Wednesday, June 9, 2010

* Day TWO @ Sarawak *

Assalaam alaykom... owh, masih bersiaran dengan berita dari negeri Kenyalang yang masuk ke hari kedua. Perjalanan pada hari kedua adalah sesuatu yang memenatkan kerna peserta semuanya berada di dalam bas lebih kurang selama 12 jam. Bertolak seawal pagi dari Kg Peliau, Bekenu.. bas menuju ke bandar Bintulu melalui satu2nya jalan utama di negeri Sarawak. Pagi harinya mata masih segar bugar, maka sepanjang perjalanan terkelip2 sahaja memandang pokok di kiri dan kanan. hmm.

Sampai di Bandar Bintulu pada jam 9 pagi, we all disambut staff Gudang Bintulu dengan penuh mesra. wahhh!!!! makanan tak kurang banyaknya dan SEDAP!!!! yum yum. Memandangkan perjalanan masih jauh..sesudah sahaja makan, we all terus beredar menuju ke Bandar Sibu (typo error edited-credit for mr Affandy yg rajin check.. hehe) pula untuk menikmati makan tengahari. wahhhh!!!!! bestkan? naik bas turun bas MAKAN jek. Dalam bas pun tak jemu2 we all dijamukan dengan pelbagai buah-buahan dan kuih2. "Asyik makan saja!" ahaks! Menarik lagi sepanjang perjalanan we all juga dihiburkan dengan berbagai aktiviti seperti berlawak jenaka, persembahan solo peserta dan tak lupa juga setiap wakil akan menyanyikan lagu negeri masing2. owh..saya tidak berkecuali!! Walau mewakili Selangor, saya sebenarnya tak bisa melagukan lagu negeri tersebut...kerna kebiasaannya lagu negeri hanya akan dinyanyikan pada perhimpunan sekolah. erm..maka dengan senang hati saya menyanyikan lagu Negeri kelahiran terchenta Negeri Pulau Pinang. ehem..ehem.

okay sedikit gmbo sepanjang hari kedua berada di Sarawak...

wakil Bintulu yang memberi ucapan aluan dan menjemput we all MAKAN. ahaks

bacaan Doa oleh Abg Haji

makan tyme

yummy!!!

delicious

MINE owh mine!!! mee & chicken wings

bergmbo kenangan dihadapan pejabat Bintulu

peserta WAJIB pose kenangan...erm saya tiada dalam gmbo ya.. hehe

staff Bintulu yang menyambut we all datang dan pergi.. hiks!

Seterusnya bas yang diterajui Capten Chai menuju ke Bandar Sibu. Disana peserta berhenti untuk makan tengahari. yess!!!! makan! makan! makan!

Restoran D' Kasturi ini menyediakan lauk kaum Melanau..erm..sedikit iras juadah masakan Cina

nasi dihidangkan dalam mangkuk kecil..so mkn lauk mesti lebih dari nasi ya..

umai..semua kata SEDAP!!! saya kata tengok SEDAP. hehe

so lauk saya untuk lunch terpaksalah menelan ikan bawal ini.
Yang lain tekak tak bisa telan. opps!

sis Idah dihadapan Restoran D'Kasturi, Sibu

bangunan di bandar Sibu, shots dari dalam bas

mr Affandy...marshall yang tak jemu2 menghiburkan kami walaupun beliau sakit gigi. hehe

okay..ini highway berbayar di Bandar Sibu.

Pada jam 5.30 petang, Alhamdullillah we all selamat sampai ke Spaoh, di homestay Hj Narani. Disana peserta program disambut seperti pengantin...ada kompang dipalu dan nyanyian beramai oleh team kebudayaan Kg Spaoh yang terkenal dengan Pesta Ikan Buntal.

actually semua sedikit kepenatan kerna duduk lama dalam bas.
TAPI maintain senyum ya! hehe

rumah homestay kacak di Kg Spaoh

team kebudayaan... sedondon jek baju..kacak sangat.

mesra sangat penduduk di sini

doa tanda kesyukuran...rombongan telah selamat sampai ke Kg Spaoh

sedikit kata2 aluan oleh Penghulu dan Ketua Program Integrasi

then we all dijemput ke Rumah Hj Narani untuk jamuan minum petang

mr Johan & mr Ibrahim

kuih tradisi yg dihidang... kuih celorot

peserta mencuba jaya untuk makan kuih celorot

sis Idah pose ngan balang sugar cane & airnya fresh sangat!!!

pose bersama dengan mrs Narani

alat2 kebudayaan tradisional yang terdapat di teratak ini

Add Video'mbiak kacak' bergotong-royong memasak didapur

sis Idah turut mengasah bakat memasak di dapur

dinner tyme

antara lauk hidangan

ikan buntal yg sedap!!!!

kuih muih

candid moment

cutie sis Alisa

beberapa candid by sis Alisa

mrs Cyana in candid pose!!

with Adik yg manja

with sis Aleeya

Peace!!!!

enjoy with sugar cane!!!! yeay!!!

malam kedua semua peserta berehat kerna tiada aktiviti di malam hari. soooo.... hanya melepak di Hj Narani's Homestay bersama kakak2 angkt dan sempat juga mencuci pakaian. Will continue later ya... c u again...InshaAllah.
(21st June 2010~thanks to Mr Affandy yg double check.. agak blur ketika menulis entry ini... Sibu semuanya menjadi Miri.. hehe )

5 comments:

  1. lawatan dan makan .... nyum222222

    ReplyDelete
  2. kak delimasari... serupa jek mcm kalo g kursus kan? sure mkn jek byk dr dengar taklimat... hehe

    ReplyDelete
  3. Sayang.. perjalanan seterusnya dari Bintulu, bukan ke MIRI tapi ke Sibu..:)

    ReplyDelete
  4. Salam Adhim,

    Kg Spaoh tenang dan damai.. :)

    ReplyDelete