Tuesday, August 14, 2018

* Behind the Scenes of AGM KBM & BGT 2018 m*

Assalaam alaykom.... selesai sudah dua program KBM untuk tahun 2018 iaitu AGM dan BGT seperti yang dikhabarkan sebelumnya. Alhamdullillah walaupun program berlangsung dengan meriah, teratur dan lancar. Syukur saya mempunyai  tulang belakang yang kuat dan bersatu padu menjayakan program ini yang mana sepatutnya dijadualnya pada awal Mei tetapi ditangguhkan ke penghujung bulan Jun berikutan memberi laluan kepada PRU14 dan Raya Aidilfitri. Perancangan awal seperti survey lokasi majlis telah dibuat pada bulan Februari dan sekali lagi saya bersyukur kerna mendapat team KBM Cawangan yang coorperative dan mampu bergerak dengan baik. 

Jika tahun sebelumnya, saya perlu membawa lil' Emir, tahun ini cabaran utama adalah saya perlu membawa lil' Eijaz jika ke mana-mana atau perlu outstation melebihi satu malam kerna lil' Eijaz masih menyusu dan tidak mahu penjaga yang tidak dikenalinya. owh... cabaran saya adalah bagaimana mahu meeting bersama anak kecil.. huhu. Lucky me, lil' Eijaz tidak begitu banyak meragam tetapi hanya mahu saya ada bersebelahannya. Sambil meeting, terkadang brother Arif yang banyak membantu menjaga anak-anak saya sepanjang keperluan mengendalikan program. 

Apabila mendapat mandat mengadakan program KBM di Pulau Pinang, pastinya saya paling gembira kerna dapat juga pulang menjenguk keluarga. Kami ke tiga buah hotel untuk melihat lokasi. Dua hotel di bahagian Barat Daya dan satu hotel di Timur Laut atau berdekatan pantai. Faktor utama pemilihan adalah hotel berstatus halal dengan harga yang berpatutan. Untuk kisah BTS ini, saya hanya fokus kepada Flamingo Hotel yang terpilih berdasarkan harga berpatutan, kemudahan hotel lengkap mengikut keperluan program dan lokasi yang indah di tepian pantai Tanjung Bungah yang seakan jika tetamu datang pasti akan gembira dan berasa benar berada di Pulau Pinang. Hebahan program ketika ini banyak dilaksanakan melalui Instagram KBM dan Facebook selain email kepada semua ahli KBM. owh.. btw untuk melaksanakan program seumpama ini walau dilihat ringkas namun cabaran utama adalah perlu memastikan program dibawah kawalan bajet dan perlu membuat tempahan awal bilik untuk mendapatkan harga yang lebih murah. 

permandangan indah di Tanjung Bungah

 the Flamingo Hotel by the beach

 lil' Eijaz yang gembira apabila sampai di hotel ini kerna mendapat angin pantai

 kolam renang yang cantik

 terdapat playhouse di sebelah kolam renang

 while waitin' to meet the marketing officer

 good boy Adeq! baik je ikut Umy bekerja


uncle Arif yang melayan lil' Eijaz

 my lil' model sedang uji tilam empuk

 cabaran utama semasa site survey, perlu meeting sambil dukung lil' Eijaz

 lil' Eijaz yang ketika ini masih merangkak


 candid di hadapan ballroom

 bergambar kenangan dengan Marketing Officer Flamingo

 gambar kenangan dihadapan hotel yang ketika ini musim raya cina


the next day meeting dengan AJK KBM Penang di KBB Paya Keladi

sekali lagi perlu membawa lil' Eijaz yang tidak mahu ditinggalkan dengan Aby Moose atau penjaga lain
 mesyuarat sedang berlangsung


lucky lil' Eijaz mahu juga uncle Arif mendukungnya

 and lil' Emir bersama Aby Moose

 bermain di playground

 lil' Emir yang asyik bertanya dimana Adeqnya

 gambar sebelum pulang, lil' Eijaz telah tidur

mood Flamingo is ON!

jemputan kepada CEO

 item dekorasi bertema Flamingo

persiapan untuk BGT

 persiapan goodies oleh AJK KBM Penang


biskut raya, jeruk dan cenderahati feri 

 dinner dulu sebelum teman Ibu bekerja

 sesi membeli hadiah cabutan bertuah... last minute terpaksa membawa bersama anakanda EAQ

 perjalanan ke Pulau Pinang 

 setibanya di lokasi lil' Emir terus melawat kawasan

 my cutie lil' Eijaz

 meeting dengan AJK KBM Penang untuk menerangkan aturcara program

 meanwhile di bilik lil' Emir sedang menikmati maggi.. amboi!!


suasana senja di pantai Tanjung Bungah.. hubby Moose selaku videographer sudah mula bertugas untuk merakamkan permandangan di sekitar lokasi


3D spot at Flamingo

 meeting terakhir dengan AJK KBM Penang untuk memastikan semua aturcara berjalan lancar

 look at me... talk and talk! hiks! 

 penyediaan makanan tengahari untuk semua perwakilan 

 hubby Moose sedang merakamkan ketibaan tetamu di lobi hotel

 tetamu yang hadir berpakaian casual untuk mesyuarat

 suasana AGM KBM ke 13

 malam hari saya di solek oleh mrs Ameen dari QaisyaLurve

 tetamu dari KBM Sarawak and mrs Emcee ready to work

 lil' Eijaz yang masih segar bugar pada jam 12 malam..sempat turun ke pentas untuk bergambar

terima kasih kepada brother Joe and family yang menjaga lil' Emir dan lil' Eijaz sepanjang hari program
kenangan dengan geng Kedah sebelum pulang ke lokasi masing-masing

 sarapan pagi pada hari Ahad

 teman lil' Emir swimmin' sebelum pulang

Alhamdullillah... rezeki memenangi hadiah cabutan bertuah. Pastinya saya paling gembira apabila semua tetamu pulang dengan keriangan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga bertemu lagi pada masa akan datang. InshaAllah. 

No comments:

Post a Comment