Tuesday, September 14, 2010

* Eid ul-Fitr @ 2 Syawwal *

Assalaam alaykom sisters & brothers... masih bercerita tentang sambutan eid ul-Fitr yang masuk ke hari kedua. Seperti biasa jika beraya di Shah Alam, we all sekeluarga akan pulang ke kampung Nenek di Chengkau, Rembau Negeri Sembilan. Dan pabila beraya di N9, tak sah jika tiada hidangan ghondang!!! owh.. bahse nogri den masih ditahap budak baru blajor yer... so rojak jadinya.. hiks!!!

Last year sempat juga menuntut ilmu dari Nenek cara2 memasak rendang favourite hubby Moose. {dah nama sayang suami kan? so rajin2 ler masakkan makanan kegemarannya.hehe} Pengalaman memasak rendang? owh..sampai lenguh tangan mahu mengeringkan rendang tu.. huhu. Jika beraya di utara, ketupat pulut selalunya dimakan bersama gulai daging, nasi impit bersama kuah kacang. haaaa..... masak gulai daging lagi mudah. Bagi kategori yang mahu mencuba dicampur belajar memasak rendang..owh!!! sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Kata Nenek, rendang lebih sedap dimasak jika menggunakan dapur arang. Dan kata saya tahun lalu..."takpe Nek, kita guna jek dapur gas...sama jek, janji rendang masak". Kesudahannya lenguh tangan kerna dapur lebih tinggi dari cik puan chef. ahaks!!! Lagipun alasan guna dapur gas tu...sebab saya malas mahu mengemas kembali dapur arang... teetttt!!!!!

Alhamdullillah... tahun nie sekali lagi sempat memasak rendang FRESH dari Chengkau town. hahaha!!! Yang lain tahun nie, Nenek juga sudah menggunakan dapur gas...maka tiada lagi dapur arang .. hehe. Sampai jek ke kampung, terus masuk dapur sediakan daging untuk memasak rendang. Yang pasti dapat merasa rendang yang masih panas2...lebih enak kan? hiks!!!

owh... chef Cyana masak sambil tersenyum...hehe

brother Giovanni tak ketinggalan mencuba memasak rendang

sambil diperhatikan sista ochal

hubby Moose pun semangat mengacau rendang... lebih sedaplah dengan sentuhan cucu kesayangan Nenek nie

brother Awez in action... yang nie memang pakar masak!!

haruslah dengan tunjuk ajar Nenek terchenta kan? hehe

sista Iman and brother Syah mengeringkan rendang

owh... ready to eat!!!

rendang panas2 dimakan dengan lemang

masa nie we all melihat gambar2 lama... koleksi masa kecik2.. hehe

hubby Moose with wifey Cyana....
{erm.. handsome tak pakai songkok pinjam? hahaha}

pose kenangan di hadapan rumah Nenek

erm.. masa nie otw ke tanah perkuburan Onyang and Atuk

di tanah perkuburan Tanah Datar Bongek

menziarahi pusara keluarga

pusara Onyang Hajah Seriah yang tak sempat saya ketemui.. hmm

Doa buat mereka2 agar aman dan bahgia hendaknya disana

sejuk mata memandang... YA!!! suatu hari kita akan kembali ke tanah juga!

then, we all melawat tapak bekas rumah Onyang yang baru2 terlibat dalam kebakaran

habis semua terbakar... yang tinggal hanya tangga batu.. hmm

lil' Uzayr yang turut tak mahu ketinggalan menziarahi tapak rumah Onyang di Bongek

tinggal kenangan!!! tiada lagi rumah yang tersergam indah suatu ketika dahulu

we all meninggalkan Kampung Bongek dan Kampung Chengkau pada lewat petang. Suasana kampung amat menyamankan dan sejuk mata memandang. Alhamdullillah Syawwal kali ini lebih bermakna kerna Nenek masih lagi disisi menyambut kemenangan Eid ul-Fitri bersama anak2 dan cucu2 beliau. Pastinya banyak nostalgia indah di kampung2 tempat kelahiran AYAH dan tempat berlari2 hubby Moose ketika beliau masih kecil. Semoga kami dapat kembali lagi ke kampung ini pada Syawwal yang akan datang.. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment