Tuesday, January 17, 2012

* Suci *

Assalaam alaykom... last weekend Baitul Ar-Rahmah dipenuhi dengan sanak saudara yang datang melawat lil' Nawaal El-Yumna Ahmad Najmi {ejaan nama rasmi...seperti yang dipost oleh Ayahnya}. Meriah kediaman kami dengan kehadiran si kecil bernama sepet, almaklumlah aunty uncle semuanya asyik sibuk menjengahnya kecuali aunty Cyana yang masih selesema... nak tengok pun biasanya dari jauh sahaja, takut berjangkit pula. hmm. owh, hari ini saya mendapat cuti sakit dari doktor dek kerna selesema dan batuk yang belum reda. Badan juga semakin lemah bila minda masih kosong. hmm.

Tiba2 menjadi lemah bila mana mendengar rungutan yang kurang enak. Itu mungkin cabarannya bila anda berada di kelompok mereka2 yang kurang senang dengan perkembangan orang lain. Ada sahaja yang berbunyi, ada sahaja cemuhannya. Saya gembira bila diberi tugasan... walau saya sendiri kekurangan rehat... walaupun penat saya cuba penuhinya. Tetapi mereka2 yang hanya tahu mencemuh duduk tanpa berbuat apa2, kemudian komplain! kemudian mereka menyebarkan cerita! mungkin juga bisa menimbulkan fitnah! Maaf jika lantang bersuara, bagaimana kaum Melayu mahu maju jika asyik menjatuhkan sesama Melayu? Saya katakan Melayu kerna itu merujuk kepada bangsa dan bukannya agama. Jika anda memegang kepada pegangan agama, pastinya anda akan membentuk Melayu Islam yang mulia dan tiada lagi perasaan hasad dengki. Itu mungkin saya terpaksa akur bila berdepan dengan majoriti rakan sekerja yang mempunyai gelagat sebegitu rupa. Namun saya harus kuat menentang tohmahan yang ada. enough!!!!

okay... mari hiburkan hati dengan bau bayi2 comel yang suci murni...

lil' Nawaal with her cousin.... lil' Ian son of mrs Mia.
kedua-duanya adalah anak kepada pelanggan 1stVerse.

owh.. setiap hari bekerja dengan dokumen,
beberapa kali juga tangan terguris dengan kertas. huhu


saraf di pergelangan tangan yang bengkak. Kata Dr. Alfi badan terlebih toksik tetapi tidak bahaya lagi. Jika semakin besar dan memudaratkan, barulah perlu operate! {oh no!}

tiba2 teringat capati yang sedap di Pasar Bayan Baru...
dalam erti kata lain rindu nak balik kampung... oppss!

No comments:

Post a Comment