Assalaam alaykom... rindu bangat sama loe! eh..wrong loghrat pula. hiks. Awal tahun bermula dengan cabaran. Perancangan kerja telah tersedia.. malah beberapa peralihan tugas yang memerlukan perancangan rapi agarnya semua teratur dan seragam. BTW saya baru pulang dari Pejabat di Wilayah Utara yang terletak di negeri Jelapang Padi. 3 hari ke sana atas tugasan kerja dan menghadiri mesyuarat setelah mendapat kelulusan pihak pengurusan bahwa pengurusan tender akan mula beroperasi disana. Maka hampir 85% tugas utama telah beralih arah ke utara. Dan dengan pengurangan mendadak kerja itu telah membuat saya perlu merangka tugasan utama yang lain pula untuk tahun ini. hmm.
So tujuan utama ke Kedah tempoh hari adalah untuk transisi proses tender kepada mr tender disana. Hampir 10 bulan berguling dengan kerja menguruskan tender. Ya, saya akui beberapa perubahan perlu dilakukan demi menambahbaik proses semasa. Namun setakat hari ini, saya akui baru sahaja dapat sedikit bernafas lega kerna kerja tersebut bakal terbahagi dua. Masih ingat lagi bagaimana ketika mula2 menjalankan proses tender, tergapai2 juga tanpa panduan. 3 bulan utama sangat sukar.. ketika itu masih dalam proses belajar. 3 bulan berikutnya, sukar juga kerna volume tender yang agak tinggi dan padat. Baru 3 bulan terakhir kebelakangan ini saya mampu bergoyang kaki kerna sudah tahu selok beloknya. Setiap hari adalah proses belajar! Alhamdullillah saya berjaya mengatasinya. Sedikit demi sedikit prosesnya mahu lebih teratur dan semoga tahun ini akan lebih sempurna. InshaAllah.
Beberapa perubahan proses bakal berlaku. Tetapi bila menyebut tender, prosesnya harus tersusun dan telus. Kerna bagi para penender ini merupakan periuk nasi mereka. hmm. owh.. mari berkongsi cerita tempoh hari, perjalanan ke Utara ditemani mr Niko and 50mm.
meetin' @ Jitra's office. Alhamdullillah mesyuarat berjalan lancar dan ramai yang gembira dengan perubahan yang diperbaharui iaitu Sekretariat diwujudkan di Pejabat Wilayah Utara. Semoga perbaharuan ini akan berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
souvenior from Pekan Rabu. Tak lengkap jika kunjungan ke Kedah tidak ke sana. hehe. Kali ini banyak shoppin' makanan ringan seperti cakar ayam, bahulu, kuih loyang, peneram dan dodol. Barulah lengkap perjalanan ke utara.. hehe. Padi sedang menghijau.... jika dapat turun ke bendang shoot petani mencucuk anak2 padi, alangkah bahgia!!! smile.
12hengget jek ke semalam..boleh lah aku amik khidmat ko utk semalaman../utk basuhkan baju2 aku....muahahahaa
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteBEST2 MAKANAN TU ! KESIAN TENGOK IKAN. TINGGAL KEPALA JE !