Sunday, January 15, 2012

* Forgive ME *

My life is just lost at the moment,
threw that path ,in that line,
I can't give no smile,

YA ALLAH! FORGIVE ME.
the sky by hubby Moose

Assalaam alaykom.... akhirnya jari mula menaip kembali setelah otak membeku beberapa ketika. Entah kenapa sejak beberapa minggu yang lalu, jiwa tidak keruan membuatkan minda menjadi semakin tepu untuk berfikir. Mungkin permulaan tahun baru masihi yang mulanya disangka cerah mendung secara tiba-tiba. hmm. Mungkin dek kerna kecuaian sendiri membuatkan hati berkelana. Mungkin juga bila sejenak memikir tentang progresif diri tiada apa yang bisa dibanggakan. Mungkin kerna terlalu leka dengan hal semasa sehingga lupa untuk memberi rehat pada diri sendiri dan hilang fokusnya. Ditambah kebuntuan bila mr HP diserang virus entah berapa juta banyaknya. Sehingga membuatkan saya lebih kerap melabuhkan mata. Rehat dalam paksaan....bila mana jiwa terasa kosong, bila hati tidak gembira badan pula menjadi mangsa. Sistem imunasi badan merudum ke tahap semakin lesu dan tidak bermaya.

Di saat ini tiada siapapun yang mahu saya bertemu mata. Kerna kecewa, senyum mungkin dipaksa. Deeply thanks to insan terchenta yang sentiasa menjadi tulang belakang wifeynya. Yang sama berkongsi segala duka dan sengsara. Bersyukur kerna diberikan teman hidup sepertinya.

YA ALLAH!!! Berilah hambamu ini kekuatan untuk terus berdiri dan terus menghadapi hari2 mendatang dengan senyuman. Berikan jiwa ini sedikit ketenangan dan hindarkan dari segala fitnah. YA ALLAH!!! Jauhilah kami dari sebarang kemungkaran... peliharalah keluarga kami dan tempatkan kami di kalangan insan2 yang disayangiMU.

Guide us to the Straight Way.

Ameen.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Adikku Cyana...

    Semoga hidupmu kembali bersinar secerah sinar mentari pagi tanpa awan menyelubungi mahupun hujan yang membasahi.

    Semoga juga Dia Yang Maha Pengasih merahmati hidupmu dan keluargamu sentiasa. Amin.

    :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaykomsalaam Kakcik,

    Terima kasih diatas sokongan dan dorongan yang berterusan. Hampir menitis airmata membaca komen kakcik. hmm. Syukran.

    ReplyDelete