Assalaam alaykom... minggu lalu kesempatan untuk menonton konsert sarat dengan mesej keagamaan masih lagi terngiang2 di telinga. Persembahan brother Opick sememangnya mantap... lagu2 yang disampaikan juga terus sampai ke jiwa2.. tidak kurang hebatnya para Ustaz yang turut berzikir dengan alunan yang sangat merdu. owh... masih teringat konsertnya maka lahirlah entry BTS sepanjang dua malam mrs Cyana berada di konsert Opick.
Hari pertama pulang sahaja dari latihan di Midvalley, terus menaiki tren KTM menuju ke stesen KTMB manakala hari kedua seharian juga meluangkan masa di dewan konsert.
hari bersama komuter
jalan menuju ke tempat konsert
terowong maut yang dilalui di kala senja.
ALLAH swt telah melindungi hambanya. Alhamdullillah.
Masjid Negara Kuala Lumpur
di dewan konsert... persiapan rapi sedang dijalankan
mrs Cyana in smile
mr photog sedang mencari angle
brother Opick LIVE in KL!!!
second day.. hadir semasa sesi rehearsal
mrs Cyana in black
lovely!!!
10 tahun yang lalu saya pernah berposing di tangga yang sama ketika majlis Konvo
stesen TV AlHijrah
malam kedua konsert
sebelum pulang sempat bertemu dengan sahabat mrs Mass yang sentiasa anggun.
Secara keseluruhannya amat berpuas hati dengan Konsert Rhythm Of Soul yang menampilkan Opick sebagai artis utama. Walaupun mengalami sedikit masalah teknikal pada malam pertama, syukur malam kedua persembahan amat berbaloi dan lebih menarik. Tahniah juga kepada team 1stVerse yang menghasilkan rakaman dan kenangan yang baik. owh... coming soon.. brother Sami Yusoff on June ya!.
No comments:
Post a Comment