Tuesday, January 31, 2012

* time's UP!!! *

Salaam... masa sudah tamat, maksudnya enam bulan telah berlalu dan hari ini adalah hari mengukur semula berat badan bagi para peserta 'the Biggest Loser". Jika hajat dihati tempoh hari untuk DIET tyme.... kurang berhasil nampaknya. mrs Cyana nampaknya tiada perubahan, hanya mengurang sebanyak 1.++ kg. grrrr!!! Ramadhan yang lalu berjaya menurunkan tiga kg, kemudian berjaya menaikkan semula. ahaks.

Tetapi pengurangan 1kg untuk umur sebaya ini adalah sesuatu yang bisa membuat puan empunya badan tersenyum. Okay... what's next? tunggu keputusan. Nama pemenang akan diumumkan tidak lama lagi. Kesimpulannya mrs Cyana harus menambahkan aktiviti bersukan selain aktiviti makan. ahaks! {adush.. lupa mau bawa mr N7}

mrs Cyana in black again

tuan urusetia juga tidak ketinggalan menimbang

berat sedang di ambil

barisan urusetia dan peserta yang sentiasa ceria

miss tender and me!!!
{tona pakaian kami juga hampir sama bukan? hiks}

okay.. bila berposin' bersama miss tender yang kecil slim tu... terasa sungguhlah lebarnya mrs tender disebelahnya. hiks! bak kata Kenanga, posin' di gym tetapi tak berpeluh.. hehe. Chill babe!

Monday, January 30, 2012

* Sahabat *

the FOUR of US

Assalaam alaykom sisters... Apa bezanya Sahabat, Teman, Rakan dan Kawan? Secara amnya kesemua memberi maksud yang sama iaitu seseorang yang menemani kita selain ahli keluarga. Mungkin perlu semak Kamus Dewan Bahasa jika mahu pengertian yang lebih jelas. hmm. Jika ditanya, saya mempunyai ramai kawan dan rakan tetapi sahabat atau teman bisa dikira dengan jari. Jika berduka jika gembira pasti mahu dikongsi bersama teman. Atau jika mahu pandangan atau kritikan merekalah juga yang akan berkata benar walau kadang akan mengguriskan hati orang yang bertanya.

owh.. "the FOUR of US" taken by mrs Cyana tahun lalu. Kanak2 Siam yang bila diminta bergambar terus tersenyum gembira. Begitu juga kami berempat yang pastinya akan bergambar bersama. Btw ianya juga merujuk kepada sahabat2 saya sejak zaman bangku sekolah. Kemana sahaja pasti kami akan berempat dan jika hilang pusing sekolah juga berempat. Setelah berbelas tahun meninggalkan bangku sekolah, kami masih bersama walaupun tidak sekerap dahulu bertemu kerna masing2 mempunyai agenda tersendiri. Dan bila bercerita, pastinya saya berbangga bila mempunyai sahabat2 seperti mereka. Tetapi semalam tiba2 satu perkara berlaku tanpa dirancang tanpa diduga. Bertemu dengan salah seorangnya dan dengan pertemuan tidak melebihi 5 minit itu bisa meninggalkan kesan yang lara. hmm.

Benar masing2 kami mempunyai personaliti dan karektor berbeza. Kareer juga berbeza kesemuanya... apa yang dapat saya katakan mungkin saya tidak mempunyai jawatan yang hebat seperti beliau tetapi sedayanya mahu membuat sahabat2 gembira bila bersama. Namun apa yang diperlakukannya hanya meninggalkan kekesalan. Entah mengapa di mana silapnya, alasan yang pasti didengar "owh.. tak mahu mengganggu sahabat yang sudah berkahwin". Kenapa perlu diletakkan tanggapan sebegitu? hmm. Apa pun jua saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kepadanya. Semoga persahabatan kita terus mekar walaupun tidak bertemu mata.

Sunday, January 29, 2012

* the GREEN team *

mrs Green by Mr Moose

Assalaam alaykom... ceriakan hujung minggu bersama keluarga terchenta. owh.. sebelum terlupa tentang berita sukan terkini di organisasi tempat saya bekerja. Kami yang bekerja sebumbung di Menara HLA dibahagikan kepada beberapa rumah pasukan mengikut warna. Ada rumah jingga, kuning, hijau dan biru. Lucky me berada dalam rumah pasukan HIJAU!!!! One of my favourite color selain hitam, purple dan merah. owh.. mungkin tahun nie bley fikirkan untuk mengumpul kasut berwarna hijau. the green Suede mungkin koleksi pembukaan kasut tahun 2012. hiks.

Mengikut perancangan, beberapa aktiviti sukan yang akan berlangsung dan kerna itu saya juga terpaksa merombak semula perancangan program sukan yang melibatkan ahli KBM HQ. hmm. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan semoga hubungan ukhwah dengan warga kerja dari syarikat lain yang juga di bawah satu kumpulan dapat semakin mesra. Gembira lagi kerna kebanyakan geng team Hijau adalah rakan2 yang best. wink! wink! go go Green team!!!!

* Sell & Buy *

my lil' black case

Assalaam alaykom... pernah dengar Cash Converter? Konsepnya sama seperti Mudah.Com cuma perniagaannya diadakan di beberapa outletnya. Untuk lokasinya, boleh rujuk di Cash Converter FB. Bagus juga ada tempat sebegini sekurangnya dapat juga sesetangah individu membeli barangan yang di mahukan dengan harga yang lebih murah. Petang tadi ke outlet Cash Converter Shah Alam untuk urusan menjual beg2 yang tidak dipakai lagi. Ini adalah penjualan beg kali kedua di Cash Converter, dari tidak guna atau buang begitu sahaja, lebih baik jual semula dapat juga pulangan. hiks. Last week juga sesi kemas bilik stor dan asingkan beberapa barangan yang mahu dikitar semula. Masih belum kesempatan untuk pergi ke Tempat Pengumpulan Kitar Semula di Seksyen 17 Shah Alam. huhu.

Selepas selesai sesi jualan, singgah di outlet sebelah untuk sesi membeli-belah. So terjumpa black case yang berharga RM9 tapi taklah secantik purple case sista Yan. hehe. Ingatkan nak guna untuk simpan mr Ipad, rupanya mr HP juga muat.. yeay!!!! owh.. so many things to do list esok hari...good nite!!!

* I want to Fly *

Assalaam alaykom... sebentar tadi melayan tele-drama "Aku mahu terbang". Credit to mr director. Suntingan yang baik, mesej bagus dan saya suka scene pelakon di atas bumbung rumah. Skripnya juga bagus diolah... benar seperti kata, ada malam pasti ada siangnya, ada hidup pasti ada mati. Kerna kematian itu sudah tertulis, ianya nyata. hmm.

btw... Selamat berangkat kepada AYAH yang terbang ke kota London malam ini dan akan pulang malam esoknya. InshaAllah. {wah! seperti daytrip ke Sabah jek. hehe}. Berita gembira bagi saya hubby Moose tidak akan meninggalkan wifeynya. Pengorbanan beliau membatalkan tugasan tersebut kerna lebih mementingkan komitmen kepada yang lain walaupun terpaksa mengetepikan minat dan cita2. hmm.

owh.. sambil bercerita sambil layan gambo koleksi iPhone hubby Moose. {grrr!!! nak jugak gambo begini. huhu}. Selain kamera, ketajaman mata dan kekreatifan pemilik mata adalah faktor utama untuk menghasilkan gambo yang menarik. hmm. Dalam erti kata lain, tidak kisah kamera apa yang anda guna... hasilnya pasti menarik.

the fly... nampak tak flight yang kelihatan terbang di utara?

Everyone can fly!!! tagline Air Asia yang menjadi peneraju syarikat tambang murah pujaan rakyat Malaysia. ahaks! Tahun nie belum mempunyai cadangan untuk bercuti...Seronok Kantan yang kini berada di Cameron Highland sambil minum teh di tepi ladang. Kemboja yang sibuk makan2 di Kuantan barangkali, HSM sedang honeymoon di Mempaga{erk.. honeymoon ker? hahaha}, Kenanga? Pasti sibuk survey gadget terkini kan?
the federal highway

hubby Moose suka hantar wifey pergi kerja sebab mahu merakamkan gambo.. while wifey sleepin'... oppss!

kotaraya Kuala Lumpur... credit to mr photog

look at my sexy eyes.... auuwww!!!!

mrs Cyana with the Arab man!
tiba2 tersuka gambo nie... hubby Moose gaya Arab, wifey gaya Melayu sejati.. ahaks!

All pic courtesy by Moose's mobile collection. Thanks CYGku!

Saturday, January 28, 2012

* Rezeki Voucher *

happy joy joy

Salaam sisters.... Wanita dan shoppin' mungkin susah untuk dipisahkan, tambahan bagi pengemar yang rajin berjalan2 di shoppin' complex. hehe. Memandangkan ofis berada di tengah kota metropolitan dan di kelilingi pusat membeli-belah, maka waktu rehat hari Jumaat sepanjang dua jam di sempurnakan dengan jayanya melalui senaman kaki dan mata sambil berlegar2 di kompleks yang kini dimeriahkan dengan kehadiran si naga sempena musim perayaan Tahun Baru Cina. Petang tadi selepas makan, cepat2 menjengah ke Isetan KLCC {miss Kantan sudah tidak dapat bersama lagi..sob sob}, thanks to miss tender yang kini menjadi peneman di kala makan dan shoppin'. Lucky us memiliki minat yang sama iaitu fesyen!.. eh warna kulit juga agak sama ton, banyak cakap juga. hiks. Tetapi miss tender bersaiz XS seperti mrs tender sewaktu mula2 masuk kerja dahulu... dan beliau gemar minum air suam! {bagus untuk kesihatan.. hehe}

Misi adalah menghabiskan voucher Isetan yang diterima tahun lalu ketika menjuarai program bowling {tiba2 rindu pula nak main bowling dengan GGO}. Setelah puas memusing, akhirnya mata berminat dengan sepasang dress bersaiz S... oppss!!! So lepas nie diet!diet!diet jika mahu memakai dress tersebut. huhu. Then dapat juga bathmat yang warnanya hampir sama dengan dress.. hahaha.

p/s: hati gembira setiap kali dapat voucher, dapatlah baju baru.. smile.

* our good day *

friday morning by mr Moose

Assalaam alaykom... mulakan pagi dengan hati girang bila jalanraya lenggang. Walaupun keluar rumah agak lewat namun bisa sampai before-tyme. hehe. Gembira lagi bila ditemani insan terchenta yang rajin mahu menghantar wifey pergi kerja sambil tangan kanannya tidak henti2 mengklik iOS5. iskh!!! hampir sakit jantung dibuatnya, sambil memandu sambil edit gambo. Then mulalah wifey berbunyi... "mucab!!! kereta!!!" Pagi2 lagi sudah pitchin' tinggi... almaklumlah hubby Moose ton bass, maka wifey harus kontra-lah kan? barulah harmoni rumahtangga. hiks.

owh... dengan siapa lagi mahu bergurau jika bukan dengan insan terchenta? Walaupun kadang kala seakan beliau malas melayan kerenah wifey yang manja seperti itik nila... terpaksa tahan telinga. hmm. Dan bayangkan jika berjauhan? tiada lagi orang yang bisa melayan cerewet saya. Beberapa individu yang berasal dari kampung halaman yang sama iaitu Penang turut berkongsi rutin harian mereka yang nampaknya hampir sama...erk melipat pakaian sebelum masuk ke dalam almari haruslah seperti lipatan semasa membeli di pasaraya, setiap pakaian sebelum dicuci diasingkan mengikut warna dan jenisnya, memicit ubat gigi haruslah dari bawah ke atas dan bukannya dari tengah, selepas memasak tukang masak perlu mengemas dapur seperti sedia kala, hmm... jika saya mungkin itu perkara normal kerna telah mempraktikkannya sejak dulu lagi, tetapi mungkin yang tidak biasa akan menganggap seseorang itu cerewet. eh!! tersasar cerita! hehe. Actually sebentar tadi hubby Moose memberitahu beliau perlu pergi bekerja di luar kawasan untuk jangka masa yang panjang. Tiba2 wifey terdiam tanpa kata! So nanti kena balik kampung sorang2... kena makan malam sorang2... tidur tanpa penjaga malam. ahaks! Esok adalah hari terakhir untuk diluangkan bersama... selepas ini akan tiadalah pengkritik fesyen di pagi hari.. huhu.

Pesanan buat insan terchenta... "Nanti Mucab pergi tempat orang baik2 tau. Tidur ikut waktu, no more tidur selepas fajar, berjaga di tengah malam. ermm..esok Cie ajar CYG bancuh nescafe panas... eh teh o limau lemon yang Mucab suka tu. owh.. kena FACETIME selalulah!!!"

Wednesday, January 25, 2012

* Oh Dear... I'll be by your side *

"Oh sayang... jangan amik ati
tok kelak akan pergi
Sik lamak lagi
Sik kesah ribut ka guntur ka ribut ka
Kamek akan di sebelah kitak
Mun kitak perlu kamek"
.........Siboh Kitak Nangis by Zee Avi



Assalaam alaykom sisters... Enjoy the song with lyrics in Sarawak-Malay languages from her latest album entitled "Ghostbird"... Seriusly nang kacak lagu tok!

owh translasinya adalah seperti berikut... *credit to tukang translator*

Oh dear, don't you cry,
People's mouths(words) can be mean.
Oh dear, don't take it to heart they will go away, before too long.
I don't care, whether it's storm, or thunder, or lightning,
I'll be by your side, if ever you need me.
Oh dear, please stop crying, I hate seeing you broken-hearted.
Oh no matter dear, the world is really fair, as long as we don't forget who we are.
I don't care, whether it's storm, or thunder, or lightning,
I'll be by your side, if ever you need me If ever you need me.

* Special dedicated to the MAN in my heart. Thank you for your support!!! Lurve*

Monday, January 23, 2012

* Cyana && Ostrich *

Assalaam alaykom sisters and brothers... kesempatan berkunjung ke negeri Perlis Indera Kayangan, dapatlah saya melepaskan hajat mahu bertemu dengan Ostrich atau Burung unta yang diternak secara komersial di negeri tersebut. Sedikit mengenai maklumat Ostrich yang terkenal dengan ketinggian dan bahaya jika terkena tendangan kakinya yang kuat.

source from Wikipedia

Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus. Burung Unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk seperti Sweden. Rasa dagingnya seperti daging tak berlemak.

Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.

pelbagai khasiat burung unta yang dijual dengan harga RM3000 dan ke atas

auww!!! sexy ostrich yang togel tiada bulu

hye people!!!

ostrich yang suka ternganga mulutnya

ramai juga pengunjung yang singgah ke ladang ostrich

ostrich diberi makan sayur kangkong yang dijual dengan harga RM1 seikat

my turn bagi makan ostrich

open your big mouth!!!

tyme to eat kangkong

ostrich tu akan makan sampai ke batang kangkong

love my hijab... flyin' in the air

pose for mr Moose

sebelah ladang ostrich, ada ladang rusa

banyak juga rusa.. cuma jaraknya jauh tak dapat dipegang.. hehe

the tagline yang mencuit hati..."Pakat-pakat mai lagi no".. meanin' nanti jemput datang lagi.. hehe. Kalau dapat tunggang ostrich pasti lagi best kan? hehe. Gembira dapat berjalan2 dengan mr Blasoo and hubby Moose. Quality time semasa memandu sambil menyanyi berharmonika indah bukan? Smile!

* my Perlis's journey *

Assalaam alaykom... hampir terlupa gambo jalan2 yang belum di upload kerna pending entry menunggu gambo rasmi program yang masih belum kelihatan. Itulah sebabnya saya lebih suka merakam sendiri gambo, cerita Behind the Scenes dan Program telahpun berlalu, kali nie cerita jalan2 bersama insan terchenta. hiks. Dari terlupa cerita baiklah cerita dengan gambo2 yang ada. Bagus juga ada handpone camera, mudah dibawa dan ringan. {owh..tiba2 rindu pula dengan mr D7. huhu}, Memandangkan warga bandaraya semuanya sibuk melancong ke luar kota...seronok juga sesekali pergi ke Kuala Lumpur yang lenggang dan tiada kesesakan seperti hari2 biasa. owh... mari sambung cerita berjalan2 pada hujung tahun lalu. {tak dapat berjalan, cerita sahaja-lah.. hehe}

Rezeki hujung tahun yang lalu berjalan2 ke negeri di sebelah Utara tanahair. Memandangkan program jatuh pada hari cuti umum, maka kami merancang untuk terus pulang bercuti di kampung halaman. Mengikut jadual, saya dan hubby Moose terpaksa berpisah dan sebaik mungkin kami merancang agar tiada berlaku pembaziran masa. Pagi Jumaat bertolak ke Utara pada awal pagi dan tiba menjelang tengahari. Terus sahaja check-in di Sunway Hotel, Seberang Jaya Pulau Pinang. owh..lama tidak berkunjung ke sana, banyak juga perubahan di bandar Seberang Jaya. Selepas solat Jumaat, terus berangkat ke KBB Paya Keladi untuk menghadiri taklimat program dan sesi pemeriksaan kereta peserta. Lucky me kalau mr Blasoo yang masuk pertandingan, pastinya kena potong markah dek kerna roadtax tamat tempoh belum lagi diganti baru ketika itu. oppss!!

lobi Hotel Sunway dihiasi pokok krismas

Bandar Seberang Jaya yang di penuhi dengan pelbagai rumah ibadat. owh.. teringat Pasar Pagi Seberang Jaya yang menyajikan makanan enak dan Restoran Pelita yang pertama juga terletak berhampiran bandar ini

Parkson Seberang Jaya... tidak sempat singgah. huhu

sampai jek terus sambung baring.. hehe

mrs Cyana ditemani hubby Moose

lovely tree... meninggalkan hotel seawal pagi sabtu untuk menghadiri program Pencarian Khazanah BERNAS 2011. Pity me! perlu berpisah dengan hubby Moose dek kerna tugasannya di Penang dan saya pula harus ke Perlis.. whuaaa...

Petang harinya, check-in pula di Hotel Seri Malaysia, Perlis sambung bertugas di sebelah malam. Terima Kasih kepada sista Nora yang membawa saya ke hulur ke hilir. smile.

permandangan dari bilik

nice room. kombinasi warna jingga coklat menarik

pokok kegemaran di dalam bathroom

di bahagian belakang hotel terdapat gua tempat pelancongan

the next day... waktu untuk pulang. Gembiranya bertemu kembali dengan hubby Moose.
Thank you CYGku yang drive dari Penang semata2 untuk menemani wifey.

mr Blasoo in action.. nak berjalan2 dengan hubby Moose

padi hijau menyejukkan mata. Mulanya membawa hubby Moose ke Padang Besar tetapi kerna terlampau ramainya pelancong, terus batalkan niat untuk menjenguk pasar Padang Besar

okay.. teringat burung unta yang belum lagi pernah menjenguknya.. {next entry ya..}

erk..perut dah lapar!!! whuaa...

singgah di Pekan Arau, banyak juga pembangunan di sini

nice decoration.. black and red

bihun tomyam.. nyum nyum

alamak!!! tiba2 teringat capati di Penang..
{tak sabar nak tunggu minggu hadapan... nak balik kampung makan capati.. hiks}


Bercuti terapi minda bukan? Selamat Bercuti semua.. berhati2 di jalanraya!