Assalaam alaykom...masih bersiaran berkisar cerita dari kampung halaman di Pulau Mutiara. Walau badan telah kembali ke Shah Alam...jiwa masih disana mungkin, mula la terfikir nak makan nasik kandaq, roti canai daging seketui, laksa MAMA.. hahaha.. makan sajak!!! opps! Almaklumlah.. bley dikatakan tahun nie memang bercuti panjang, honeymoon di kampung sendiri. hehe.
Itupun seperti belum sempat mahu menjelajah seluruh pulau.. hehe. Alang-alang bercuti lama, tak lengkap kiranya tidak turun padang menembakkan? Maka petang khamis yang lalu, saya bersama Insan terchenta sempat berjalan2 di sekitar bandar George Town yang terkenal dengan aktiviti di Penang Street. Tak lengkap jika kunjungan anda ke Penang tanpa melalui jalan tersebut. Disana banyak aktiviti yang pasti memang banyak aktiviti makan! hahaha. Owh..jika ke sana jangan lupa menjenguk ke gerai cendol, cucur udang, sup ekoq, nasik kandaq Line Clear, buah berangan, buah pala jeruk. nasi padang,...cuma jangan cari nasi campur Melayu..memang susah jumpa di area nie...erm.. tapi jika mahu disenarai semua jenis makanan sampai esok tak abis entry nie. ahaks!
okaylah, sepetang bersama hubby Moose yang turun shoot kehidupan penarik beca di George Town... wifeynya juga tak mahu ketinggalan turut serta menembak apa sahaja yang berkenan di mata. Tapi haruslah gmbo2 saya tidak sehebat gmbo sifunya.. huhu. haih!!! bilalah gmbo hebat? kalo jari jemari malas menekan button? kalo otak kurang kreatif? hehe. btw...gmbo2 hubby Moose bley dilayari di koleksi *Street : Penang's beca. okay..mari layan beberapa gmbo yang sempat dishoot. btw Penang Street sangat sesuai untuk para shooter yang meminati kehidupan jalanan. owh..btw semua pics hanya mengguna gandingan mr Niko and 50mm. harap maklum yer jika gmbonya kurang angle. ahaks!






























bermacam ragam manusia dapat dilihat di sini. Unik dan banyak perkara2 menarik yang bisa di ungkapkan. To all shooters...anda patut berkunjung ke sini untuk merakam gelagat warga George Town secara amnya. Banyak sejarah yang tersimpan, dan masyarakat di sekitar kawasan ini juga menarik dengan cara mereka tersendiri.
No comments:
Post a Comment