Thursday, April 8, 2010

* what to Wear? colorFULL? *

pic courtesy from mr Google
Rabia Z dan rekaannya di Dubai Fashion Week

Assalaam alaykom sisters.. kembali ke cerita fesyen yang sinomin dikaitkan dengan wanita. Dan setiap kali menjelang sesuatu majlis, wanita juga yang lebih cerewet memikirkan apa yang patut dipakai? apa yang perlu digayakan mengikut tema majlis. Well.. begitu juga tempiasnya dengan saya yang bakal menghadiri majlis makan malam yang bertema 'Malam Seribu Warna'... adakah seribu warna itu mewakili warna-warni atau setiap orang yang hadir bakal menjanjikan warna-warni majlis. hmm.

Bagi saya pakai sahaja apa yang tergantung di dalam almari mengikut kemampuan. Mungkin sesetengahnya akan memperuntukkan wang untuk segalanya serba baru, terpulanglah. Saya sekadar memenuhi jemputan dan tidak akan menghabiskan wang yang besar semata-mata untuk kelihatan seperti model berbaju hijau berkilat2 di dalam gambo kerna saya lebih meminati sesuatu yang simple seperti fesyen pereka Rabia Z yang lebih gemar berbaju hitam. hmm.

well well... i'm gonna mix & match AGAIN. Smile.

3 comments:

  1. jumpe mlm esok..sure rmi yg bergaya ni..tk sbr nk tgk show mlm tu nanti especially girls yg nk menari...jgn lupa nk posing2...ehhehehe

    ReplyDelete
  2. lucky draw yg ditunggu2.. hehe. Pose tu wajib. hiks

    ReplyDelete
  3. tu la dgr adiah lucky draw hebat2....nk gk posing dlm camera mu sure cantik...heheheh

    ReplyDelete