Tuesday, April 20, 2010

* Cerita dari Twister *

owh... minuman fav sudah bertukar ke Twister Orange... tett!!!

Assalaam alaykom...owh tajuk, gmbo dan cerita tiada kaitan. Sekadar menghilangkan rasa bosan di malam hari kerna sejak beberapa ketika hanya melayan TV tanpa suara... TV tgh mode bisu {hasil tiada sound... hanya mampu membaca sarikata.. hukhuk} Tetapi dikala ini juga cerita terPANAS dan terKINI dan terSENSASI tidak lain tidak bukan Pilihanraya Kecil HULU SELANGOR. Cerita mengenai calon2nya yang pasti terlebih TOP dari cerita kawasannya. hmm. Itu perkara biasa menjelang pilihan raya... sehinggakan masyarakat sudah mula berkata2 bila terasa diperbodohkan dengan stail lama... hanya berwajah pemimpin baru yang konon ditonjolkan.

owh.. ini bukan blog berlandaskan politik ya.. cuma sesekali mahu juga berbicara tentang isu semasa, ikhlas dari kanta mata saya insan yang naif tentang politik. Memang benar sepanjang pengamatan sejarah..isu politik pasti menjadi isu yang penting dalam penaklukan sesebuah negara. Tidak kurang hebatnya dengan negara kita... bila saja wujudnya pilihanraya, bermacam2 cerita yang timbul... itu ini begitu begini. Yang pasti media perdana memaparkan kononnya perkembangan dari tempat pilihanraya, cuba menonjolkan calonnya juga... tetapi MENGAPA hanya satu calon? Mengapa tidak dua, tiga, empat dan lebih baik diadakan segment 'KENALI CALON ANDA', dengan syarat paparkan kesemua biodata calon2 dalam jangka masa yang sama lama dan sama rata. Mengapa tidak begitu? Mengapa media perdana begitu dilihat kurang menitik beratkan keadilan? Dan ini berlaku dalam kehidupan saya... pulang sahaja ke kampung, ABAH pasti akan bertanya sesuatu mengenai perkembangan politik. Sejujurnya saya tidak pernah dahulu mengambil tahu isu-isu politik remeh ini, namun kerna saya tahu ABAH hanya bersumberkan media perdana... Bayangkan kalo kategori orang kampung yang tidak celik IT, akan berkata "Dalam TV ada... takkan nak bohong?" owh.. mari saya jawab secara ringkas ya "dalam TV tu bukan boleh 100% percaya. Banyak yang dipolitikkan... Masakan tidak TV juga pernah disaman atas tuduhan fitnah"

Syukur Alhamdullillah...saya masih lagi bisa mendapat berita dari saluran alternatif untuk dimaklumkan kepada ABAH. Kebiasaannya saya akan merujuk beberapa media perdana juga media alternatif... disitu pasti akan dianalisa kebenarannya. Terkini berlaku di depan mata kejadian tunjuk perasaan penduduk di perumahan saya. Selama lebih 20 tahun menetap disitu inilah kali pertama tunjuk perasaan "PROTES" yang saya percaya di dalangi oleh sekumpulan individu. Kerna dipercayai pabila tampuk pemerintahan berubah...mula mahu 'Protes' kerna sikap penting diri mereka. Siapa yang menjadi mangsa? hmm.. Bayangkan jika 20 tahun lalu, perebutan jawatan berlaku walaupun di peringkat Cawangan lagi... kerna apa? Saya fikir kerna masing2 mahu menabur bakti membantu pembangunan masyarakat. Namun jangkaan saya mungkin salah.... objektif mereka sebenarnya tidak sekata dengan anggapan saya.

Pendapat saya, tidak salah kehadiran pembangkang di mana2.. kerna to 'check & balance' perlu ada pencadang & pembangkang. And to media perdana..silalah check & balance cerita2 anda..kerna sebagai rakyat, kami sudah mula berfikir tajuknya adalah propaganda. Contohnya:

Tajuk utama "Saya memilih pihak yang benar".

tajuk utama dikala menjelang pilihanraya.. hmm.

mungkin sebagai rakyat naif akan berkata "Lompat dapat duit, sapa tak mau".

owh.. itu gambaran sahaja... bagaimana sesuatu tajuk itu sudah bisa dijangka.

dan yang paling sinomin menjelang mana2 pilihanraya iaitu seperti tajuk "Penerimaan tar baru", Peruntukkan sejumlah xxjuta untuk bla3x"...familiar bukan? hmmm.

6 comments:

  1. Salam Cynana..

    setiap kali adanya pemilihan.. (walaupun hanya pemilihan AJK peringkat paling bawah..) pastinya ada taburan bintang-bintang yang tak terjangkau akal, dijanjikan... hmmmm.. semoga yang 'mendengar' janji-janji itu dapat menilai dengan fikiran waras berlandaskan iman dan bukannya bertunjangkan nafsu.. Wallahhuaklam.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Cik...agreed with you. mungkin sebab dah jadi budaya. dekat kg saya pun, berebut jwtn..now bila tersepit... hasut penduduk protes. huhu

    ReplyDelete
  3. pembinaan tar baru?..hehe..tu je modal dari dulu...hmm..

    ReplyDelete
  4. pembinaan tar baru udah sinonim bila pilihanraya di sesuatu kawasan.....
    hidup hulu selangor.... hehehehehe

    ReplyDelete
  5. panas topik ni...sibbaik pakai 2piece..auuww!

    ReplyDelete
  6. artzli, tu yg naik muak dengar tu. kalo cmtu kena salu ada PRK la, baru dapat tar baru.

    kak delimasari... yea.. hidup ulu selangor.. bila la mo p melawat tempat menarik kt sana. hehe

    otak3suku, 2 piece tu size berapa? mo pinjam bley?

    ReplyDelete