Sunday, June 20, 2010

* Cyana && Color Scarfs *

Assalaam alaykom sisters... well I really love FASHION!!! tapi kebiasaannya saya pasti akan mix & match apa sahaja yang terdapat dalam koleksi. Fesyen bagaikan putaran roda, pasti akan kembali semula pada tahun2 mendatang... kerna itu saya akan pastikan pakaian yang bley di 'recycle' akan sentiasa dalam koleksi. Tetapi saya juga bukanlah MANGSA fesyen yang akan sentiasa mengejar sesuatu yang terkini di pasaran. Alhamdullillah setakat ini walaupun koleksi pakaian menimbun2.. ianya tetap di kadar "low budget items". hiks.

Tetapi saya juga tidak terlepas dari trend terkini ketika berhijab. erm.. Syrian style makin mendapat sambutan..Alhamdullillah. Jika dahulu ramai yang berpendapat memakai skaf Syria, muka nmpk lebih bulat.. ternyata anggapan mereka salah. Ringkasnya sesiapa sahaja bisa mengayakan Syria skaf.. contohnya muka saya juga bertambah bulat, tp masih setia bersama Syrian style. oppss!! As i said... ianya mudah, praktikal dan tidak perlu digosok.. {PENTING nie.. haha}.

Terkini skaf Syria didatangkan dengan pelbagai warna... namun saya hanya memilih 2 warna untuk head skaf agar tidak nampak terlalu banyak warna berjalan di kepala. ahaks! okay..tak terlepas untuk berfesyen semasa melancong ke Bumi Kenyalang tempoh hari. Memandangkan perjalanan ke Sarawak tempoh hari tanpa my mr photog, maka koleksi gmbo individu bley dikira dengan jari.. huhu. nevermind.. mari layan beberapa koleksi gmbo ketika berada disana.. hehe.

Day 1.. semua peserta diWAJIBkan memakai Tshirt biru Program Integrasi Nasional. so, mrs Cyana memilih untuk memakai bersama black trench coats and blue black Syrian scafs {walaupun panas.. tapi saya harus pakai.. hahaha}

Day 2.. masih berTshirt, kali nie putih pula. so, mrs Cyana memilih memakai bersama black topped with gray scarfs. owh.. semasa nie jam 7am di Pantai Kg Peliau.. kelihatan Laut China Selatan yang meluas.

Day 3..dimulakan dengan aktiviti bergotong royong.. so mrs Cyana memilih long Tshirt and ELLE pants, with greeny gray and black scarfs.

owh... i lurve it!!! candid by sista Alisa...thanks sis.

at nite... black flowery maxi with black palazzo and gray scarfs.

Day 4... pose in front of Hj Narani homestay... thanks to Angah yang snap pic ini ya.. hiks!

again.. kena pakai Tshirt pemberian BCSB Sarawak.. so mrs Cyana sekali lagi memilih black topped with black red scarfs.

Day 5.. free and easy day.. owh, dress yang tak perlu digosok.. maka inilah hasilnya.. tadaaa... blue again!!!

Day 6.. hari untuk pulang.. so mrs Cyana memilih black trench coats with bluegreen long Maxi and gray blue scarfs.. apa2 jek color yang keluar.. yang penting mix match.. hehe. credit to sista Idah untuk pic yang terasa seperti pose magazine nie. hehe.

last but not least... my fav piece ever.. black flowery Abaya with brown and black shayla yang digayakan semasa Majlis Makan Malam Program Integrasi Nasional... hehe,

Apa sahaja yang tersarung adalah yang paling selesa digayakan, itu yang penting dan sebaiknya. hmm. well..as i said sisters... Just wear it with confident! and SMILE!!!

No comments:

Post a Comment