Monday, January 3, 2011

* a lil' Message for Hubby Moose *

Assalaam alaykom.... terasa kekok pula bila mana beberapa hari sepi tanpa berita, kekoknya pabila ingin berceloteh disini.. hmm. Tiba-tiba menjadi kering kata2, tiba otak menjadi buntu.. owh, kerna kekangannya tiada rangkaian aktif di kediaman. Almaklumlah cuti panjang menyebabkan semua mesin ATM menjadi bercuti juga. Maka terpaksa menunggu sehingga Isnin, barulah bisa mengaktif semula.

Masih ingat pesan hubby Moose petang tadi "Cie jangan makan sebarangan." Cie jawab "Baiklah!". Itu kerna last trip ke Kedah saya diarrhea gara2 makan macam2, sampaikan semalaman bercanda di Ladies. huhu. "Okay!! CYG!!!" Cie akan lebih hati2 memilih makanan walaupun tahu bermacam2 makanan di Kota Setar yang enak2 belaka. hehe. Tiba2 hati terasa hiba mahu meninggalkan insan terchenta... walau tahu beliau bisa berdikari, namun terasa saya pula yang seperti kerap meninggalkannya atas tuntutan kerja. hmm. Tetapi jika beliau pergi outstation, pasti wifeynya bersama. Owh! Itu untungnya jika bekerja sendiri {kan CYG? hiks.}

mrs Cyana ditemani mr Niko and 50mm.
Benar!... teman saya sepanjang jalan hanyalah lensa.
Bak kata hubby Moose Cie nak pergi bekerja, maka hanya SATU lens sahaja yang dibenarkan membawanya...Soooo... layan 50mm jek. Tiba2 saya terasa RINDU SANGAT dengan hubby Moose yang pasti bisa membuat wifeynya tertawa. Sesekali berjauhan enak juga, rindu makin menebal...walau tak sampai 24jam meninggalkannya. hmm.. Terasa sebak di dada semasa melambai tangan sebentar tadi...walau bibir mengukir senyuman... hati sayu jek. huhu.
Rindu untuk berjalan bersama... Rindu untuk POSE bersama... Rindu untuk bergurau senda.. Rindu untuk layan fries sama2.. hehe.

Memulakan tahun baru dengan sesuatu yang baru. Beberapa perkara yang memerlukan perubahan yang perlu diuruskan. InshaAllah saya bisa tanganinya. Semoga tahun ini membawa lebih pengertian dalam merangka kejayaan dalam kerjaya. Dengan sokongan INSAN TERCHENTA dan dorongan keluarga...semuanya pasti akan terlaksana. YA ALLAH! Permudahkanlah urusan hambamu ini, berkatilah usaha KAMI, penuhilah hari2 KAMI dengan limpahan kasih sayang. Ameen.

"Mucab.. tunggu Cie balik ek... nanti kita dinner sama2, Sorry tadi petang tak sempat nak lunch sama2. Cie tau Mucab risau Cie kena dairrhea lagi, tapi teh ais kat sini SEDAPPPPPPP!!!! opppsss!. I lurve you tooo CYG."

4 comments:

  1. Akan singgah di Dee Pumpong kah?? hehehe...

    ReplyDelete
  2. ala..comelnya..aku pon rindu kat mamat yg aku kasi tinggal kat KL sana...letak cantek2 kat blog pon bukannya baca..hahaha...tp korg mmg suweeeet

    ReplyDelete
  3. Kakcik.. tknk la pergi mkn situ lagi. nnt sakit perut lagi. huhu

    ReplyDelete
  4. Marvic.. pasnie sure ko rajin outstation ke KL kan? sbb mau jumpa mamat yg ko tinggal tu.. hehe. Apalagi ajak dia island hopping kt sabah la plak.

    ReplyDelete