Salaam... erm bila berpeluang berjalan ke negeri orang, sesuatu perkara yang unik dan cantik pasti akan menarik perhatian mata. Sepanjang di Sarawak tempoh hari, saya berpeluang mengenali keunikan negeri tersebut. Warganya kaya dengan budi bahasa.. bayangkan jika berkunjung ke kediaman mereka, penghuni rumah akan datang membawa makanan kepada setiap tetamu..wahhh!!! jika malu2 inilah masanya untuk mencuba makanan yang dibawa di depan mata. Warganya sangat mesra... tak lekang dengan senyuman. hmm.
Sesungguhnya negeri Sarawak masih segar dengan kehijauan alam flora dan fauna. Bagi pencinta alam semulajadi, inilah tempatnya. Dan bagi penggemar barangan unik dan menarik dengan kraftangan buatan tangan.. di sinilah anda berpeluang mendapatkannya. hmm. owh.. bak kata jika ke Sarawak terdapat MUST buy items..iaitu kek lapis Sarawak, terubuk masin dan barangan kraf seperti pasu dan tikar.. owh tambah satu lagi gambir Sarawak. ahaks!
enuff said! kesempatan melawat Bumi Kenyalang yang ditemani Mr Nik and mr Hp ... maka inilah hasilnya.. buat kenangan pabila pulang ke Semenanjung. biar jauh dimata namun tak luput dek hati. hmm..
bendera Sarawak dimana jua berada..rumah2 di Kampung Spaoh
teratak Hj Narani
homestay untuk peserta lelaki.. kacak kan?
homestay wanita.. lebih selamat dengan adanya pagar. hehe
bas capten Chai yang membawa we all ke pelusuk Bumi Kenyalang
sungai yang berdekatan dengan rumah panjang Samu
bley mandi manda
jendela di rumah panjang Samu
tiang2 yang dihiasi dengan tanduk rusa
pemuda2 Iban bersama2 meraikan perayaan Gawai
tenang jek rasa.. hmm
salah satu bangunan di bandar Sibu
erm.. banjaran yang memisahkan Sarawak dan Kalimantan
erm.. jalan sepanjang perjalanan menuju ke bandar Kuching
salah satu bangunan di Serian
sungai Kuching.. kelihatan Gunung Santubong
owh.. ketika bersiar-siar di bandar Kuching
banyak la jumpa kuching... ahaks
jalan raya di bandar Kuching
pokok gergasi.. hehe
okay.. bas nie sebenarnya berhenti di tengah jalan mengambil penumpang.. slumber jek
captured by my hp
gelang2... must buy items.. hehe
i LURVE Sarawak too
yeay.. kucing dimana sahaja.. hehe
big cat!
stylo cat.. hehe
okay.. yang nie menarik perhatian saya iaitu jualan biji2 kopi
wahhh... bermacam jenis kopi ada
then dimesin jika ada yang membeli..kalo di Semenanjung, terus beli kopi yang halus jek
yellow bus.. pengangkutan awam yang terdapat di Sarawak
erm..kebanyakannya akan membeli barang2 yang banyak.. mungkin tinggal berjauhan dengan kedai
selain bas... terdapat juga kereta sewa
patung2 menarik yang turut dijual di sini
rantai manik
Sarawak juga terkenal dengan barangan ukiran
ada ayam..ada kucing.. ada burung kenyalang too
terkenal juga dengan barangan kraf
cutie shoes for kids... so colorful
lorry at Batu Enam.. haha..sempat jugak captured.
and MUST buy item.. beg kucing! hahaha.
yeay.. menarik mata dengan keindahan negeri Sarawak. Walaupun belum sempat menerokai hutan tropikanya, sempat juga mengenali keindahan warganya. Jika berpeluang mahu sahaja kembali kesana.. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment