Date: 30 June 2018
Location: Flamingo Hotel, Tanjung Bungah Pulau Pinang
Assalaam alaykom... bersiaran dari Pulau Mutiara untuk Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke 13, Kelab Bernas Malaysia yang diadakan serentak dengan program Bernas Got Talent KBM. Alhamdullillah mesyuarat berjalan dengan lancar dan persediaan dewan juga kemas dan menarik. Tahun ini KBM Pusat dengan kerjasama KBM Cawangan Pulau Pinang sekali lagi berjaya menganjurkan program dengan baik. Kali terakhir penganjuran program di Pulau Pinang adalah pada tahun 2015 di Holiday Inn Batu Ferringi dan yang pasti lokasi hotel di tepian pantai sangat cantik dan semua perwakilan gembira dapat bersantai di tepi pantai.
Mesyuarat diadakan pada sebelah tengahari dengan kehadiran seramai 70 orang perwakilan dan beberapa usul dikemukakan untuk penambahbaikan KBM. Tahun ini adalah tahun kedua saya berada di kerusi Setiausaha Agung dan berasa amat gembira menghadiri mesyuarat dek kerna tahun lepas saya hanya dapat melaksanakan persiapan tetapi tidak dapat hadir ke AGM disebabkan bersalin anakanda Eijaz lebih awal. Ketika itu, saya hanya bisa melihat gambar-gambar AGM melalui telefon. Syukur bila mana tahun ini saya dapat menjelaskan beberapa kemusykilan mengenai KBM. okay beberapa gambar yang sempat dirakam untuk kenangan bersama AGM KBM ke 13.
Flamingo Hotel by the beach, Penang
Masjid Terapung Tanjung Bungah yang gah indah
lobi hotel Flamingo
persiapan dewan mesyuarat yang disusun kemas dan cantik
meja KBM Pusat yang disusun cantik
makanan tengahari yang disediakan untuk perwakilan
majlis dibuka dengan bacaan doa oleh En Samsudin Saad, AJK KBM Pulau Pinang
AGM sedang berlangsung
mesyuarat sedang berlangsung
perwakilan AGM ke 13
perwakilan AGM ke 13
barisan KBM Pusat, Timbalan Presiden, Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan YDP HQ
OOTD Setiausaha Agung
Alhamdullillah, mesyuarat selesai pada jam 3 petang dengan jayanya. Tahniah kepada barisan urusetia yang menguruskan program. SMILE :)
No comments:
Post a Comment