Assalaam alaykom... sedikit pic kenangan dibawakan khas dari CP Tower, bangunan yang dijejaki sepanjang 3 tahun yang lalu. Kini bangunan tersebut hanya akan kelihatan sekiranya melalui Sprint Highway. hmm. Actually dahulu kalau ada yang bertanya dimana letaknya CP Tower? okay bangunan ini berhadapan dengan Eastin Hotel Damansara. Kawasan yang sesak setiap hari bekerja. Tapi kini bila ke Menara HLA di Jalan Kia Peng... lagilah SESAK!!! huhu.
okay.. mari layan beberapa pic yang masih segar dalam koleksi handphone. Menariknya pabila terlibat dengan tugas perpindahan, maka dari MULA sehingga AKHIR, mata menjadi saksi. Dari fasa lawatan tapak, pembungkusan, pengiraan, pengangkutan barang di loading bay, merobohkan dinding sehinggalah bangunan penuh dengan debu2. hmm.
bumbung lobby dari level 3A
my last workstation ketika di level 9, Admin department.
ketika bertugas semasa perpindahan pejabat.. tadaa... self pose di board room
board room sebelum dipecahkan.. akhirnya hanya melihat batu bata sahaja.. hmm
semasa memunggah level 10, masih terdapat senarai Test Script eBernas Project di dinding
di whiteboard pun masih tercatat maklumat semasa Testin' Phase
with Kantan..pose terakhir di CP Tower
{lepas nie akan berpisah dengan Kantan.. huhu}
Mama Tisya yang sempat lagi pose dengan kotak2
mr movers in action
my previous workstation di level 10 yang hanya tinggal partition sebelum dirobohkan
then.. ada temporary workstation di level 3A untuk menguruskan perabot2 pelupusan
mrs jaga perabot in POSE.. hahaha
antara barangan pelupusan.. laptops
tengok tu berapa banyak PCs, CPUs & Printers untuk dilupuskan
kotak2 mengisi carpet tiles terpakai, untuk dihantar ke Pejabat Jitra
partition pun ada
sebahagian perabot
barang2 hiasan nie semuanya hasil kutipan di pejabat lama... cactus pun ada. hehe
sambil kira perabot sambil POSE.. hiks!
Personally, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas2 dan pihak movers yang membantu sepanjang operasi perpindahan tempoh hari. Pengalaman mengendalikan tugasan perpindahan adalah sesuatu perkara baru, namun ianya memberi pengalaman yang menarik untuk disimpan. erm..Banyak kenangan yang manis dan pahit disini. Biarlah yang manis menjadi memori yang indah, tinggalkan yang pahit bersama debu2. Terasa rindu pula dengan Restoran Fatimah dan teh ais Kazara. ahaks!
Salam Cyana... (ops! kakcik dah beli majalah NUR! - sebab ada nama kakcik kansss??? - hik!)
ReplyDeletelaptop tu semua dah tak boleh digunapakai, ya?? Keychain yang banyak tu, buang ke mana? :)
salam Kakcik...wahhh!!! sudah beli ker? hehe.
ReplyDeletelaptop tu semua rosak, kalo nk repair pun mungkin lagi mahal. semua jual borong jek aritu.
keychain ada lagi.. blom jual. ahaks
ada gk terselit gmbr ku ngan bantal itu..sedih ler tgal cp tower..8thn tu kt sana...
ReplyDelete