Wednesday, April 21, 2010

* imbasan kisah Cita-Cita *

Assalaam alaykom sisters... mari berkongsi bersama cita2 kita menjadi seorang wanita yang berkerjaya, berwibawa, berfesyenisme, bersurirumahtangga, juga berangkaian salah satu dari hobinya.. hiks. okay itu hanyalah mukadimah bagi menjawab tag oleh miss DD yang bertanya tentang cita2. {kena jwb ker? sbb terbaca entry itu... huhu. layannnnnnzzzz}

Adakah anda mempunyai cita2? Jika ditanya saya pada saat ini di usia sebegini tentulah jawapannya akan lebih realistik. Contohnya.. jika dahulu bekerja di bidang IT, saya menyimpan hasrat mahu menjadi Project Manager. Hierarkinya lebih afdal haruslah bermula sebagai programmer ya. Tetapi saya telah melompat bab itu {bukan lompat katak ye...opps!} Konsep prograammin' adalah sama cuma mungkin saya tidak mahir bahasa programmin' yang ternyata pantas bertukar dari masa ke semasa. Dan kini bila berada di bidang Admin... wahhhh!!! berhajat pula mahu mentadbir. Tadbir daerah atau negeri bley ker? hehe. {sila abaikan angan mat jenin tuh.}. okay..saya masih baru di bidang Admin, maka tidak lagi mampu bercita2 yang besar... tapi saya tahu cita2 adalah menjadi seorang "Manager". {dalam erti kata lain sekurang2nya asst manager... janji ade title tu.. ahaks}. Adakah itu cita2 sebenar? Semasa zaman sekolah ceritanya tidak pernah sekali terlintas perkataan "Manager" ya. hehe.

okay.. berbalik kepada menjawab tag cita2..ianya berkisar cita2 di zaman sekolah. YA!!! masih tegar diingatan pabila cikgu memanggil nama untuk mengisi kad yang tertulis "3 pilihan cita2". Pilihan saya adalah sama sepanjang masa iaitu Peguam, Doktor & Pramugari... hahahahaha. mari kaji sebabnya.... hehe.

Pilihan pertama PEGUAM kerna kerjaya itu adalah sesuatu yang berada di bidang esklusif mungkin, atau tertarik jubah hitamnya. ahaks. Pilihan kedua Doktor kerna kerjaya itu sangatlah sinomin dengan kanak2...sakit jek jumpa doktor, cakap jek sakit perut doktor dah bagi ubat...wahhh!! hebat!. Pilihan ketiga Pramugari kerna kerjaya ini sangat popular dengan wanita2 yang cantik menawan. Pernah juga pilihan ketiga bertukar menjadi Peragawati...oppps!!!!! {tak sedar diri ketinggian hanyalah di bawah ketiak hubby Moose saja... hehe}. Walhal jika diamati ketiga2 bidang adalah berbeza... tetttt!!!! Pasti cikgu ketawa terbahak2 dalam hati kan? Patutla dulu cikgu asyik senyum2 jek. hahahaha.

Sampailah ke Form 4, ketika itu saya masuk ke aliran sains... so no more lawyer ya. Pilihan pertama sudah bertukar menjadi Doktor Veterina kerna ketika itu dirumah banyak sungguh kucing. hehe. and no more pilihan kedua & ketiga. Tetapi selepas tamat SPM.. lain pula ceritanya, menjurus ke bidang IT. erm... bermula era hardisk, disket, Ctt, Java bla bla bla. Di zaman diploma tiada lagi kad menulis cita2. Ketika itu menyimpan hasrat mahu menjadi System Analyst pula kerna bila berhadapan dengan ERD, DFD pantas saya melukis penuh paper. Dan untuk menjadi SA, perlu melalui fasa programmin'. harus bagaimana? hmm...

Tekad semasa zaman temuduga, bertubi2 memberi hujah mengapa saya menolak programmin'... konon tak serasi dengan jiwa.. ewahhhh!!! Atau lebih sesuai menjadi System Tester seperti Kenanga? {sila beri tunjuk ajar... GGO aktif terdiri drpd 3 Programmer, 1 ST dan 1 mrs Tender...oppps}. Kerna alasan itu juga, saya tekad beralih bidang, dan semoga ianya suatu keputusan yang baik. InshaAllah.

Namun..saya bersyukur dengan pemberian ALLAH swt. Diberi sedikit keberanian untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam kotak cita2. Sedikit demi sedikit mengumpul pengalaman menjadi Master of Ceremony di majlis formal, informal dan majlis2 perkahwinan. Selain itu terlibat juga menjadi Floor Manager untuk mengendali sesuatu majlis. Dan yang terkini sebagai kerjaya sampingan menjadi assistant photographer membantu hubby Moose dalam businessnya. Alhamdullillah selagi terdaya saya mahu menjadi seseorang yang multitasking..itu cita2 saya. InshaAllah.

salah satu gmbo, menjadi MC di majlis perkahwinan.

baju yang sama, gaya & event berbeza... hehe.

Ketika nie menjadi MC untuk Majlis Hari Ibu 2009 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam

mrs floor manager during discussion tyme

during show tyme

nampak tak cik puan yang tengah tersenyum tu? hehe

okay... pabila beruniform

waktu bekerja

best apa... sure terselit gmbo saya kan? hahaha

owh...last but not least, masih lagi berpeluang menjadi model untuk hubby Moose.. Sengih untuk camera!!! adakah saya sudah menjawab tag miss DD dengan markah penuh? hehe. Tag ditujukan KHAS buat Kenanga, Kemboja, Harum Sundal Malam, Kantan yang pastinya akan menjawab bila terkena double tag, ahaks... and tak lupa juga buat mrs Murni yang tak abis lagi paning kira beras... kwang2x.

4 comments:

  1. xperlu lah nk tag aku byk2 kali..dah terang2 dd tag aku utk menatang ni

    ReplyDelete
  2. aiyoo...mrasa jawab!
    tgu 1st May...Selamat Hari Pekerja uol

    ReplyDelete
  3. iskh...apola naseb dapat anak2 murid dogil nie. hahaha...

    kenanga 1st May mo public holidays besama family lah..no tyme to lyn u. hiks.

    ReplyDelete