Tuesday, June 22, 2010

* lil' message to my hubby Moose *

Alhamdullillah... Fasa ketiga perpindahan warga kerja SaveMore BERNAS ke Wisma SAHOCA, Kelana Jaya dan warga ISD ke MENARA HLA, KL telahpun selesai. Kini masih lagi perlu kembali ke CP Tower untuk menguruskan penjualan perabot pelupusan. hmm. Walaupun ianya melibatkan hanya perpindahan 20% staf namun beberapa cabaran yang perlu saya hadapi. Pertamanya, tarikh perpindahan telah dilewatkan selama SATU minggu atas beberapa faktor seperti ketidaksediaan bangunan baru untuk diduduki, manakala bagi warga ISD sendiri sebenarnya... saya hanya diberi masa 2 hari untuk merangka perpindahan mereka setelah mendapat maklum balas dan hala tuju warga ISD. argghh!!! Again..last minute planned!!!! namun semuanya mahu dilihat sempurna. hmm.

Cabaran berikutnya, pabila jadual dipinda ramai pula petugas yang bercuti memandangkan minggu2 di bulan Jun adalah minggu menghabiskan cuti.. musim cuti sekolah pula.. huh!!! Semuanya bercuti... Again saya terpaksa korbankan cuti dan berharian menjadi JAGA di CP Tower untuk memastikan semuanya berjalan lancar. hmm. Cabaran lain adalah cabaran berhadapan dengan kerenah warga kerja!!!!! enufff!!!! tak perlu dijelaskan disini. Biar ianya menjadi simpanan dihati.

well.. big thanks to ALL petugas yang membantu sepanjang perpindahan fasa ketiga ini. Juga tidak ketinggalan mahu memohon maaf kepada INSAN TERCHENTA yang terlalu banyak bersabar dengan kerenah kerja wifeynya sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Saya tahu hubby Moose amat risaukan kesihatan wifeynya...saya tahu hubby Moose agak kesepian kerna kerap kali ditinggalkan keseorangan... Saya akui kelemahan diri yang tak tahu berkata TIDAK kepada kerja... juga kadang kali terlalu LEKA, sehingga lupa tanggungjawab seorang isteri sebenarnya disisi suaminya.. hmm... Namun pabila keadaan terhimpit, ianya amat sukar memilih ataupun sebenarnya kadang kali itu saya tidak mempunyai pilihan. Dan kenapa menulis disini? kerna saya tak bisa mengarangnya lagi di SMS. hmm.

"MUCAB...

thanks CYG kerna memahami situasi CIE bekerja walaupun ianya sebenarnya perit untuk diterima and deeply thanks for standin' just right behind me. lurve!


from your wifey CIE. "


4 comments:

  1. Salam Cyana.. syukurlah kerana sidia sentiasa memahami. Semoga setelah selesai urusan perpindahan itu nanti, jadual kalian akan lebih tersusun dan 'beerti'. :)

    ReplyDelete
  2. salam cyana....
    settle semua ni nnti. ambik cuti dan berehat
    kesihatan kena jaga yer... muaaahhhh

    ReplyDelete
  3. wah msg kat sini ka?? jomm bowlinngg..ada brann?? huhu... terima kasih pade yg memberi komen..yea kesihatan tu amat lah penting. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kakcik.. harap2 semuanya akan kembali normal spt sedia kala. hmm

    kak delimasari.. bercuti sambil berbowling...ahaks.

    hubby Moose... eik? ado skodeng kt sini ka? thanks kejutkan cie... kalo tak miss game ARG. ahaks

    ReplyDelete