Wednesday, April 4, 2012

* Alone *

Assalaam alaykom... sedang online bersendirian pada waktu tengah malam seperti biasa. Mulanya hari Selasa dengan bumi dibasahi hujan, maka tidur juga lebih nyaman sampaikan terlajak tidur seperti biasa juga pagi semalam. oppss! Kemudian bila keluar lewat, hati perlu redha menghadapi kesesakan lalu lintas yang extra organza dengan laporannya terdapat kemalangan2 kecil, jalan ditutup dan jalan licin. hmm. Sampai sahaja di opis keluar semula untuk sesi lawatan tapak  sambil belajar di salah satu premis milik syarikat. Tugas seperti biasa iaitu merangkap jurugambar tidak bertauliah.. hehe. Kemudian pulang sahaja ke opis terus bergegas balik ke Shah Alam bagi mengambil mr driver yang akan menghantar wifey ke KLIA untuk membolehkan mrs Tender terbang ke Kota Kinabalu bagi menghadiri sesi mesyuarat tender.Senario biasa juga bila travellin' sendirian, hati perlu cekal dan berani berhadapan dengan sebarang situasi. hmm.

Pity hubby Moose perlu bersendirian makan mee bungkus bila ketiadaan wifey di sisi. owh... mungkin ini tahun melawat Sabah bagi mrs Tender memandangkan perkembangan positif proses tender yang mana kelak akan diterajui sendiri oleh warga kerja di Kota Kinabalu. Seperti biasa juga masuk sahaja ke badan pesawat mata terus terpejam lena. {kenapa makanan dalam MAS sudah tiada rasa? huhu} 

 perjalanan ke KLIA ditemani hubby Moose terchenta

 that's my mr lover yang kini mungkin sedang sibuk dengan video editing..
 atau sedang sibuk dengan iCloudnya.. hiks!

take care mr Lover!!!! 
Kini bisa ber-face time ber-iCloud walau di mana sahaja.. SMILE!

No comments:

Post a Comment