dipetik dari majalah NUR.
Ketika temu ramah dilakukan bersama YBhg Puan Azlin Hezri yang lebih mesra membahasakan dirinya IBU, penulis sempat bertemu dengan YB Dr Hj Dzulkefly Ahmad yang sedang sibuk dengan tugasannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor. Bagaimanapun, beliau sempat memenuhi permintaan kami untuk bergambar sebentar dengan isteri dan anak keenam mereka Yusra dan suaminya Najmi.
Agak terkejut kerana kedua-dua mereka kelihatan agak muda untuk bergelar suami isteri, malah masih dalam pengajian. Namun bagi Azlin dan Dzulkefl y, jika sudah sampai jodoh mereka, itu adalah yang terbaik kerana Allah tahu kemampuan hamba- hambanya. “Bagi Ibu, tidak menjadi masalah jika ada anak-anak yang mahu berkahwin dalam usia muda dengan syarat mereka sudah bersedia dan Ibu mengenali hati budi calon pasangannya terlebih dahulu untuk memastikan pilihan mereka tepat, kerana itu lebih baik daripada berdua-duaan ke sana ke mari tanpa hubungan yang sah.
Alhamdulillah, tahun ini saja Ibu terima dua orang menantu yang masih belajar. Malahan kami sendiri berkahwin pada usia 22 tahun ketika sama-sama belajar di United Kingdom dengan tujuan semata mata untuk menjaga Iman dan Islam. Maklumlah berada di luar Negara tanpa orang tua di sisi, lebih kami berkahwin untuk mengelakkan perkara yang tidak elok berlaku.” “Macam Ibu sendiri, setelah berkahwin Ibu menyambung belajar Diploma Psikologi di London dengan tujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan berkhidmat kepada mereka.
Susah payah berkahwin muda di rantau orang juga mampu mendidik diri supaya lebih matang dan memberi keyakinan bahawa rezeki, jodoh dan ajal adalah ketentuan Allah. “Hendak dikatakan susah berkahwin di usia muda, mungkinlah juga namun dengan adanya suami di sisi, semuanya dilalui dengan tenang dan hati penuh yakin dengan kekuasaan Allah yang menentukan segala- galanya. Apa yang penting adalah asas Islam dan penghayatannya dalam diri seseorang. Kita tidak akan alpa dengan rezeki dan dugaan yang mendatang.” Jelas Azlin yang tidak pernah mempunyai pembantu untuk menguruskan rumah tangganya.
Agama no 1 Pendidikan agama amat penting dalam pembentukan sahsiah anak- anak. Justeru itu, Azlin dan Dr Dzulkefly yang sempat menimang tiga cahaya mata ketika masih berada di England, telah menghantar tiga anaknya memasuki pusat pendidikan Islam yang diasaskan oleh Yusof Islam atau nama asalnya Cat Stevens. “Kanak-kanak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya dan kami mahukan yang terbaik untuk anak- anak. Selepas pulang ke tanah air, kami tahu tidak semua anak mempunyai kebolehan dan minat yang sama, ada yang cenderung kepada pengajian agama dan ada juga yang meminati sains serta undang-undang. Namun asasnya kesemua anak Ibu bersekolah rendah aliran agama tetapi memilih sendiri sekolah menengah mengikut keutamaan dan minat mereka.
“Alhamdulillah, tiga dari anak Ibu iaitu Nurul Iman, Muadz dan Kauthar, mempunyai Ijazah dalam Undang- Undang walaupun tidak memilih bidang guaman sebagai kerjaya mereka, anak ke tiga iaitu Mus’ab Al Khair pula memilih bidang seni reka dan fotografi . Sementara anak yang kelima, Muawwidz al Ansori seorang hafiz dan sedang belajar Syariah di Mesir. Yusra pula berkongsi minat dengan ayahnya iaitu bidang perubatan dan anak bongsu kami, Ahmad Musleh Al Muntazar masih berada di sekolah menengah. Kami sentiasa memberi penekanan kepada mereka mengenai pendidikan yang syumul kerana amalan Islam, akhlak dan peribadi memainkan peranan lebih penting untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Kenal pasti kebolehan anak
“Kita sebagai ibu bapa harus tahu kebolehan anak-anak dan bukan sekadar membebankan mereka dengan cita-cita kita atau bersikap pilih kasih. Ibu tidak menyesal mengambil keputusan tidak bekerja kerana mendidik anak- anak adalah satu tugas yang cukup mulia manakala ayah mereka pula bertindak sebagai ketua keluarga yang sentiasa tegas dan mereka perlu menghormatinya.” Jelas Azlin mengenai sikap anak-anaknya. Setelah anak semakin dewasa dan berkeluarga, bagi sesetengah ibu bapa, hubungan mungkin agak renggang kerana anak-anak terpaksa membahagikan tugas antara karier dan keluarga masing-masing.
Namun Azlin dan Dr.Dzulkefly mempunyai pendekatan yang berbeza. Mereka akan mengadakan perjumpaan keluarga setiap tahun dan setiap ahli keluarga akan membentangkan apa sahaja pencapaian dan cadangan mereka untuk setiap lima tahun akan datang. “Seperti juga sebuah syarikat yang mengadakan kursus motivasi, sebuah keluarga juga adalah sebuah organisasi, maka perlu ada satu gagasan minda supaya ahli masing- masing tahu tugas serta tidak terlalu sibuk dengan karier sendiri sekaligus melupakan ahli keluarga yang lain. “Apa yang kami buat ialah merangka percutian bersama anak-anak, menantu dan cucu untuk beberapa malam.
Selain menenangkan fikiran dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga, kami akan menetapkan setiap keluarga perlu membuat pembentangan tentang perancangan mereka untuk lima tahun akan datang. Bunyinya agak serius namun percayalah, dari angan-angan ia mampu menjadi realiti. “Lagi pula, kami percaya hubungan kekeluargaan boleh dieratkan dengan pertemuan yang kerap malahan dalam sebulan, dua atau tiga kali anak menantu yang sudah berkahwin akan pulang ke rumah untuk berjumpa. Kadang- kadang, kami akan bertemu dalam acara hiburan serta bengkel motivasi yang dianjurkan oleh syarikat kami sendiri.
Selanjutnya dapatkan majalah NUR JULAI 2010 di pasaran sekarang!
coretan saya...
* sedikit cerita kekeluargaan yang mahu dikongsi bersama.. Syukur Alhamdullillah, saya beruntung kerna berada di dalam keluarga besar ini. AYAH dan IBU sebagai contoh bagi merangka keluarga kecil kami. Semperna menyambut hari kelahiran hubby Moose yang ke 29 pada hari ini, 27 Jun 2010...disini ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih yang mungkin tak dapat dibalas dengan kata2.. kerna tidak pernah jemu mendidik anak2 dengan penuh kasih sayang. Semoga jasa dan pengorbanan AYAH dan IBU diredhai ALLAH swt dan ditempatkan dikalangan hamba yang dicintaiNYA. InshaAllah *
No comments:
Post a Comment