Assalam alaykom... sejuk mata memandang, sejuk lagi hati melihat permandangan yang indah permai dikala matahari baru mahu menyinari dunia. Ini adalah permandangan dari belakang kamar saya yang jelas kelihatan menara Masjid Shah Alam. Sesekali menghirup udara dinihari yang belum dicemari kepulan asap... sangat nyaman. Indahnya ciptaan ALLAH swt.. tiada tandingannya. Dan jika hati berkelana.. sesudah subuh, cubalah melayan mata dengan permandangan sebegini, InshaAllah mata akan bertambah segar, minda akan berfikir positif untuk memulakan hari dengan ceria.
Indah lagi pabila seawal pagi ditemani insan terchenta bersama2 menjemur pakaian di belakang rumah dikala matahari mula menyinar. Bersama2 membanting tulang membuat kerja2 harian. Siapa kata SUAMI tak pandai buat kerja rumah? mereka hanya perlu diberi sedikit tunjuk cara... sang Suami pasti bisa membantu isterinya.. yang pasti hati si isteri juga akan gembira dengan kehadiran para suami di sisi. Bukan sahaja mahu bersama dikamar ya, mahu juga bersama di dapur, di ampaian, di laman dan juga dimana sahaja. Membantu isteri menguruskan kerja2 rumah bisa meringankan tugasan harian... itu sudah cukup memberi semangat untuk si isteri meneruskan hari-harinya. SMILE!!!!!!!

No comments:
Post a Comment