Friday, August 17, 2018

* Road to Putrajaya | GE14 Malaysia *

Assalam alaykom... Sempena genap 100 hari Malaysia Baru dibawah kerajaan Pakatan Harapan saya mengambil kesempatan untuk mengabdikan cerita PRU14 yang secara khususnya saya hadir berkempen di Kuala Selangor untuk memberi sokongan kepada YBMK. Cerita tertunggak yang dirangkum bersekali agar gambarnya tidak terus tersimpan dalam galeri. Benar banyak gambar kerna kini jari mudah memetik camera namun jika tidak diabadikan dalam blog maka cerita akan terkubur. Oleh itu, saya gagahkan juga mengabdikan peristiwa agar suatu hari kenangan PRU14 dapat dirujuk kembali seperti mana entry PRU tahun sebelumnya. 

Buku Harapan yang sentiasa menjadi rujukan 

PRU14 telahpun berlabuh dan kini rakyat Malaysia berada di bawah pemerintah kerajaan Malaysia Baru yang mana Pakatan Harapan yang memenangi PRU14 telah membentuk kerajaan campuran daripada beberapa parti utama seperti DAP, PKR, AMANAH dan BERSATU dan ketika catatan ini ditulis, Pakatan Harapan a.k.a PH telah 100 hari berkhidmat di Putrajaya dan sedang sedaya upaya memenuhi Janji 100 hari manifesto yang saya kira secara amnya adalah baik, masih dalam kajian dan sedang bergerak untuk memenuhi janji tersebut. 

100 hari manifesto Pakatan Harapan

Ini checklist saya untuk rujukan kejayaan Pakatan Harapan dalam usaha memenuhi janji manifesto 

Oleh kerna PRU14 telah berlalu dan ini sekadar cerita kenangan keluarga saya, jom bercerita sambil melayan gambar. Ini adalah catatan peribadi dan hanya suara kecil saya yang mahu menulis tetapi buat masa ini saya juga masih dalam melalui proses peralihan dan berharap tiada pihak yang akan memanipulasikan apa jua maklumat berikutan ketika ini ramai yang sangat gemar 'viral' dan menimbulkan fitnah bagi tujuan tertentu. Semoga niat baik kita semua dilindungi seadanya. Ameen. 

PRU14 adalah pengalaman baru buat anakanda Emir dan Eijaz. Walau pun mereka masih belum memahami dunia politik, pendedahan awal telah diberi agar mereka faham erti perjuangan dan pentingnya politik dalam membentuk sebuah negara yang maju jaya.

So I tell them... 'We vote the red flag!" kerna warna bendera utama parti bertanding biru tua, biru muda dan hijau... maka untuk anak kecil sebaya Emir, beliau masih belum dapat membezakan biru muda atau tua, so choose the red!

YB Dr Hj Dzulkefly Ahmad a.k.a Ayah atau kini dengan panggilan YBMK bertanding sekali lagi di Parlimen Kuala Selangor P096. Ini adalah comeback YBMK setelah kalah tipis pada PRU13. Poster YBMK yang digunakan semasa berkempen yang mana peranan media dikendalikan sepenuhnya oleh hubby Moose.


design poster dan gambar-gambar YBMK sepanjang PRU14 juga turut dikendalikan sepenuhnya oleh hubby Moose. 


profil YBMK yang mula menarik perhatian ramai setelah pelantikan sebagai Menteri Kesihatan dalam barisan kabinet utama 

Pada PRU14, kuasa media sosial amat memberi impak yang besar maka kami selaku team media menyampaikan maklumat calon melalui Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya. Ketika tempoh berkempen, YBMK masih tidak aktif di IG dan selaku team media, kami berusaha untuk menaikkan rating dan mempromosikan calon melalui media sosial dengan viralkan posting dan aktiviti harian YBMK di Kuala Selangor. Yang terkini, IG YBMK adalah @drdzulkeflyahmad dan telah mendapat followers yang ramai dalam tempoh masa yang singkat setelah menjadi YBMK, Alhamdullillah.

Kerja berkempen pilihanraya bukanlah hanya tertumpu kepada 14 hari sebelum membuang undi. Khusus untuk Parlimen P096, YBMK telah mula bertugas secara rasmi sebagai Pegawai Khidmat di Kuala Selangor sejak Jun 2017. YBMK yang lebih mesra dengan panggilan Dr Dzul oleh warga Kuala Selangor. Catatan PRU14 keluarga kecil kami bermula dua minggu sebelum hari penamaan calon yang mana ketika itu hubby Moose sudah mula menumpukan strategi dan mula mengumpul bahan-bahan untuk berkempen. Maka antara yang utama, hubby Moose selaku director, editor dan pencetus idea telah mula shootin' di sekitar Kuala Selangor untuk melengkapkan video profile YBMK.



ketika ini kami berkunjung ke Kampung Kuantan yang terkenal dengan kelip-kelip

 Sewaktu ini sekumpulan aktivitis pencinta alam sedang melepaskan tuntung ke dalam sungai

sementara hubby Moose bekerja, lil' Emir sempat bermain di taman permainan

bergambar kenangan di Kampung Kuantan... percutian kami sambil bekerja

sempat singgah bersama Jiddah melawat Bukit Melawati

homestay Sri Ijok yang menjadi tempat kediaman sepanjang kempen PRU14

lil' Emir yang kini teman breakfast Aby Moose

lil' Eijaz dan lil' Emir ready for hari penamaan calon. Ketika ini lil' Eijaz baru sahaja sihat dari terkena rotavirus.



calon-calon Parlimen dan DUN di Kuala Selangor berkumpul dan membaca doa sebelum berarak ke dewan

candid with lil' Ulya, cucu kedua yang turut sama hadir merasai bahang PRU14

lil' Eijaz sempat bergambar kenangan dengan Jiddy dan Jiddah

calon-calon berjalan menuju ke Stadium Tertutup Kuala Selangor



PRU14 menyaksikan semua parti Pakatan Harapan membawa satu bendera iaitu PKR yang mana sebelum itu tercetus beberapa insiden dan cubaan Kerajaan BN mengagalkan parti lawan dengan tidak mengiktiraf keberadaan parti PH. Maka PH sebulat suara bertanding atas tiket PKR. 

lil' Emir yang sentiasa gembira 

Umy Cyana bersama lil' Emir dan lil' Eijaz yang hadir memberi sokongan kepada YBMK

lucky me lil' Eijaz tidak meragam dalam kepanasan tetapi hanya penat mendukungnya

lil' Emir yang bersalaman dengan penyokong-penyokong YBMK

IBU dan sista Iman yang turut sama hadir

ahli keluarga Hezrians yang turut hadir 

look at my lil' brave Emir

sewaktu menanti YBMK

lil' Eijaz with Pak Uda and Mak Busu

hubby Moose and brother Gmie bertugas sebagai Media Oren

calon PH untk Parlimen dan DUN Kuala Selangor

keluarga Warisan Tokmat


 keluarga Hezrians



 keluarga Wayfarers bersama banner sokongan untuk YBMK

keluarga Wayfarers

bergambar bersama penyokong selepas majlis penamaan calon selesai dan bermula secara rasmi kempen PRU14

Wayfarers yang hadir sempat bergambar di Cafe selepas makan tengahari



PRU14

3 parti utama yang bertanding di Kuala Selangor 

Beberapa gambar kenangan sepanjang tempoh berkempen di Kuala Selangor








 makluman aktiviti YBMK yang dikemaskini setiap hari



 aktiviti setiap hari bermula dari subuh sehingga ke malam hari


  
 lil' Eijaz dan uncle Yud yang turut sama membantu YBMK


 sambutan hari lahir lil' Eijaz setahun semasa kempen PRU14


 lil' Eijaz and Jiddah



 sesi melawat rakyat 
  sesi melawat rakyat 
 sesi melawat rakyat 
 sesi melawat rakyat 


IBU bersama srikandi Kuala Selangor

sesi melawat rakyat 

YBMK yang mesra dengan semua rakyat

candid hubby Moose.. the man behind the scenes 

lil' Emir dan lil' Eijaz yang sentiasa setia menanti di kediaman dan memberi sokongan kepada YBMK

anakanda tidur kepenatan di homestay

lil' Emir with YBMK's poster

kami bertiga sentiasa memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan YBMK khususnya

catch cutie Eijaz

sesi bermain

lucky me anakanda memahami dan hanya bermain walau bosan menunggu di rumah

membawa anakanda EAQ jalan-jalan 

sesi melawat monyet di Bukit Melawati

memberi makanan kepada monyet

with lil' Eijaz di puncak Bukit Melawati Kuala Selangor

Kami bersama sista Eqafuad yang turut sama hadir ke Kuala Selangor untuk merasai kempen PRU14

lil' Eijaz

with brother Musleh and sista Eqa

lil' Eijaz pada usia setahun

button badge dan Tshirt YBMK bersama dengan mainan anakanda EAQ

untuk kenangan sokongan rakyat terhadap ceramah Pakatan Harapan yang mana ketika ini kami merasai gelombang perubahan PRU14



8 Mei 2018... sehari sebelum hari mengundi


brother Yud dan hubby Moose yang berganting bahu menjadi cameraman


9 Mei 2018 adalah tarikh bersejarah bagi Malaysia Baru!!!! 


9 Mei 2018, hari mengundi. 
 YBMK menziarahi kubur TokBa di Shah Alam selepas membuang undi


 YBMK masih menjelajah kawasan


 YBMK melawat pusat-pusat mengundi


 detik menunggu keputusan PRU14


 brother Musleh dan hubby Moose bersama En Maskor wakil Parlimen P096


 keputusan P096!!! Sememangnya seluruh rakyat Malaysia berdebar menanti keputusan. Jam 4 am barulah keputusan penuh diperolehi yang memenangkan Pakatan Harapan


 calon-calon Pakatan Harapan yang menang di DUN dan Parlimen Kuala Selangor


 wajah-wajah keriangan menyambut kemenangan Pakatan Harapan


 hari terakhir bertugas sebagai photographer dan videographer


anakanda EAQ yang letih ketiduran

bakal pemimpin negara...our dear supportive Emir! 

hubby Moose bersama penyokong YBMK

kenangan bersama team YBMK yang merupakan tulang belakang penyokong tegar YBMK

our dear hero!!!

walaupun tidak menjangka akan menawan Putrajaya, ianya telah benar berlaku dan kini Pakatan Harapan telah membentuk Malaysia Baru dan pasti perkara yang paling sukar dalam penambahbaikan adalah memperbetulkan perkara yang telah lama menjadi sebati dengan rakyat Malaysia. Pasti sejarah tercatat setelah pertama kali Malaysia menukar kerajaan yang telah 60 tahun memerintah dan tanpa diduga dengan sekelip mata apabila Pakatan Harapan mengambil alih, begitu banyak cerita kurang enak melibatkan korupsi pemimpin sebelumnya. Semoga pemimpin PH sentiasa dilindungi olehNYA dan bisa menunaikan tanggungjawab dengan baik.

 sidang akhbar Pakatan Harapan



Alhamdullillah... menghadiri Majlis Kesyukuran Parlimen Kuala Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor iaitu majlis iftar dan solat tarawikh bersama rakyat

my lil' Emir

sempat bermain sambil menunggu iftar

IBU bersama warga Kuala Selangor

bersama IBU yang merupakan tulang belakang AYAH

lil' Eijaz and orange

lil' Emir bertemu dengan Jiddy

lil' Emir yang kehairan melihat Jiddy dikerumuni orang

bersama YB ADUN Bukit Melawati

hubby Moose yang sentiasa sibuk bertugas merakam video dan gambar

YBMK ditemuramah media

AYAH dan IBU


YBMK mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan 

YBMK di majlis mengangkat sumpah pelantikan sebagai Menteri Kesihatan





anakanda EAQ gembira mendapat tamar dari Istana Negara


YBMK pada hari pertama ke KKM

sesi media pada hari pertama menjejak kaki ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

YBMK mendapat sambutan dari warga KKM dan telah menjadi viral video melihatkan YBMK tidak bersalaman dengan warga wanita

YBMK melangkah bergaya masuk ke KKM

YBMK pada sesi pertama mesyuarat dengan warga KKM

YBMK dengan team Kuala Selangor

YBMK pada hari penyerahan peralihan tugas dengan mantan Menteri Kesihatan

YBMK dengan barisan kabinet menteri 

YBMK bergambar kenangan dengan Yang Dipertuan Agung dan barisan kabinet menteri selepas majlis mengangkat sumpah di Istana Negara

 team DZA yang merupakan tulang belakang media YBMK


 sesi parlimen bermula untuk kerajaan Malaysia Baru


 persidangan parlimen


 YBMK dan rakan-rakan seperjuangan


 barisan menteri bergambar kenangan 


rakan seperjuangan Parti Amanah ketika hari terakhir melangkah keluar dari PAS

 Menteri dan Timbalan Menteri dari Parti Amanah bersama pasangan


Tahniah khas ditujukan kepada ahli-ahli Parti Amanah yang kini menerajui pemerintahan Malaysia Baru

Alhamdullilah... kemenangan Pakatan Harapan adalah kejayaan semua dengan usaha semua rakyat yang berjuang mengangkat PH untuk memerintah membentuk Malaysia Baru yang lebih cemerlang dan gemilang serta bebas rasuah dan korupsi. Tanggungjawab ini juga adalah cabaran yang besar dan amanah yang berat untuk digalas oleh semua bagi menunaikan janji dan harapan rakyat Malaysia. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kita semua dan semoga ALLAH SWT memberi yang terbaik untuk kita. Ameen. 

No comments:

Post a Comment