Friday, June 4, 2010

* yang MANIS jua yang PAHIT *

exclusive POSE with butterfly

MashaAllah!! rezeki saya untuk bertemu dengan RAMA RAMA sebesar ini semasa berada di Nadin Homestay yang terletak di Kg Siol Kandis, Bandar Kuching. Gmbo ini diambil jam 2 pagi selepas pulang dari majlis makan malam. Credit to sista Idah & sista Haslina yang banyak menemani saya..dan tak lupa juga buat brother Hj Tajudin & brother Ibrahim yang tak jemu2 berchit chat dengan saya...yang banyak bercakap macam peluru.. ahaks!. Mereka bagaikan abang dan kakak yang menjaga saya sepanjang masa. Thanks AGAIN!

Malam tadi berkesempatan pergi ke klinik, memandangkan jadual saya ke Cherating telah dibatalkan atas sebab2 kesihatan yang tidak mengizinkan. Mungkin kerna terlalu stress dan keletihan, tekanan darah telah menjadi terlalu rendah... mr doc telah memberikan vitamin sebanyak mungkin. Maka hari2 berikutnya saya akan ditemani dengan ubat. huhu.

Pertama kali juga hubby Moose menemani sehingga ke bilik rawatan..kerna mahu beliau sendiri tahu kondisi wifeynya. Kerna saya tidak sanggup membiarkan beliau bertambah risau tentang kesihatan saya. Yang pasti saya redha dengan apa yang berlaku. Mungkin belum rezeki kami lagi.. atau saya yang mungkin perlu kurangkan aktiviti. hmm..

Sememangnya kunjungan ke Sarawak tempoh hari benar2 menguji kecekalan diri. Walau berada dalam kondisi kesakitan tetapi terus memaksa diri untuk mengukir senyuman...kerna dengan senyuman ianya dapat mengurangkan beban di jiwa. Pengalaman manis bersama rombongan Program Integrasi Nasional amatlah berharga namun SATU pengalaman pahit juga telah tercatat dalam diari ini. YA ALLAH! Berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi apa jua cabaran dimasa2 mendatang. Berikanlah kami apa yang terbaik, peliharalah kami dan berkatilah insan2MU ini. Ameen.

7 comments:

  1. best nye syana === ape cerita pahit d sana dik cyana
    tp cyana dan team selamat kembali

    ReplyDelete
  2. kak delima...
    byk yg manis sebenarnya, mungkin bg sy seorang jek ada sedikit pahit kerna miscarriage semasa berada disana. hmm.. Alhmlh dpt control emosi dan selamat pulang.

    ReplyDelete
  3. Salam Cyana.. dugaan datang tanpa kau minta, dik. Bersabarlah.. Allah tahu apa yang terbaik buatmu. Mungkin dia ingin memberikan yang lebih baik. Manalah tahu.. 'di sana' budayanya tidak sama dengan kita. Banyak juga yang kita lalui itu - memenat dan menjerihkan!

    ReplyDelete
  4. naper ni nyiok?...xde cerita pon kat weol

    ReplyDelete
  5. kakcik... sy terima dgn positif. Penat mmg penat tp pengalaman bersama tu lebih bermakna. bukan selalu dapat peluang sebegini. hehe.


    kenanga..nnt la cite. tkde yg menarik pun. nk balas email pun tk sempat, cmno mo cite. huhu

    ReplyDelete
  6. ait? biar btol? brapa weeks?
    awat doc tak bg mc? 1minggu ke, 2minggu ke?
    pi la rest, kerja tu org lain boleh buat, jgn paksa badan.. kalau sakit, diri sendiri juga yg tanggung..

    rest ok? rest rest!

    ReplyDelete
  7. mrs Queenin..tima ksh sbb prihatin. mmg niat nk MC tkdpt kot..sbb ada keje dah menanti. agk lety jugak la. huhu.

    btw tc ya.

    ReplyDelete