Saturday, April 7, 2012

* Mod == Dress *

Assalaam alaykom... pernah dengar term mod, median & min? YES!!! Sinomin dengan subjek matematik. Mod adalah kekerapan, median adalah merujuk nombor ditengah dan min adalah purata. So apa kaitan MOD equal to DRESS? Kerna ketika ini sang penulis gemar mengenakan long dress. hehe. Jika disemak dalam dictionary.com MOD merujuk kepada very modern, up-to-date iaitu dengan erti kata lain mrs Cyana being in the vanguard in style or dress or etc. Dress mudah dipakai dan disarung tanpa perlu digosok adalah pilihan hati tetapi kebiasaannya untuk ke ofis, saya akan memilih lil' quarter black dress. Colorful long dress dipakai hanya jika menghadiri event atau sebagainya... {barulah hati berbunga2 terasa sedikit special memakai long dress berjalan ala cinderella berjalan kerna perlu bersopan santun, kadar kelajuan jalan perlu dikurangkan kepada 10km/j.. hahaha}

I'm just realized.... koleksi dress banyak dibeli tetapi jarang disarungkan. So... tahun ini walaupun badan masih XL, namun big size juga perlu keyakinan untuk bergaya bukan? hiks! {Bestnya dikelilingi cermin besar!!} Currently kekerapan untuk memakai dress! yeay!

mrs Green mahu ke dewan untuk mengacara program perasmian Rumah Sukan TWM.
Mengambil semangat Rumah Hijau, maka pengacara juga harus mengikut tema

Emergency purchase di petang Jumaat. oppss!! 
Ini dinamakan konsep buy & wear ya! hiks!
{sebab ofis sebelah dengan shoppin' mall.. oppss}

Tidak salah jika sesekali melabur untuk diri sendiri setelah penat bekerja bukan? Smile :) Bila memakai long dress pastinya kasut perlu lebih inci dari biasa.. jika tidak pasti dress yang harus di alter 2-3 inci.. hehe.

No comments:

Post a Comment