Saturday, February 6, 2010

* LAST day @ JB *

Assalaam alaykom... i am very very happy today!!! dari pagi sampai ke malam seharian berjalan bersama insan terchenta. Terasa lamanya tidak berjalan berdua... bermula dengan bertemu future clients di pagi hari, lunch bersama di Pelita..{nasi kandaq! yum yum!}, shoppin' bersama pagi dan petang... {part nie paling BEST la kan...hubby Moose belikan bajooo utk wifeynya...kalo selalu begini kan best? ahaks}, and then shoppin' aksesori mrs niko {sigh...sedikit cemburu nie.. hehe}, then layan benjo & hotdog fav hubby Moose di Seksyen 14, PJ. makanya hari ini saya melihat bangunan office dihujung minggu. hmm...ehh..sedikit tersasar dari cerita utama, almaklumlah seharian berjalan2, ini juga cerita berjalan2 tempoh hari yang belum sempat dikongsi disini.

yes!! OUR day 3 at Johor Bahru. sempat juga berkunjung ke salah satu tempat warisan iaitu Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Masjid ini tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandaraya dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Mengikut sejarah, masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.

Masjid ini telah dibina oleh 'Bapa Johor Moden' iaitu Sultan Abu Bakar pada tahun 1892, menandakan titik permulaan proses permodenan negeri Johor. Kerja pembinaannya memakan masa selama 8 tahun dan disempurnakan pada tahun 1900. Menariknya senibina masjid ini memaparkan pelbagai gaya tetapi yang paling menonjol ialah gaya senibina Victoria! Ada yang berpendapat menara bilal masjid ini kelihatan seakan-akan menara jam British....well let's enjoy pics here.

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru {terpandang awan yang bergaris2 tu... subhanallah ciptaanNYA}

menara utama

dari bahagian belakang masjid

corridor panjang menuju ke pintu masjid

Jika datang di sebelah pagi... anda pasti akan bertemu dengan 2 orang pelukis.
beberapa lukisan yang dilukis di atas kain sutera, berharga RM20 setiap satu

live in action

Pakcik Zakaria menerangkan lukisannya

Seorang lagi pakcik yang saya tak tau nama... kerna sudah 3 tahun beliau tidak bersuara. Hanya percakapannya melalui gerak mulut. Dari yang diceritakan, beliau membuat pembedahan kerna kanser tekak disebabkan MEROKOK!!!!! Kini bahagian lehernya mempunyai lubang yang hanya ditutup dengan kain.

okay.. saya memilih untuk membeli 2 ekor burung...
itu saya dan hubby Moose.. hehe

then saya membeli lukisan ini juga... amat kagum dengan mereka kerna free hand melukis tanpa merujuk bangunan atau mana2 gmbo. hmm.

lukisan tadi dipotraitkan dalam gmbo

kebetulan...ketika ini musim penghijrahan burung undan yang datang melawat Malaysia


macam kaki ayam jek.. hahahaha

besar burung undan nie

brother Ali khusyuk mendengar nasihat.. hehe

okay Pakcik Zakaria... we all mahu pulang. Nanti saya postkan gmbo yer.. inshaAllah

let's go CYG!
{owh..ade bodyguard tau.. ahaks}
PEACE paparazi!!!
eik? brother Piziey pun paparazi kejar ker? hmm

meninggalkan Masjid Sultan Abu Bakar jam 11.30 pagi... tyme to go...
c ya'

No comments:

Post a Comment