Thursday, January 5, 2012

* Aura Ustaz Idrus *

Assalaam alaykom sisters and brothers.... Happy New Year 2012!!! Sambutan malam baru tahun masihi berlangsung dengan jayanya dengan suasana yang sedikit berbeza yang mana tiada percikan bunga api namun penuh dengan percikan ilmiah oleh Ustaz Azhar Idrus. Kelainannya gandingan padu Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan berjaya menarik minat lebih 70 ribu orang yang membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Subhanallah! Sambutan yang luar biasa di penuhi dengan soal jawab agama dan diselitkan dengan sedikit hiburan. Walaupun tidak dipenuhi dengan bunga api tetapi tetap meriah. Mungkin aura Ustaz Azhar Idrus sendiri yang menarik ramai turun ke padang bermula dengan solat jemaah Maghrib, tazkirah, solat jemaah Isya' dan disusuli dengan soal jawab agama.

Menariknya konsep terbuka yang dibawa oleh Ustaz Azhar Idrus yang juga seorang peminat fotografi lebih membuatkan kita mahu mendengar ceramahnya dan juga pembawakan dakwah yang dilihat bisa menarik minat lebih ramai golongan muda mudi mendekatkan diri ke jalan yang diredhai ALLAH swt.

All pics courtesy by mr Moose.

suasana pada malam sambutan tahun baru

Jom santai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Ustaz Azhar Idrus

seorang yang mudah didekati

bersama moderatornya Zizan

tidak kering gusi dibuatnya

mulanya Zizan bermain gitar

Rupanya Ustaz Azhar Idrus juga berbakat memetik gitar

dihiburkan juga dengan lagu2 dari Ustaz Akhill Hay

jemaah yang masih setia menanti sehingga ke lewat malam

program yang bermula dari solat jemaah Maghrib beramai2 sehingga di sudahi dengan memohon doa agar menghadapi hari2 berikutnya dengan aman dan damai.

Alhamdullillah sambutan tahun baru dengan memenuhi ilmu di dada. Semoga kita mendapat manfaat bersama. Ameen.

No comments:

Post a Comment