Thursday, January 19, 2012

* Pencarian Khazanah BERNAS 2011 *

Date: 24th December 2011
Location: KBB Paya Keladi to KBB Kuala Perlis

Assalaam alaykom.... Pencarian Khazanah BERNAS 2011 adalah program treasure hunt kali ke-4 yang telah menarik minat 50 buah kereta dari seluruh Malaysia dan disertai juga dari pasukan jemputan Tradewinds Berhad dan Gula Padang Terap. Program penutup tahunan anjuran Biro Sukan & Rekreasi KBM Pusat dengan kerjasama KBM Cawangan Perlis dan Unit Hubungan Kakitangan telah berlangsung dengan jayanya. Maaf jika sedikit lewat update, kononnya mahu menunggu gambar2 dari mr OP tetapi sehingga ke saat ini hampa, maka saya hanya menggunakan gambo2 yang sempat saya rakam. Cumanya gambonya sepanjang perjalanan tiada kerna selepas pelepasan, saya terus ke Kuala Perlis untuk urusan penyusunan hadiah dan penyediaan majlis makan malam.

Tugas saya bermula sebagai AJK Sumbangan dan Hadiah merangkap publisiti dan media, juga sebagai pengacara majlis makan malam. Alhamdullillah... walaupun tidak dapat memberi komitmen seratus persen, namun berjaya menyiapkan tugasan dengan gembira. Okay jika tempoh hari melayan Behind the Scenes Treasure Hunt, dek kerna program telah lama tamat, maka hanya beberapa gambo mahu dikongsi bersama agar ceritanya tidak dilupai di lain masa. hehe.

welcome to Kilang Beras Bernas Paya Keladi, Pulau Pinang

mr Nurul Hisham, YDP KBM Perlis yang sportin' bersama geng KBM Pulau Pinang

semua peserta sibuk mencantikkan kereta

siap cuci2 kereta lagi
geng HQ sempat posin'

masa untuk pemeriksaan kereta

masa pelepasan kereta

dirasmikan oleh YB Dato' Roslan Saidin, ADUN Pinang Tunggal yang turut sama memeriahkan majlis

mengambil masa peserta yang sampai di garisan penamat

Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis

Pengerusi Program, Dato' Paduka Hassin Md Zain

Penyelaras Program, mr Rahim yang sangat rajin... hehe

mengangkut hadiah dengan lori lagi.. hehe

petang hari semasa menyusun hadiah2

antara AJK yang komited dan ringan tulang

mrs Cyana with team

AJK Pencarian Khazanah BERNAS bergambar kenangan sebelum meninggalkan KBB Paya Keladi

Terima kasih kepada semua barisan urusetia yang menyertai dan menjayakan program ini. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga berjumpa lagi di lain masa. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment