Tuesday, August 14, 2018

* Bernas Got Talent 2018 | Flamingo Penang *

Date: 30 June 2018
Location: Flamingo Hotel, Tanjung Bungah Pulau Pinang

Assalaam alaykom...program Bernas Got Talent 2018 (BGT) anjuran Kelab Bernas Malaysia (KBM) Pusat dengan kerjasama KBM Cawangan Pulau Pinang merupakan program berkonsep hiburan untuk mencungkil bakat ahli KBM. Program santai seumpama ini adalah yang julung kali diadakan sebagai program tahunan dan serentak dengan AGM KBM bagi penjimatan kos penganjuran program. 

Seramai 9 peserta yang terdiri daripada persembahan solo dan berkumpulan yang menyertai pertandingan BGT. Alhamdullillah majlis makan malam meriah dengan tema Aidilfitri sempena dengan sambutan hari raya yang masih lagi dalam bulan Syawal. Semua tetamu segak bergaya mengenakan baju raya sambil relax menonton persembahan. Secara keseluruhan, saya selaku Program Koordinator dan mrs Emcee berpuas hati dengan persediaan majlis. Hiasan dewan dan makanan enak disediakan oleh pihak Flamingo Hotel. Jom layan gambar sambil bercerita dan banyak lagi gambar serta video BGT di Facebook dan Instagram Kelab Bernas Malaysia. 

Flamingo Hotel, Penang pada waktu malam

mrs Cyana mengenakan pakaian baju kurung dengan tema batik yang sedia untuk bertugas. 


pentas BGT

pentas BGT yang dihias indah

mrs Emcee ready to work

bergambar dengan tetamu dari KBM HQ

perasmian BGT oleh Presiden KBM

suasana ballroom Flamingo

persembahan kumpulan pertama dari Kedah

persembahan nyanyian berkumpulan dari Kumpulan Kedah juga

panca sitara in action

penyampaian sajak dari KBM HQ

bergambar dengan AJK Wanita KBM Pulau Pinang

kuih raya khas buat VIP

catch me on the stage!

antara hadiah cabutan bertuah dan cenderahati yang dibawa pulang

makanan majlis makan malam
Alhamdullillah mendapat hadiah cabutan bertuah no 3

masa penyampaian hadiah

tempat ketiga KBM Sarawak

tempat kedua KBM Selangor

Juara KBM Perak

cenderahati buat Presiden KBM


Keputusan Rasmi BERNAS GOT TALENT 2018
JUARA (PERAK) :EN ZAHRUL HISHAM MOHAMAD DIAH 

KEDUA (SELANGOR): EN NURUL HISHAM AHMAD
KETIGA (SARAWAK): EN SIMON JAMES GAON
KEEMPAT (KEDAH 2): 
PN AZIZAH ABD KADIR
EN ISMAIL YAHYA
PN NURUL HANAA MD SALIM
PN NORAZIAN KHALID
KELIMA (IBU PEJABAT): PN NUR FADHLINA FADZIL
KEENAM (SABAH): EN ROSLIE BATT
KETUJUH (KELANTAN): EN ZAIDI MAMAT
KELAPAN (KEDAH 1): 
EN ROSLAN ABD GHANI
EN ABDULL JAMALL SAIDIN
CIK SITI NURSYAMIMIE ABDUL ZUBIR
PN SITI NORBAIZURA SULAIMAN
KESEMBILAN (TERENGGANU): CIK RABIATUL ADAWIYAH


mrs Secretary and miss Treasury yang banyak membantu dalam penyediaan program

bergambar dengan KBM Kelantan

bergambar kenangan dengan EN Rosely Nayan(tengah) yang banyak membantu saya sepanjang bekerjasama dengan KBM Pulau Pinang. Beliau akan bersara pada penghujung bulan Ogos 2018. Selamat bersara kepada En Rosely dan terima kasih atas sumbangan kepada KBM.

bergambar dengan team media videographer, photographer dan PA System merangkap co-emcee yang menjamu selera selepas tamat majlis

Tahniah kepada semua peserta. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program BGT dan semoga kita berjumpa lain pada masa akan datang. InshaAllah.


No comments:

Post a Comment