Wednesday, September 29, 2010

* Purple ME && Purple YOU *

pic courtesy by mr google.
bestnyer jika dapat memiliki ketiga-tiga ABAYA nie ..hiks.

Salaam sisters....isn't purple great? YES! YES!! one of my favourite color. Saya peminat hitam, tetapi jika menyelak koleksi baju kurung, kebanyakannya color purple. well... miss Kantan and mrs Niza pun peminat ton nie. owh.. kenapa tiba2 bercerita tentang purple nie? Sebab utamanya tema untuk 2 majlis utk dihadiri adalah purple! Mulanya teringatkan banyak baju kurung yang sudah lama tak disarung, TETAPI lain pula ceritanya... kalo tak kain tak muat, baju pula yang sendat. opppss!!! {ker mahu pinjam baju Kantan? hehe}

Kesuntukan masa???? ohhh NOOOOO!!! harus bagaimana mahu mengikut tema "deep purple" seperti yang diberitahu oleh IBU. hehe. {berangan...mrs Cyana sememangnya suka berangan.} Jika ada undangan sesuatu majlis, perkara pertama yang terlintas di minda adalah "erm.. nak pakai baju ape yer?". Tiba2 last minute buntu pula mahu menyarung apa untuk majlis hujung mingggu ini. hubby Moose berpesan "Cie jangan pakai glamor2 sgt.. nak pergi buat kerja bukan nak bergaya." Alamak!!! mr Boss sudah bagi warning. {sebab hubby Moose seorang yang simple} hiks! YA!!! saya harus memakai sesuatu yang praktikal kerna saya akan berada di majlis sebagai penyambut tetamu, mrs photog dan juga ahli keluarga. Yang perlu, harus sedondon dengan ahli2 Wayfarers yang lain. Kebiasaannya jika bertugas, lebih mudah memakai seluar...mudah untuk bergerak. Tetapi kelainan kali ini saya bakal menyarungkan dress not Abaya!!!

YESSSSSS!!!! I'm wearin' dress again!!!

p/s: thanks CYG!!! Cie suka video tu. muahx!


Tuesday, September 28, 2010

* Jemputan MAYA buat SEMUA *

Assalaam alaykom sisters and brothers... rasanya masih belum terlewat untuk membuat jemputan secara maya ini. Majlis Perkahwinan my brother in law Mu'awwidz Al-Ansori & sista Fateyn juga my sister in law, sista Yusra & brother Najmi. owh YES!!! double weddin' again this year!!! Alhamdullillah, majlis akad mereka telah pun selesai terdahulu, kini adalah sambutan Majlis Sambutan Menantu bagi keluarga besar The Wayfarers.

Buat semua kenalan yang jauh dan dekat, juga tidak lupa kepada semua client 1stVerse, berbesar hati kiranya jika anda semua dapat meluangkan masa ke majlis tersebut yang diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Kuala Selangor. Memandangkan kami tidak mengadakan openhouse di kediaman, maka sudi-sudilah datang buat sesiapa sahaja yang mungkin terbaca entry ini, atau ada sahabat2 yang melalui kawasan tersebut. Saya akan seharian disana atas tugasan as mrs photographer , berganding bahu bersama insan terchenta yang merupakan tulang belakang multimedia bagi majlis ini.

Tentatif majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 2hb Okt 2010 (Sabtu)
Masa: 11 am sehingga ke 4 pm.. Ketibaan pengantin jam 12 pm.
Tempat: Stadium Tertutup, Kuala Selangor
(Lokasinya di Bandar Malawati, Kuala Selangor)


the bunting! temanya purple..
{baju purple semua dah ketat!!! huhu}

the map.. atau mungkin bisa google sahaja "Kompleks Sukan Tertutup Kuala Selangor"

Majlis Sambutan Aidilfitri atau Jamuan Rakyat ini diadakan buat rakyat2 AYAH di Kuala Selangor terutamanya. Semua hidangan disediakan secara "rewang", dan penduduk kampung akan mula merewang pada Khamis malam. Yang pasti Jamuan Rakyat ini akan mempunyai kelainan bagi saya yang tekak kari....kerna ianya akan dihidangkan dengan masakan Jawa. InshaAllah.

Buat para photographers diluar sana, anda semua juga dialu-alukan untuk merakam detik2 indah ini jika mempunyai masa terluang. Dan untuk bakal2 pengantin, jika anda mahu melihat kelainan konsep walimah.. atau yang masih tercari2 idea untuk mengatur aturcara majlis perkahwinan, jemputlah ke majlis ini. Walaupun ianya hanya Majlis Menyambut Menantu dan Jamuan Rakyat yang sederhana... majlis ini bakal mencipta sejarahnya kerna berkat hasil usaha penduduk2 di Kuala Selangor dan akan diuruskan sendiri oleh ahli keluarga The Wayfarers. InshaAllah.

Sunday, September 26, 2010

* mr Moose's workstation *

Salaam... sesekali skodeng ke meja hubby Moose yang sibuk jek siang malam mengadap mrs Mac. hmm... Bila bertemankan seorang graphic designer dan video editor, sememangnya 60% dari masanya dihabiskan di depan komputer. Tambahan pula hubby Moose lebih senang bekerja di lewat malam dikala orang lain sedang enak dibuai mimpi. Seperti orang bertugas di shift malam pula. Lucky me workstationnya di kamar..so saya masih bisa melihatnya di depan mata sepanjang masa. Katanya malam hari lebih tenteram, lebih banyak idea mendatang berbanding siang hari. hmm.. Kadang kala terlihat hubby Moose terlelap di kerusinya. Pity him!!! erm..itu pengorbanan masa dan tenaganya buat keluarga kecil saya.

workstation my dear hubby Moose's workstation...
ini sebahagian koleksi hasil kerjanya

currently hubby Moose sedang sibuk menyiapkan bunting, banner, montage dan video untuk presentation pada hari walimah OUR brother and sister.

idea..idea..idea.. hehe

eik? muka ada senyum ker? cari idea ke berFB ker tu? hiks!

candid my househubby lagi!!! hehe.

Jangan risau walaupun separuh harinya bersama mrs Mac, kini saya bisa tersenyum riang kerna hubby Moose sudah pandai membantu wifey membuat kerja2 di rumah. Kini pulang sahaja dari ofis... bisa saja baring dengan aman {sebab tu kott wifey asyik tidur saja.. hahahaha}. Yang pasti saya tak perlu gusar dengannya , kerna beliau senantiasa membuat wifey tersenyum dengan hasil kerja2nya. erm.. hubby Moose sedang renovate kembali bilik lamanya untuk dijadikan workstation & ofisnya yang baru. Tetapi bilik tu terletak di perkarangan laman rumah... mungkin nanti tak nampak lagi hubby Moose terlelap di kerusi pada malam hari. huhu.

btw seronok juga bertemankan seorang mr photog.. bisa outin' bersama dan menjadi model secara sukarela!!! ahaks!

* goodbye mr BAGMAN *

dalam kenangan...mr Bagman in the row! {grey in color}

mr Low yang kini bersendirian tanpa mr Bagman lagi disebelahnya.. huhu.

owh.. i must say GOODBYE to mr Bagman! Jika dulu selalu mengendong mr Bagman kerna bisa dimuatkan mr C and mr Niko bersama. Kini mr Bagman tiada lagi, memandangkan jarang menggunakannya lagi... saya telah menjualnya kepada seorang sahabat. Semoga mr Bagman akan happy bersama pemilik barunya. Dari tersimpan berhabuk jek, better dipindah milik sahaja.... erm rasanya ada lagi beg yang perlu let go!!. hmm. Anyway... welcome to mr Low yang akan meneman saya bersama mr Niko!!! chill!!!

* the Openhouse *

Assalaam alaykom...hujung minggu dipenuhi dengan jemputan Openhouse. Menjadi trend di Klang Valley, ramai yang mengadakan rumah terbuka mungkin kerna kebanyakkan mereka akan pulang beraya ke kampung pada minggu awal Syawwal. Cuma tahun nie, nampak lebih meriah kerna rumah terbuka seperti kenduri pula...dengan kehadiran canopy dan yang pastinya rezeki en Caterer bertambah kerna kebiasaan juga hidangan di tempah. hmm.

Mungkin berbeza bagi saya.. jika mahu megadakan rumah terbuka, saya akan lebih gemar menyediakan masakan sendiri. Rasanya lebih seronok jika dapat merasa hasil air tangan sendiri dari en caterer. hehe. Tahun nie, we all tidak mengadakan openhouse, jika ada sahabat handai yang mahu berkunjung, khabarkan saja.. biskut raya sedia terhidang. ahaks!!!! {kiddin' eh.. bley jek dtg.. pintu rumah senantiasa terbuka}

Last Saturday... mengikut plan, saya telah setkan hanya 3 buah rumah yang akan dihadiri memandangkan lokasi masing2 berjauhan. Namun kita hanya mampu merancang, last minute perlu menyiapkan kerja2 yang lebih penting... maka hanya sempat menghadirkan diri ke openhouse di sebelah malam. Petang hari Shah Alam dilanda hujan kuat... sesudah hujan surut, saya dan hubby Moose meneman IBU ke jemputan Openhouse YB Yaakub, ADUN Kota Anggerik yang terletak berhadapan pejabatnya di Seksyen 9, Shah Alam. {owh.. tahun nie tak banyak kunjungan yang dapat dipenuhi.. huhu}

suasana di Jamuan ADUN Kota Anggerik... banyak gerai2, tetapi memandangkan bersama IBU, we all duduk di area VIP. Kebetulan AYAH ketika nie berada di China atas urusan kerja, so IBU datang menggantikan jemputan AYAH.

IBU bersama isteri YB Yaakub yang berbaju kuning

YB Yaakub sibuk melayan tetamu..
alamak!! tiba2 uncle baju biru blockin'! nak ambil gmbo hubby Moose tapi terlindung plak.. ahaks!!!
IBU bersama kenalan

we had a good time... makanan pun sedap!

ermm... maybe semalam ramai yang keluar berjalan2.. banyak jek kenderaan atas jalan. huhu. btw Shah Alam memang terkenal dengan roundabout.. yang nie salah satu roundabout dari arah Seksyen 9. Jika mahu ke kediaman saya sila ikut sign UITM.

permandangan di Federal Highway.. sesak juga. huhu.
btw setiap hari saya akan melalui tol Batu Tiga nie untuk ke stesen tren Kelana Jaya.

pagi2 juga setiap hari akan sesak dari Subang sampai ke area nie.. lucky ada alternatif road ke Kelana Jaya melalui flyover ke arah Kawasan Perindustrian Bebas tu.

owh..petang2 ngantuk, cuci mata dengan melayan kereta merah yang berlunsur laju... hehe. Seronok juga kalo setiap pagi jalan lengang begini.. bisa menekan pedal minyak setanding kereta merah tu.. ahaks!!

eh.. tersasar cerita lain pula.. hehe. Maaf ya buat sahabat2 yang tak dapat kami penuhi jemputan anda. Mungkin lain kali di masa yang akan datang. InshaAllah.

Saturday, September 25, 2010

* eid celebration @ Level 27 *

Assalaam alaykom...keriangan Syawwal berterusan dengan sambutan acara makan2. hehe. Mengambil keberkatan pagi Jumaat, we all sepakat untuk mengadakan Jamuan Sambutan Aidilfitri di Level 27..iaitu tempat di mana saya bekerja dengan gabungan beberapa department yang berada di aras tersebut. full of foods...dengan nasi minyak, ayam, daging, dalca, nasi impit, lontong, satay, ketupat, roti jala, bermacam jenis bubur, kek coklat, kek carrot, buah2 tempatan juga ada dan tak lengkap kiranya tanpa pelbagai jenis biskut2 raya. hehe. erm.. bila terleby banyak jenis makanan, otak jadi buntu.. oppps!!! finally saya hanya menjamah satay, nasi impit and ayam merah!!! owh.. biskut coklat wajib!!! Actually bukanlah buntu sangat, tapi memandangkan jam menunjukkan 10 pagi.. macam awal sangat kalo mahu menjamah nasi. hehe. owh..credit to team AJK makanan yang awal2 pagi bertungkus lumus menyediakan hidangan. keep up our teamwork!!! KERJASAMA!!!!

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Farouque dan sedikit kata2 dari our SGM HR, mr Nazuir..{ucapan ringkas jek, sebab mr MC dah cakap 2 min jek.. haha}. Then we all mengadakan penyampaian cenderahati kepada mr Mirza Amin yang akan menukar careernya ke bidang marin. All the best brother!! well.. ini adalah kali pertama meraikan sambutan eid sebagai team Admin. {tiba2 teringat pula team ISD...rindu!!!} Lucky me masih ada juga beberapa ex-staff ISD masih bersama sehingga kini. Yang pasti tahun nie sudah tiada lagi angpau dari ex-miss Boss yang setiap tahun pasti memberi duit raya buat staff2nya. hehe. okay...mari layan sedikit gmbo.

eid celebration di Level 27, Menara HLA

meja yang menjadi tempat tumpuanku.. hehe

the cookies

mrs Haslina in action

mrs Arina & mrs Sue

miss Aishah

mr Roslan & mr Nazuir

emcee.. mr Halim

doa recitation by ustaz Farouque

sedikit ucapan dari mr Nazuir

owh.. yang diraikan tersenyum girang.. ehehe

mr Mirza Amin yang akan meninggalkan team HR

makan tyme

me and ayam

posin' tyme.. hiks!

mr Marwan

mr Shamsul

mr Maaruf, mrs Sarina & mrs Niza

mr Nazuir and our dear COO, mr Ramdan

the gadiszz!

me and my mrs Boss, mrs Niza

mrs Aimi in red

mrs Sal in purple

with mr big Boss.. smile!! hehe

the ladies

the ladies again!!!
{sorry tadi battery flash tak function.. haa yang nie baru gmbo cerah sket. hiks!

Pose kenangan bersama officemate

mr Mirza mendapat cenderahati dari mr Ghaus

then sempat bergmbo kenangan bersama bakal encik Kapten.. ahaks!

geng HR

last but not least... team Unit Procurement!!!!
from left mr Fathul Hakim, miss Erwanti, mrs Hasrulniza, mrs Cyana and mr Maaruf

Alhamdullillah dapat bersama2 rakan2 bersua di bulan Syawwal yang indah. Selain makan2, dapat juga mengeratkan silaturrahim. Semoga hubungan sesama kita bertambah erat dan mesra. Big thanks to ALL yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan eid di ofis nie.. and credit to mr Phatlee yang sudi menjadi cameraman bidang terjun. Thank you.