Assalaam alaykom...Penaung Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor atau PEKAWANIS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan buat kali kedua di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor yang terletak di Shah Alam. Jika tahun lepas, saya berkesempatan menjadi MC untuk mesyuarat ini, tetapi tahun nie dengan kesibukan di opis..cukuplah sekadar hadir memberi sokongan dan shoot sekeping dua buat kenangan.
Pada petang sabtu yang lalu, sempat singgah sebentar di Kediaman Rasmi ini. Yang paling indah pabila disambut oleh penghuninya yang begitu humble, tak lain tidak bukan Puan Sri Salbiah Tunut, isteri kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau seorang wanita yang tegas bila menyuarakan pandangan tetapi sangat merendah diri..tidak tercemari olehnya kemewahan dunia. hmm.
Jika tahun lepas berkunjung kerna tugasan MC..dan masa tu juga tiada pula sekeping gmbo buat kenangan.. huhu. Kali ini saya berkunjung sebagai unofficial mrs photog. okay.. mari layan sedikit gmbo ya...
kereta rasmi kerajaan negeri
beberapa souvenir yang menarik pandangan mrs photog
pokok herba yang ditanam sendiri oleh Puan Sri Salbiah
IBU bersama Puan Sri Salbiah meneliti teks terakhir sebelum majlis bermula
IBU Lin atau Puan Azlin Hezri, isteri kepada YB Dr dzulkefly Ahmad bertindak sebagai MC. IBU memegang jawatan Setiausaha II dalam PEKAWANIS
Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah yang merangkap Penaung Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS)
sesi mesyuarat bermula
Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah bt Al-Marhum Sultan Salahudin Abd Aziz Shah Al-Haj, Adinda Puteri Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan
Puan Sri salbiah menyampaikan pokok herba kepada Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah
Yang Amat Mulia Datin Paduka Tgku Puteri Hjh Arafiah yang senantiasa mengukir senyuman
Puan Sri Salbiah Tunut menyampai ucapan sebagai Pengerusi PEKAWANIS
sebahagian isteri2 wakil rakyat negeri Selangor
and last but not least... mrs photog tersenyum girang tanda kenanga berkunjung ke Kediaman Rasmi Negeri Selangor ini.
Salam Cyana..
ReplyDeletepastinya seronok dan teruja bila dapat bercampur dengan mereka yang punya kedudukan dalam masyarakat tetapi tidak berlagak seolah-olah mereka berada di atas segala-galanya, kan? Semoga sikap baik itu berpanjangan hendaknya.. :)
very humble semuanya... tenang majlis tu yerkkk
ReplyDeleteSalam perkenalan...just follow ur blog...harap dapat membalas kunjungan...jemput la ke teratak amy...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKakcik.. seronok dapat bersama2 msykt begitu, kita pun tak terasa jurang yg besar dan sekurangnya terasa dihargai.
kak delimasari.. tenang sbb orng2 sekeliling tu buat majlis sederhana. tkde mewah2 pun.
amy..nice knowing you. i follow u too.