Monday, January 23, 2012

* my Perlis's journey *

Assalaam alaykom... hampir terlupa gambo jalan2 yang belum di upload kerna pending entry menunggu gambo rasmi program yang masih belum kelihatan. Itulah sebabnya saya lebih suka merakam sendiri gambo, cerita Behind the Scenes dan Program telahpun berlalu, kali nie cerita jalan2 bersama insan terchenta. hiks. Dari terlupa cerita baiklah cerita dengan gambo2 yang ada. Bagus juga ada handpone camera, mudah dibawa dan ringan. {owh..tiba2 rindu pula dengan mr D7. huhu}, Memandangkan warga bandaraya semuanya sibuk melancong ke luar kota...seronok juga sesekali pergi ke Kuala Lumpur yang lenggang dan tiada kesesakan seperti hari2 biasa. owh... mari sambung cerita berjalan2 pada hujung tahun lalu. {tak dapat berjalan, cerita sahaja-lah.. hehe}

Rezeki hujung tahun yang lalu berjalan2 ke negeri di sebelah Utara tanahair. Memandangkan program jatuh pada hari cuti umum, maka kami merancang untuk terus pulang bercuti di kampung halaman. Mengikut jadual, saya dan hubby Moose terpaksa berpisah dan sebaik mungkin kami merancang agar tiada berlaku pembaziran masa. Pagi Jumaat bertolak ke Utara pada awal pagi dan tiba menjelang tengahari. Terus sahaja check-in di Sunway Hotel, Seberang Jaya Pulau Pinang. owh..lama tidak berkunjung ke sana, banyak juga perubahan di bandar Seberang Jaya. Selepas solat Jumaat, terus berangkat ke KBB Paya Keladi untuk menghadiri taklimat program dan sesi pemeriksaan kereta peserta. Lucky me kalau mr Blasoo yang masuk pertandingan, pastinya kena potong markah dek kerna roadtax tamat tempoh belum lagi diganti baru ketika itu. oppss!!

lobi Hotel Sunway dihiasi pokok krismas

Bandar Seberang Jaya yang di penuhi dengan pelbagai rumah ibadat. owh.. teringat Pasar Pagi Seberang Jaya yang menyajikan makanan enak dan Restoran Pelita yang pertama juga terletak berhampiran bandar ini

Parkson Seberang Jaya... tidak sempat singgah. huhu

sampai jek terus sambung baring.. hehe

mrs Cyana ditemani hubby Moose

lovely tree... meninggalkan hotel seawal pagi sabtu untuk menghadiri program Pencarian Khazanah BERNAS 2011. Pity me! perlu berpisah dengan hubby Moose dek kerna tugasannya di Penang dan saya pula harus ke Perlis.. whuaaa...

Petang harinya, check-in pula di Hotel Seri Malaysia, Perlis sambung bertugas di sebelah malam. Terima Kasih kepada sista Nora yang membawa saya ke hulur ke hilir. smile.

permandangan dari bilik

nice room. kombinasi warna jingga coklat menarik

pokok kegemaran di dalam bathroom

di bahagian belakang hotel terdapat gua tempat pelancongan

the next day... waktu untuk pulang. Gembiranya bertemu kembali dengan hubby Moose.
Thank you CYGku yang drive dari Penang semata2 untuk menemani wifey.

mr Blasoo in action.. nak berjalan2 dengan hubby Moose

padi hijau menyejukkan mata. Mulanya membawa hubby Moose ke Padang Besar tetapi kerna terlampau ramainya pelancong, terus batalkan niat untuk menjenguk pasar Padang Besar

okay.. teringat burung unta yang belum lagi pernah menjenguknya.. {next entry ya..}

erk..perut dah lapar!!! whuaa...

singgah di Pekan Arau, banyak juga pembangunan di sini

nice decoration.. black and red

bihun tomyam.. nyum nyum

alamak!!! tiba2 teringat capati di Penang..
{tak sabar nak tunggu minggu hadapan... nak balik kampung makan capati.. hiks}


Bercuti terapi minda bukan? Selamat Bercuti semua.. berhati2 di jalanraya!

No comments:

Post a Comment