Alhamdullillah...saya baru sahaja pulang dari percutian ADMIN Santai Day 2011 dari Sg Congkak Hulu Langat. Ceritanya bakal mengusul kelak. InshaAllah. Program 2 hari 1 malam dan seketika memegang status bujang kerna tanpa kehadiran hubby Moose, saya berkongsi bilik dengan AJK yang lain. Bagi program ini, saya dilantik sebagai AJK Hadiah. Selepas ini bakal fokus pula kepada Kejohanan Futsal yang akan menyusul dalam masa terdekat nie. Actually lety juga tetapi bila melihat wajah2 kegembiraan, saya akan turut gembira.
Berkata tentang Rezeki yang mendatang tiba. owh.. mahu juga dikongsi bersama satu berita gembira. erm.. bukan saya bunting ya... gunting jek ada.. ahaks! Blom rezeki anak namun rezeki mendapat ganjaran dari pihak pengurusan yang mengiktiraf prestasi pekerjanya. Alhamdullillah rezeki yang melimpah ruah. {eh.. tertiba wishlist panjang pula... oppss!} Pesan hubby Moose harus di simpan separuh untuk pelaburan dan bakinya sahaja yang bisa digunakan. Personally... credit to ALL yang telah banyak membantu dan memberi kepercayaan sepanjang pembangunan kareer saya. Semoga saya akan terus gigih berusaha dan bisa mengekalkan momentum yang sama. Benar tahun 2010 adalah tahun kerjaya! Saya mula memahat nama di bibir orang tetapi biarlah pabila nama saya disebut, ianya bisa memberi imej positif tentang pemiliknya. InshaAllah.
Brother & Sister.....please make dua' for my AYAH yang sedang berhadapan dengan banjir & cabaran di Tenang, dan my brother in law Mua'wwidz yang berada di Egypt... negara yang kini sedang bergelut dengan tunjuk perasaan kerna mempunyai pemimpin yang angkuh, sombong dan hanya mementingkan diri. Semoga kalian dilindungi Yang Maha Kuasa ALLAH swt.
No comments:
Post a Comment