Saturday, September 4, 2010

* EID shoppin' with mr hubby *

Assalaam alaykom.. penghujung Ramadhan bakal digantikan dengan Syawwal. Sinominnya ketibaan Syawwal disambut meriah dengan pelbagai juadah dengan diserikan pelbagai fesyen. Bermacam warna bermacam design semuanya serba baru... paling gembira pastinya kanak2 yang mana poketnya bakal penuh dengan sampul raya.

Kebiasaannya pabila menjelang Syawwal, saya juga merancang perbelanjaan agar tidak tersasar dikala bershoppin'.. tetapi kebiasaan juga nafsu bershoppin' tu di tahap maksima.. opps!!! owh.. bila raya wajib membeli baju baru, itu serapan minda dari kecil. Tetapi bagaimana pula dengan habit bershoppin' sepanjang tahun? Menjelang raya pasti sedy jika tidak memiliki sesuatu yang baru.. {mengalahkan budak2 kecil jek.. ahaks}.

Lunch hour tadi sempat menjengah kaki ke KLCC, mencari baju untuk lil' Aiman. Hasilnya sehelai tshirt tetapi enam kedai yang dijelajahi.. hahaha. Walhal bukan susah nak cari tshirt pun, tetapi aunty Cyana yang berangan lebih... oppps!!! Bayangkan untuk para ibu yang bershoppin' untuk anak2 mereka... hmm.

erm.. terasa Ramadhan kali ini cepat masa berlalu. Tak sedar saya masih belum membeli apa2 persiapan raya, hanya sempat membeli biskut yang dijual di office. ermm tahun nie juga tak sempat nak buat cookies..tak dapat nak join iftar GGO. huhu!!!! mungkin keghairahan menyambut Syawwal di tahap minima. Tetapi kelainannya, hari ini saya bakal shoppin' bersama hubby Moose. Kebiasaannya kerja shoppin' akan diserahkan kepada wifey yang suka door-to-door, bak kata hubby Moose seperti keretapi jek...semua kedai mahu disinggah. hiks!.

owh.. misi shoppin' hari ini membeli hanya yang perlu, list telah dibuat... budget telah diluluskan.. tetapi budget wifey telah dikurangkan..NO baju kurung NO Abaya! huhu. Katanya Abaya dah banyak, baju kurung cie bukan selalu pakai.! grrr! {tapi Mucab..Cie nak kena beli kasut baru... hehe} haih... kalo shoppin' bersama mr Boss begitulah peraturannya. hmm.

btw... sempat juga membeli shawl dari Morocco yang dijual oleh my biras, sista Fateyn.

owh.. ini tarbus, klasikkan? gmbo2 nie semasa berkunjung ke Pekan Rabu Alor Setar, tempat shoppin' popular di Kedah.

songkok dalam pelbagai size.. tapi hubby Moose jarang bersongkok. Beliau lebih gemar berketayap...tak pun topi cowboy ala2 pujaan Kenanga. {eh.. Kenanga di Temasik sure banyak memborong kan?}

misi hari nie...selain shoppin' pakaian, mungkin mahu mencari sedikit juadah tradisional untuk raya. Harap2 dapat temui apa yang dicari nanti.. kerna mahu shoppin' untuk diri sendiri mungkin lebih mudah.. hiks!! Excited nie, first tyme mahu shoppin' seharian bersama hubby Moose. ahaks!

2 comments:

  1. Salam Cyana,

    shopping kat mana?shah alam pun sekarang jammm pekattt

    ReplyDelete
  2. kak yan... arinie singgah ke jusco bukit tinggi sbb iftar di rumah nenek di sana. Selalunya saya paling gemar ke OU, tp kt Shah alam pun dah best. Ada Plaza SA dan SACC pun dah cukup :)

    ReplyDelete