Friday, January 28, 2011

* OUR day 3 @ Kuching *

Assalaam alaykom, percutian hari ke-3 membawa we all ke Pasar Serikin yang popular di kalangan pelancong dan rakyat tempatan. Pasar ini terletak berhampiran dengan sempadan Kalimantan dan kerna itu boleh disimpulkan 80% peniaga disini semuanya kelihatan seperti Jawanese.. budaya dan longhat mereka juga mirip bahasa Jawa, kurang kedengaran loghat Sarawak di pasar ini. hmm. Pasar ini juga di adakan pada setiap hujung minggu iaitu bermula hari Sabtu dan berakhir pada hari Ahad jam 12 tgh. Perjalanan ke Serikin dari bandar Kuching hampir lebih satu jam... grrr!!! mahu tidur sahaja. hehe. {eh..melalui Bau, kampung halaman miss Marvic}

Sampai di pasar ketika terik mentari jam 11 pagi... maka tidak hairan juga jika ke sana saya telah menambahkan tanned kulit, ahaks! Majoriti peniaga disana menjual barangan dari Indonesia seperti baju2, telekung, rotan2, udang kering, langsir, kerepek dan bermacam lagi. erm.. hajat dihati mahu membeli tikar.. akhirnya tikar bertukar menjadi baju baju baju.. hehe. Kata Ayah Ngah "owh..awak kerja ofis, boleh pakai baju2 nie"..."Yes! Yes!" ada sokongan padu dari bapa saudara.. hiks. hubby Moose pula kebosanan... sebab pasar nie kurang menarik baginya yang tidak gemar shoppin'.. hehe.

hubby Moose in candid

ice blended yang murah... 3 papan RM10.. wow!!!!

helmet comel

sayuran turut dijual

kerepek stall

udang kering stall

bekas lilin

kedai gitar juga terdapat disini.. hmm
mungkin warganya gemar mengisi masa lapang dengan hiburan

ubat-ubatan

deretan kedai2 telekung

baju pasang

lintah untuk rawatan bekam

air tebu nyum nyum

adush!!!! panas sungguh!

sekitar Pasar Serikin

turut kelihatan pasukan keselamatan

Rumah makan yang menghidangkan masakan padang

sate??

bakso man

tikar2 yang dibeli dihantar ke kereta.. hmm

then we all meninggalkan Pasar Serikin pada jam 12.30 tgh.. menuju pula ke Fairy Cave yang terletak di jalan berhampiran. Gua ini terkenal dengan patung fairy yang terdapat di dalamnya. owh.. pertama kali memanjat gua... grrrr!!!! seram juga mulanya. Lucky me ada anak2 tangga.. bisa mendaki tapi itu pun separuh jalan jek... kerna keletihan, saya menunggu jek di ruangan lapang tanpa terus mendaki ke puncak. hehe

perjalanan ke Fairy Cave

subhanaAllah...lovely scenery

sawah padi kering

berada di pintu masuk ke Gua setelah mendaki ratusan anak tangga.. huhu

keadaan yang gelap...
{sorry ya uncle.. muka anda golap}

cahaya yang menyinari ruang gua

indah di dalam gua...sejuk jek

the signboard

eh... ada coverage tau!

contoh anak2 tangga yang perlu di daki

hubby Moose and brother Ali

hati2 ketika menurun tangga yang licin

Ayah Ngah in pose

it's US @ Fairy Cave

hampir 2 jam menghabiskan masa di dalam gua. hubby Moose mula jatuh cinta dengan flora fauna yang menghiasi gua ini. hmm... pulang jek terus ke SCR, restoran nasi ayam yang popular di bandar Kuching. erm..sedap dan murah juga.

hubby Moose and mrs Cyana

with brother Ali...peneman setia

grrrr!!!!! y muka sangat boolat??? argh!!!

menjelang petang, we all ke Taman Sahabat di Stutong. Tempat rekreasi yang sesuai untuk keluarga beriadah di petang hari sambil memberi ikan2 di kolam makanan. Tempat ini berkonsepkan etnik Cina yang menempatkan memoir Laksamana Cheng Ho.

geng tai-chi yang tegar bersenaman

cahaya di malam hari

di hiasi pancutan air...

last but not least...
mrs Cyana in candid by brother Ali.
thanks brother for the bintang2 moment. hehe.

No comments:

Post a Comment