Salaam sisters... terpanggil saya untuk berbicara tentang hal cinta dalam kehidupan. erm...layakkah saya? hmm. Abstrak pabila berbicara tentang cinta. Kerna cinta bisa diterjemahkan kepada banyak unsurnya. Adakah berbicara tentang cinta kepada tuhan? cinta kepada keluarga? cinta kepada negara? atau lebih ringan berbicara tentang cinta sesama insan. owh.. Lucu jika saya tidak kata saya tidak pernah bercinta. Mungkin bermula dengan zaman cinta monyet di zaman sekolah... baru sahaja bercinta monyet, kepala sudah pasang angan2 mahu ke jinjang pelamin. ahaks.
Kemudian cinta sejati hadir bila kita mula benar2 menyayangi seseorang. Mulalah dikaitkan dengan cinta buta. grrrr!!!! Di kala itu semuanya sanggup berkorban apa sahaja. Sehinggalah suatu ketika diri tersedar betapa bodohnya bila menghambakan diri pada cinta buta. eh eh..bukan pengaruh filem hindustan yer..mungkin realitinya lebih pedih bila ditinggalkan insan yang kita sayangi. hmm. Bangun dan terus bangun sisters! Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor.... dan kumbang juga pelbagai jenisnya. hiks! Saya juga pernah melalui zaman gelap..di kala buta dan menjadi hamba kepada cinta! Tetapi ianya juga yang membuat saya terus berdiri semakin gagah dan lebih berdikari. Yang manis masih disimpan, yang pahit jadikan teladan. hmm.
Benar perit bila anda putus cinta. Tambahan pula dengan first love ya! Tidak semua orang bertuah cinta pertama akan ke jinjang pelamin dan bahagia selamanya. Saya mungkin dikategori cinta pertama yang menemui kegagalan. Benar! Cinta pertama itu tidak pernah luput dari ingatan tambahan pula ianya meninggalkan kesan pahit lebih dari manisnya... Dia tidak layak menerima cinta kita. Sila fikirkan positif...jodoh dan ketentuan ditanganNYA. Jika cinta pertama gagal, dia bukanlah orangnya untuk bersama kita walau sedaya mana kita cuba mengekalkan perhubungan tersebut. Positifnya ALLAH telah mengatur insan yang lebih layak menerima cinta sejati..cuma masanya tidak tahu bila. SABAR!!! Itu yang paling baik dan terus berusaha untuk mengekalkan momentum positif di minda agar kelak mendapat kehidupan yang abadi. Kerna CINTA itu tidak terbatas hadnya..Aku ingin menyintai dan ingin dicintai, dan teruslah memupuk rasa cinta dalam diri. Semoga kamu juga bisa menemui cinta sejati. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment