Assalaam alaykom... di awal pagi yang indah permai bila mana bercerita tentang Anak pastinya menjanjikan cerita yang memberi senyuman. Setiap Ibu saya percaya seletih mana setekanan banyak mana bila memandang Anak, pasti surut semua rasa tekanan di jiwa. Anak adalah anugerah yang terindah, Anugerah yang amat berharga pemberianNYA kepada umatnya.
Dewasa ini sering kali mendengar pula khabaran yang kurang enak.. khabaran tentang pembuangan Anak atau Bayi. Dan terkini khabaran tentang Ibu membunuh Anak. hmm.. Dimanakah nilai2 kasih sayang mereka? Dimanakah nilai perikemanusiaan mereka? Membuang, membunuh sewenang-wenangnya tanpa sedikit rasa belas kasihan. Tanpa sedikit rasa bersalah terdetik dihati melakukan perkara2 yang dilaknati ALLAH swt. hmm.. Lebih dukacita bila mendengar 'Ibu membuang Anak' juga 'Ibu membunuh Anak'... kenapa Ibu? Sinominnya Ibu seorang yang mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi. Dan dimana pula para Bapa untuk menyokong para Ibu yang mungkin memerlukan sokongan mereka, memerlukan bimbingan mereka, memerlukan mereka di kala para Ibu tertekan. hmm.
Tidak dinafikan mungkin pembuangan Anak itu sesuatu yang terdesak yang perlu dilakukan oleh para Ibu... tetapi fikirkanlah cara terbaik untuk Anda berbuat demikian. Bukannya membuang sesuka hati dan membiarkan Anak dari darah Anda di baham binatang. hmm. Bayangkan juga bagaimana perasaan insan seperti saya yang teringin mahu mendokong sendiri Anak yang entah bila akan pasti waktu itu. Ya ALLAH! Engkau berikanlah petunjuk buat insan2 yang dalam kesusahan, berikanlah mereka hidayah dan petunjuk kepada jalan yang Engkau redhai.
No comments:
Post a Comment