Sunday, August 12, 2018

* EIJAZ turns ONE @ Kuala Selangor *

Assalam alaykom... Catatan ini adalah throwback atau tertunggah namun gigihkan juga meluangkan masa untuk mencoret sepatah dua kata demi kenangan buat keluarga amnya. Waktu ini, kita telah berada dalam Malaysia Baru dan Alhamdullilah AYAH telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor dan kini telah memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan Malaysia. owh.. pastinya mimpi menjadi nyata atau saya sendiri seakan masih sukar untuk percaya bila mana Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa dari kerajaan lama BN. opss... cerita politik kita simpan terlebih dahulu kerna perlu beri laluan kepada cerita anakanda Eijaz yang mencecah usia setahun jagung dan pengalamannya turut serta turun padang merasai suasana kempen PRU14 dan juga memotong kek pertama di Ijok Kuala Selangor. 


3 Mei 2018, usia lil' Eijaz a.k.a Adeq genap setahun. 



Alhamdullilah walaupun kesihatannya up & down namun beliau seorang yang aktif, ceria dan peramah. Untuk rekod, meniti usianya setahun sudah tiga kali lil' Eijaz warded. Pertama semasa dalam pantang kerna  urinary tract infection(UTI), kedua ketika berusia 8 bulan disebabkan Influenza A dan acute bronchitis dan yang ketiga disebabkan Rotavirus. hmm. Ketika gambar ini diambil adalah pada hari kelahirannya setahun di KPJ Hospital Shah Alam untuk follow-up selepas seminggu pulang dari wad. Apa yang pasti selepas ini pasti harus double-up menjaga kesihatan. hehe. 


cookie monster yang merupakan simbolik lil' Emir dan lil' Eijaz. Umy Cyana pastinya membuat sedikit persiapan untuk menyambut hari lahir kelahiran anakanda. Kebetulan tarikh birthday lil' Eijaz jatuh dalam minggu kempen pilihanraya. Yang sukar adalah masa terhad dek kerna hubby Moose juga turut turun padang ke Kuala Selangor membantu AYAH. Maka saya perlu menyusun sedikit waktu yang ada demi mendapatkan kenangan birthday lil' Eijaz semasa zaman peperangan PRU14 kerna suasana berkempen bukanlah setiap tahun akan berlaku. hehe. 

Maka perancangan saya bermula seawal bulan April iaitu merancang tema dan membeli sedikit aksesori untuk menyambut birthday lil' Eijaz walaupun belum pasti tarikh majlis sebenarnya. Apa yang pasti tema lil' Eijaz sengaja disamakan dengan lil' Emir iaitu menggunakan pakaian dan cake topper Cookie Monster yang sama. Lucky me teme biru muda sama pula dengan warna parti PKR iaitu parti AYAH bertanding di PRU14. 

 the Cookie Monster cake for lil' Eijaz


lil' Eijaz's in Emir first birthday outfits

 Happy Birthday lil' Eijaz!!!

 owh.. cabarannya semua aksesori birthday perlu dibeli juga untuk lil' Emir. bila nyanyikan lagu birthday juga perlu sebut nama Emir terlebih dahulu. 

lil' Eijaz with Aby Moose. 


Ketika ini, kami tawakal sahaja bawa kek ke Kuala Selangor dan menunggu masa yang bersesuaian untuk memotong kek. Dek kerna jadual kempen yang padat, kami bertiga hanya duduk di rumah tumpangan kerna lil' Eijaz masih kurang sihat untuk bersiar. Alhamdullillah, kami sempat bersama AYAH, IBU dan Aby Moose ketika waktu lunch di Ijok. Kami terus berkejar ke restoran dan menanti disana. 


Adeq dan Abang sedang bermain


pemilik restoran yang juga peminat lil' Eijaz

 Jiddah bersama cucunya

 happy us dapat bertemu Jiddy dan Jiddah dan memotong kek lil' Eijaz bersama.

 gambar kenangan bersama pasukan Parlimen P096 menyambut birthday lil' Eijaz


EIJAZ turns ONE @ Kuala Selangor

gambar kenangan lil' Emir dan lil' Eijaz menyambut birthday pada usia 1 tahun

Sanah Helwah lil' Eijaz!!!

No comments:

Post a Comment