Monday, February 22, 2010

* keunikan masjid Melaka *

Assalaam alaykom... masih lagi berkisar perjalanan ke bandar bersejarah Melaka yang kaya dengan warisan2 lamanya. Seperti yang tercatat dalam sejarah negara, Melaka merupakan antara negeri terawal yang menerima kemasukan ajaran Islam, hasil dari persinggahan pedagang2 dari tanah Arab, India dan China. Kesannya jelas sehingga kini, warisan berharga itu masih teguh dikekalkan. Paling menarik di Melaka, kebanyakan masjid2nya bercirikan warisan senibina dari negara China yang terkenal dengan sejarah Laksamana Cheng Ho & Puteri Hang Li Po.

Saya juga tidak mahu ketinggalan melawat tempat2 beribadat di Melaka, menarik lagi bila mana sebagai musafir. Terlebih dahulu ingin merakamkan terima kasih kepada pakcik2 yang baik hati melayan kunjungan kami dengan senyuman. Malam terakhir di Melaka, semua hotel, motel, rumah tumpangan fullhouse!! almaklumlah musim cuti sekolah lagipun perjalanan ke bandar Melaka tiada dalam perancangan awal. hehe. well.. i must say thanks to hubby Moose yang tidak putus asa berpusing2 mencari tempat tumpangan, tidak terus pulang kerna tahu saya amat teringin bersiar-siar di bandar Melaka. dan akhirnya we all bermalam di dalam kereta sahaja. Hanya pabila subuh menjelang, we all menuju ke sebuah masjid yang kebetulan juga singgah di masjid lama ini iaitu Masjid Fat'hur Rahman yang bermasksud Pembukaan - Allah yang bersifat Maha Pemurah, di Pengkalan Rama yang pada asalnya dibina pada tahun 1730-an. Kemudian masjid ini diubahsuai dan dibesarkan sehingga keadaannya kini, namun masih lagi utuh ciri2 lama di salah satu bahagian di dalam masjid ini.

Alhamdullillah...senibina yang masih teguh ini sangat unik. erm..sedikit gmbo yang sempat dirakam sebelum beredar pulang.

pintu masuk

papan tanda menceritakan sejarah masjid ini, saya agak masjid ini salah satu juga yang terawal kerna terletak berdekatan pengkalan atau sungai.

salah satu pintu di bahagian bangunan masjid lama. Bahagian ini sememangnya banyak mempunyai pintu2.. erm. mungkin dahulu takde kipas..so perlulah banyak pintu.

dikelilingi tiang2 besar

yang nie bahagian baru yang ditambah pada bahagian luar bangunan masjid lama

Masjid Fat'hur Rahman Pengkalan Rama

Kunjungan seterusnya yang sempat dirakamkan di sebuah masjid baru iaitu Masjid Al-Azim yang terletak berdekatan Taman Malinja. Masjid baru ini sangat besar dan kawasannya luas kerna ditempatkan juga Pejabat Agama Islam negeri Melaka. Singgah di waktu malam setelah 2 jam tersesat di sekitar bandar mencari jalan ke Taman Malinja untuk makan malam asam pedas. hehe. Sampai jek di masjid nie, jam sudah hampir 9.30 malam. Juga di koridornya terdapat papan tanda melarang sebarang rakaman gambar di dalam masjid, maka hanya sempat mengambil beberapa keping di bahagian luar sahaja.

walaupun masjid baru tetapi masih lagi diserapkan dengan ciri2 unik masjid2 di negeri Melaka. Alhamdullillah kunjungan ke sana sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa dan juga berkesempatan mengutip pengalaman sebagai musafir yang merantau ke negeri orang.

2 comments:

  1. aaa...beshnye jejalan melakeee....lame dh brangan tak sampai2 lg huhuu...

    ReplyDelete
  2. to Kiah: pergi la beb. mmg best cuci mata. tp kalo pergi bukan hari cuti lagi best kot

    ReplyDelete