Thursday, February 25, 2010

* buat Insan bergelar SUAMI *

Suami && Isteri

Assalaam alaykom... esok adalah tanggal 12 Rabi' al-awwal iaitu hari menyambut kelahiran nabi & rasul junjungan yang dikasihi, Nabi Muhammad saw. Di Malaysia, Birth of the Prophet lebih dikenali dengan sambutan Maulidur Rasul atau Maulud Nabi. Sehubungan itu semalam, Biro Kerohanian KBM telah menganjurkan majlis ilmu sempena mengingati insan yang teragung di dunia. Kehadiran Ustaz Dato' Khalid yang mana berkongsi cerita tentang budi pekerti Nabi Muhammad saw yang sememangnya tiada tandingan kerna beliau adalah penutup para nabi.

Antaranya; "Beliau adalah orang yang paling dermawan, paling berlapang dada, paling jujur ucapannya, paling bertanggung jawab dan paling baik pergaulannya. Siapa saja yang bergaul dengannya pasti akan menyukainya."

Setiap orang yang bertemu Muhammad pasti akan berkata, "Aku tidak pernah melihat orang yang sepertinya, baik sebelum maupun sesudahnya." Begitulah Muhammad di mata khalayak, sebab beliau berakhlah sangat mulia seperti yang digambarkan Al-Qur’an, "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."(Al-Qalam: 4) ".

Selain itu Uztaz Dato' Khalid juga berkongsi ilmu tentang kehidupan Nabi Muhammad saw dengan isteri, anak, keluarga malah masyarakat di sekelilingnya. Sangat Mulia. Masya'allah. Tak terungkap dengan kata2.

Sejenak saya diingatkan bahawa kaum wanita adalah insan yang beruntung kerna golongan yang paling mudah untuk menjadi penghuni syurga jika TAAT pada suaminya. Kerna bagi seorang wanita adalah SUAMI!SUAMI!SUAMI!. Sejenak saya mula menghitung sejauh mana pengorbanan diri terhadap suami? hmm.. mungkin disebut mudah tetapi kadang kala saya juga mungkin alpa. Azam diri yang kerdil ini menjadi seorang isteri yang solehah dan diberkati. InshaAllah.

to my dearest hubby Moose yang disayangi..."Cie beruntung mendapat suami sepertiMU. walau Mucab tak romantik, jalan tak mahu pegang tangan.. hehe, tapi Mucab bisa menjadi pemimpin yang baik. Cie nak jadi isteri yang terbaik. Cie selalu rindu Mucab! Cie sayang Mucab! even balik rumah akan ketemu tetapi Cie selalu rindu Mucab. sebab Mucab seorang jek yang tahu membuat Cie tersenyum walau dikala berduka. muahx."

* abang BECA *

Salaam sisters & brothers.. segar bugar mata sesegar melihat kemeriahan di bandar Melaka yang dihiasi bangunan merah di kelilingi penarik beca yang becanya berwarna warni dan ada yang dilengkapi dengan sistem audio... pergh!!! naik beca sambil layan lagu lady gaga. huh!

well...saya sendiri masih belum berkesempatan menaiki beca2 ini mahupun di Melaka atau Penang. Ini permandangan yang biasa dilihat oleh pelancong2 {berangan jadi pelancong.. hehe}. Kini industri ini telah menarik minat golongan muda malah ada juga wanita yang mengayuh beca. Terpegun juga melihat kudrat mereka mengayuh beca yang memuatkan sekurangnya 2 dewasa 1 kanak2. hmm. Namun kehadiran penarik beca ini bisa menyumbang kepada pendapatan negara sekaligus mengekalkan tradisi juga sejarah telah tercipta dalam industri pengangkutan. Jika menonton filem2 lama especially filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, beca dahulunya salah satu pengangkutan utama dengan kadar bayaran bermula 10 sen seorang.

Kini beca menjadi pengangkutan utama yang menarik minat pelancong mengenai keunikan yang terdapat di Malaysia. ermm...sedikit gmbo abang2 beca di Melaka buat tatapan semua. Mari tengok sapa yang kena shoot.. haha.

kebanyakan abang beca mendapat tajaan DIGI

beca red indian.. hehe

mula mengayuh mencari pelanggan

abang beca yang sentiasa mengukir senyuman

sexy pula.. opps!

waktu rehat ya...

mengayuh beca sehingga ke malam hari

okay! itu sahaja cerita abang beca. hiks.

Wednesday, February 24, 2010

* the DuO ChiQue *


Salaam sisters & brothers & future clients... this is sample of DuO Chique final products. what is DuO Chique? the Duo Chique Package adalah combination photography & videography package for single session (event) yang ditawarkan oleh 1stVerse.

More details at Weddin' Packages di blog 1stVerse.

Photographers: Moose, Cyana, Kamarul & Ali
Videographer: Phiziey
Video Editor & Designer: Moose

Sample di atas adalah 8x24 UV StoryAlbum. Actually Mrs Diana & Mr Syahrul buat early bookin', so promotion masa tu album size masih 8x12 Cover Story Album. Terkini pakej semuanya sudah distandardkan ke bigger size album iaitu 10x24, to view more album sample click here.

Album designed by hubby Moose at Diana & Syahrul's page. Same as previous clients, mrs Diana bakal menerima 8x24 UV Story Album with exclusive briefcase. owh.. itu rezeki pengantin. Mendapat sesuatu yang extra dengan TIADA penambahan harga. Alhamdullillah.. now mr editor bisa fokus untuk job yang seterusnya. SMILE!

* SURRRPRISSSEEEE!!!!! *

Date: 20th Feb 2010
Venue: The Courtyard Garden Restaurant, Bukit Damansara

courtesy from 1stVerse

Birthday dinner buat AYAHANDA Hj Nordin Mohd Hassan ke 70 tahun yang diuruskan oleh anak2 beliau secara rahsia. Kejutan buat AYAHANDA tercinta, suatu kenangan indah bagi saya kerna hampir kesemuanya yang hadir menitiskan airmata. erm.. saya juga tidak berkecuali, bila mana melihat keakraban keluarga Hj Nordin, sajak Dirgahayu yang dicipta khas oleh behsannya En Samsudin untuk beliau, ucapan dari Mr John sahabat karibnya.. dan bila mana Hj Nordin pada mula beliau menyangka semua anak2 mungkin sibuk, tiada sesiapa yang WISH Birthdaynya. Tetapi sebenarnya majlis khas ini telah diurus rapi... dengan kehadiran anak2 yang jauh & dekat, saudara mara & kenalan. Dan pabila beliau berucap, kata2 ikhlasnya bisa saja menyentuh hati orang2 yang berada disitu. hmm.

masih belum terlewat untuk saya dan hubby Moose mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN HJ NORDIN. Semoga ALLAH panjangkan usia, diberi kesihatan, diberkati anda sekeluarga inshaAllah. Tahniah juga buat anak2 beliau yang bisa menganjur dan mengaturkan majlis ini yang sememangnya akan terus terpahat diingatan kami semua yang hadir pada malam tersebut.

more pics at 1stVerse as their official photographer.


Tuesday, February 23, 2010

* Bimbangkah Penguasaan Wanita *

Assalaam alaykom... tajuk berita utama akhbar mengenai kebimbingan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Memetik kenyatan akhbar;

"Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita."

Pendapat saya:

Nisbah gender yang disasarkan oleh kerajaan adalah 3o:70 iaitu 30% adalah wanita TETAPI kini nisbah wanita telah meningkat naik mungkin disebabkan beberapa faktor seperti yang utama pencapaian akademik wanita yang lebih memberangsangkan dari lelaki. hmm. Itu hanya salah satu faktornya. Apa salah jika nisbah wanita lebih sebenarnya? Jangan pula melihat wanita sebagai kaum yang lemah dalam membuat keputusan. Walaupun wanita disifatkan lebih penyayang kerna ciri keibuaannya, tetapi pabila situasi tertentu wanita juga mampu melakukan perkara sebaik lelaki. hmm.. itu hanyalah pendapat seorang insan bergelar wanita. Benar juga kata pepatah "Tangan yang menggoncang buaian, bisa menggoncang dunia". hehe.

waktu bekerja SAYA bila mana dikelilingi lelaki.. hehe

Jelasnya... saya setuju boss wanita lebih cerewet bila dibandingkan dengan lelaki kerna kebiasaan lelaki lebih mudah bekerja sambil lewa... maka jika boss memilih pekerja wanita yang lebih rajin...sila jangan melenting ya. hehe.

Pengalaman saya mempunyai 2 orang BOSS di 2 bidang yang berbeza. Boss LELAKI di bidang production manakala Boss WANITA di bidang korporat. erm..masing2 mempunyai kekuatan yang berlainan tetapi masih mempunyai kreadibiliti seorang pemimpin. Di bidang korporat yang kerusinya empuk berhawa dingin dikelilingi team wanita. Boss seorang yang slumber, TETAPI kerja harus siap on-time! yang lain... free bloggin' ahaks!

Manakala di bidang production, kerja sememangnya meletihkan di bawah terik mentari tiada lagi bau yang harum menjelang petang. erm.. waktu bekerja itu saya biasanya dikelilingi LELAKI yang sesekali nampak lebih santai dikala bekerja. TETAPI Boss LELAKI saya yang lebih nampak slumber itu sebenarnya lebih cerewet dari Boss WANITA. Kerja pula harus disiapkan beyond-time!... huhu. Maka hal ini sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri bukannya kerna gender.

ATAU saya harus berada di tempat BOSS iaitu pembuat keputusan, barulah bisa untuk menilai isu ini. hehe.

p.s: boss bila nak belanja makan? hehe

* naluri seorang WANITA *

Salaam again... bermula dengan gmbo KAMI sebagai hiasan yang mewakili my lil' family yang bakal merancang sesuatu untuk pembangunan keluarga. Perancangan yang perlu dibuat untuk jangka masa 5 tahun yang akan dibentangkan kepada unit besar keluarga pada hujung minggu ini, inshaAllah. Maka saya bakal ke Melaka sekali lagi bagi "Family Retreat Programme" ini. Yang pasti setiap individu bakal membentangkan perancangan masing2 untuk dinilai oleh AYAH & IBU selaku pemerhati & penasihat. hmm.

Jika ditanya saya? first & foremost... untuk melengkapkan diri sebagai seorang wanita, saya mahu mempunyai lil' junior yang bukan selama ini KAMI rancang, tetapi masih belum rezeki to have a baby {owh.. direct statement nampknya} hmm. Selainnya mungkin menjadi perkara kedua & ketiga. Juga yang bakal dibentangkan penukaran KERJAYA iaitu hubby Moose yang kini sudah bekerja sepenuh masa sendiri, saya pula akan beralih ke bidang Procurement sebagai jawatan sepenuh masa... itu rezeki KAMI sekeluarga. Alhamdullillah.


* the famous Melaka *

Salaam sisters & brothers... ini adalah suasana di negeri Melaka, destinasi popular pilihan rakyat tempatan mahupun luar negara yang tidak putus2 berkunjung ke sini. Suasana di musim cuti sekolah terutamanya sememangnya mengundang kesesakan jalan raya di sekitar bandar bersejarah ini. erm..saya juga terkena tempiasnya kerna berkunjung di kala cuti panjang tahun baru cina yang lalu. gmbo yang banyak tak abis2 lagi diupload. btw.. ini entry khas buat pelancong2 yang kebetulan gmbonya terpapar di entry ini. owh..sememangnya saya tidak mengenali mereka..cuma aksi2 mereka yang menarik perhatian photog untuk merakamnya.. btw beribu lemon photog di sana..semuanya menggantungkan DSLR di dada. hmm.. meriahkan bandar Melaka nie.

kesesakan lalulintas... 5km/j

suasana di tebing Sungai Melaka

owh..itu bot yang kepingin mahu menaikinya.. huhu

abang POLIS yang bertugas dengan senyuman

STOP!!!

aiyak nyok satuk.. hehe

gerai cendol yang menjadi tumpuan

uncle nie sedang membuat air sirap saya.. hehe

nyum..nyum.. cendol!

pelbagai bola dijual

pelbagai topi juga dijual

bumbung yang tidak dijual

tengok tu... meriah sungguh, berwarna warni

kebanyakan bangunan berwarna merah

ke Bukit St Paul

salah satu bangunan sepanjang perjalanan menuju ke Kota Afamosa

cutie girl!

with her mummy

mat saleh in action

boy nie nangis mahu mengajak ibunya naik ke bukit Afamosa

penjual souvenir

penyanyi jalanan

gerai jualan

bermeditasi sambil mengumpul derma

senja menjelang... Menara Taming Sari

malam sudah menjelang... maka harus pulang..

tanglong2 menghiasi malam hari di bandar Melaka.

meninggalkan kota bersejarah ini dengan senyuman. walau hanya sempat berjalan2 di sekitar bandar sahaja.. namun hati cukup gembira kerna ditemani insan terchenta. see ya' InshaAllah.

Monday, February 22, 2010

* keunikan masjid Melaka *

Assalaam alaykom... masih lagi berkisar perjalanan ke bandar bersejarah Melaka yang kaya dengan warisan2 lamanya. Seperti yang tercatat dalam sejarah negara, Melaka merupakan antara negeri terawal yang menerima kemasukan ajaran Islam, hasil dari persinggahan pedagang2 dari tanah Arab, India dan China. Kesannya jelas sehingga kini, warisan berharga itu masih teguh dikekalkan. Paling menarik di Melaka, kebanyakan masjid2nya bercirikan warisan senibina dari negara China yang terkenal dengan sejarah Laksamana Cheng Ho & Puteri Hang Li Po.

Saya juga tidak mahu ketinggalan melawat tempat2 beribadat di Melaka, menarik lagi bila mana sebagai musafir. Terlebih dahulu ingin merakamkan terima kasih kepada pakcik2 yang baik hati melayan kunjungan kami dengan senyuman. Malam terakhir di Melaka, semua hotel, motel, rumah tumpangan fullhouse!! almaklumlah musim cuti sekolah lagipun perjalanan ke bandar Melaka tiada dalam perancangan awal. hehe. well.. i must say thanks to hubby Moose yang tidak putus asa berpusing2 mencari tempat tumpangan, tidak terus pulang kerna tahu saya amat teringin bersiar-siar di bandar Melaka. dan akhirnya we all bermalam di dalam kereta sahaja. Hanya pabila subuh menjelang, we all menuju ke sebuah masjid yang kebetulan juga singgah di masjid lama ini iaitu Masjid Fat'hur Rahman yang bermasksud Pembukaan - Allah yang bersifat Maha Pemurah, di Pengkalan Rama yang pada asalnya dibina pada tahun 1730-an. Kemudian masjid ini diubahsuai dan dibesarkan sehingga keadaannya kini, namun masih lagi utuh ciri2 lama di salah satu bahagian di dalam masjid ini.

Alhamdullillah...senibina yang masih teguh ini sangat unik. erm..sedikit gmbo yang sempat dirakam sebelum beredar pulang.

pintu masuk

papan tanda menceritakan sejarah masjid ini, saya agak masjid ini salah satu juga yang terawal kerna terletak berdekatan pengkalan atau sungai.

salah satu pintu di bahagian bangunan masjid lama. Bahagian ini sememangnya banyak mempunyai pintu2.. erm. mungkin dahulu takde kipas..so perlulah banyak pintu.

dikelilingi tiang2 besar

yang nie bahagian baru yang ditambah pada bahagian luar bangunan masjid lama

Masjid Fat'hur Rahman Pengkalan Rama

Kunjungan seterusnya yang sempat dirakamkan di sebuah masjid baru iaitu Masjid Al-Azim yang terletak berdekatan Taman Malinja. Masjid baru ini sangat besar dan kawasannya luas kerna ditempatkan juga Pejabat Agama Islam negeri Melaka. Singgah di waktu malam setelah 2 jam tersesat di sekitar bandar mencari jalan ke Taman Malinja untuk makan malam asam pedas. hehe. Sampai jek di masjid nie, jam sudah hampir 9.30 malam. Juga di koridornya terdapat papan tanda melarang sebarang rakaman gambar di dalam masjid, maka hanya sempat mengambil beberapa keping di bahagian luar sahaja.

walaupun masjid baru tetapi masih lagi diserapkan dengan ciri2 unik masjid2 di negeri Melaka. Alhamdullillah kunjungan ke sana sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa dan juga berkesempatan mengutip pengalaman sebagai musafir yang merantau ke negeri orang.