Assalaam alaykom... gambar yang terlalu banyak dan rasanya lebih baik ada juga catatan sebelum terus terlupa atau sibuk dengan aktiviti harian. Pending story terlalu banyak namun saya akur tidak banyak mempunyai masa untuk bersama bercerita di blog tercinta kerna saya hanya bisa meluang masa dengan blog apabila anakanda EAQ tidur dan hanya jika ketika itu saya masih bermaya untuk berjaga malam dan mengarang cerita. hehe. Itu belum lagi bercerita tentang hal ehwal kerja harian... kain baju seminggu sekali cuci dan kadang masuk minggu kedua masih lagi kain baju belum berlipat.. huhu. lucky ada extra bilik baby yang jarang digunakan maka dijadikan bilik pakaian anakanda EAQ merangkap bilik baju. huhu. Entah jika mempunyai anak melebihi dua mungkin saya tidak lagi 'blogging' atau mampu mengurus majlis birthday anak-anak. hehe.
Behind the Scenes atau BTS EAQ Birthday Bash lebih kepada cerita persiapan awal dan akhir majlis. Benar penat dan seakan lipas kudung juga tetapi berbaloi menghasilkan majlis dengan kreativiti sendiri. Walaupun masa kini banyak vendor yang menyediakan perkhidmatan Event Management sememangnya lebih mudah tetapi perlu siapkan ongkosnya. hehe. Kebiasaan saya hanya menempah stickers, cookies, goodies Items, kek dan makanan. Selainnya seperti hiasan saya akan membeli dan membuatnya sendiri. Alhamdullillah semoga hasil usaha ini dihargai anakanda EAQ berdua bila besar nanti. Ameen.
okay.. persiapan bermula dengan memilih tema. Selepas memillih tema Mickey Mouse, saya mula survey pakaian anakanda dan hubby Moose agar mereka mengikut tema majlis.
sesi survey baju
seluar untuk EAQ
baju yang dipilih untuk EAQ
EAQ ketika di Ijok semasa minggu kempen PRU14
sesi survey baju
seluar untuk EAQ
baju yang dipilih untuk EAQ
EAQ ketika di Ijok semasa minggu kempen PRU14
gambar kenangan anakanda yang semakin pandai bermain bersama dan seakan memahami yang Umy sedang sibuk menguruskan majllis.. hehe
kebanyakan barangan saya membeli secara online dan pastinya mudah kerna hanya perlu click and pay. Bila diingatkan semula agak lucu kerna apabila memilih tema popular seperti Mickey Mouse, banyak barangan menarik dan comel maka barangan dibeli juga mencecah sehingga dua puluh items. opps!!
cute Minnie Mouse plastik untuk dimasukkan gula-gula
(janji warna tema Mickey seakan sama)
patung Mickey Mouse berlainan saiz yang mewakili lil' Emir dan lil' Eijaz
figura Mickey Mouse yang digunakan sebagai cake topper
beberapa contoh kek yang dirujuk untuk mencari idea mengikut tema
design cake topper
cake topper ready to be collected
EAQ's cake
lil' Eijaz mencuba kasut putihnya untuk mengikut tema kasut putih agar sama dengan kasut Umy. hehe
idea lakaran untuk sticker EAQ
ini hasil sticker dari Parteeandsuch
kotak kosong untuk dimasukkan goodies
crown untuk EAQ bagi sambutan hari lahir di Kuala Selangor
headband Mickey Mouse yang dibeli berlainan jenis untuk hubby Moose dan anakanda EAQ
headband Minnie Mouse untuk tetamu wanita
headband ready untuk diberi kepada tetamu
owh.. baju nie dah lama Umy.. kena beli baju Mickey baru
lil' Eijaz turut mencuba headband Mickeynya.. so cute!
lil' Eijaz dah pening dengan Umy nie... macam-macam dibelinya. hiks.
playin' tyme
lil' Eijaz yang banyak memerhati dan banyak bercakap walau sepatah Umy tak faham.. ahaks.
lil' Emir pasling excited membantu Umy menyediakan barangan goodies
barangan goodies sebanyak 50 unit disediakan untuk tetamu
keep cool Umy!!! kelam kabut Umy nak buat keja dengan kehadiran anakanda EAQ yang lebih banyak mengacau dari membantu.. ahaks!
goodies yang siap diberi kepada sepupu yang tidak dapat hadir ke majlis dan diberi di kediaman
lil' Eijaz yang sudah pandai menggosok gigi ketika usia setahun dan dapat menyebut nama Emir dengan jelas.
barangan makanan untuk dijadikan goodies dan candy buffet
tiga BFF merupakan tetamu terawal yang sampai ke lokasi. Terima kasih datang walau tarikh terpaksa beberapa kali dipinda dan Tika dan Tiz juga tidak dapat datang kerna ada urusan lain.
beberapa kejadian pada hari tersebut... pagi saya ke kedai kereta dan lambat tiba di lokasi kerna anakanda berduanya tidur pula. Kemudian pemilik cafe memberitahu cafe blackout dan terpaksa menggunakan kipas dan lampu sementara. huhu. Kebetulan majlis bermula lewat sedikit dan elektrik ada semula pada jam 4 petang. Ketika tiba di cafe, lil' Eijaz dan lil' Emir masih tidur.
Timy dan Tidil memeriksa kek. hehe
betapa kelam kabut saya setup meja dan candy buffet dalam suasana separa gelap.
main table sedang dihias dan sampai akhirnya belon terlupa dibuka ikatan... ehehe
senyuman setelah penat bersilat.. ahaks!
my Emir!
my happy EAQ memotong kek
smile for camera!!! GengPS in Mickey mode!
Happy Umy dapat menyediakan EAQ Birthday Bash dengan tema Mickey Mouse walaupun sebenarnya last minit Umy yang tiada baju untuk dipakai dek kerna baju yang dibeli online tidak bersesuaian. opps! Till we meet again! InshaAllah.
more pictures and story at Cyanamoose Instagram
#emireijazbirthday #emirsjourney #eijazsjourney
No comments:
Post a Comment