesempatan melawatnya yang telah dipindahkan ke HUKM.. beliau masih lagi dalam keadaan lemah. Tak berdaya untuk bersuara. Seorang KAKAK yang saya panggil BONDA di office... yang selalu bergurau bersama, tempat saya berkongsi cerita...kini terlantar, tapi masih mampu mengukir senyuman sinis bila mana saya berjenaka. Jika tidak mendapat senyuman, pasti saya yang akan lebih tersentuh hiba. Entah bila sista Idah akan kembali ceria, kembali bersembang... dan mungkin tempoh hari kali terakhir melihatnya bermain badminton.. hmm.
erm..hanya gmbo pintu wad yang mampu dirakam... kebiasannya saya merakam gmbo BONDA yang ceria... tetapi tadi sesungguhnya jari tak mampu memetik camera. Yang pasti, saya akan merindui kuih, nasi goreng dan sambal ikan bilis sista Idah. YA ALLAH!!! Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada BONDA untuk melawan kesakitannya. Semoga kembali pulih seperti sebelumnya.. hanya doa dan tawakkal mengiringimu. Amin.
Semoga rahmat dan kasih sayang Ilahi tertumpah ke atasnya..dan Idah akan kembali pulih seperti sediakala. Amin.
ReplyDeleteSama-sama kita doakan kesihatan sista Idah agar kembali sembuh dan ceria sperti selalu.
ReplyDelete