Assalaam alaykom... bersiaran cerita Eid Mubarak 1439H yang kini telahpun masuk ke bulan Zulhijjah dan semoga muslimin muslimat dapat mengerjakan hajj dengan sempurna dan memperoleh keberkatan. Agak janggal untuk saya bercerita tentang kisah Eid memandangkan beberapa tahun sebelumnya saya tidak bisa mengemaskini cerita dan akhirnya semua gambar terkubur begitu sahaja. Maka buat kesempatan masa yang ada, saya cuba mengumpul cerita dan mengabadikan kenangan untuk tatapan anakanda EAQ pada masa akan datang.
Pengalaman baru untuk Syawwal tahun ini setelah AYAH diberi tanggungjawab baru sebagai YBMK dan berkhidmat dengan Kerajaan maka keluarga kecil kami juga merasai tempias dan pengalaman baru beraya bersama rakyat walau sebenarnya hari pertama Eid kami sekeluarga lebih banyak beraya di atas jalan raya. huhu. Kami mengikut hubby Moose yang bertugas untuk merakam gambar YBMK maka kami tiga beranak juga perlu menempuh masa bersama dalam kenderaan memandangkan lil' Eijaz yang masih kecil dan saya juga tidak cukup tangan untuk menjaga lil' Emir yang aktif berlari, lebih baik berdiam dalam kereta janji kami sekelurga masih banyak masa bersama. Pagi raya kami bertolak ke Kuala Selangor untuk menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor dan merasai pengalaman baru apabila diiringi polis sampai ke pintu masjid. Kemudian selepas solat, kami melawat Hospital Tanjung Karang bagi sesi lawatan Aidilfitri YBMK dan selepas itu terus ke Putrajaya untuk menghadiri Rumah Terbuka Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad. Setibanya di Putrajaya, kami tiga beranak akhirnya terpaksa menunggu di dalam kereta sahaja dek kerna tetamu yang terlalu ramai dan tidak sesuai untuk kami bertiga mengunjungi Rumah Terbuka tersebut. Seterusnya, kami sekeluarga pulang ke Chengkau untuk bertemu Nenek dan keluarga. Alhamdullillah penat semestinya namun terasa ruang masa diisi sebaik mungkin.
Raya kedua, kami hanya sempat beraya di Baitul Ar-Rahmah sebelum berangkat pulang ke Penang. Memandangkan hubby Moose ingin menyiapkan kerja editingnya, kami seperti biasa menunggu dan tidak dapat berkunjung ke kediaman saudara yang lain. Di Penang pula, MAMA kurang sihat dan dua hari berturut kami pergi ke klinik. Ketika itu, ingatkan MAMA hanya demam biasa dan gastrik tetapi rupanya beliau telah mengalami kebocoran usus. Innalillah. Raya ketiga kami singgah beraya di rumah saudara di Sungai Petani dan Kulim sebelum pulang semula ke Shah Alam pada raya keempat. Alhamdullillah anakanda EAQ sangat gembira dan pastinya lil' Emir yang petah berkata gembira menyarung baju raya. Tahun ini juga lil' Emir berpeluang bermain bunga api dan merasai sendiri beraya dalam kekalutan bersama Umy. hehe. Jom sambung cerita bergambar ya... sebelum ke entry behind the scenes of Eid!
dodol menghiasi meja makan
geng PS dengan tema kuning untuk majlis iftar bersama
my lil' familia
sweet in yellow
gengPS dengan juniors
GengPS dan keluarga bergambar kenangan bersama selepas majlis iftar di Serai Empire
selesai menunaikan zakat fitrah
tazkirah Ramadhan oleh AYAH
pengalaman lil' Emir bermain bunga api
polis iring menuju ke masjid
happy EAQ walau sebenarnya Umy tak tenang nak solat.. huhu
lil' Emir and lil' Eijaz in moss green tone
1st Syawwal bersama EAQ.. look at my boys!!
kami bersama IBU sementara menunggu AYAH dan hubby Moose
bergambar dengan YBMK di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor
sesi lawatan ke Hospital Tanjung Karang
selfie bersama lil' Eijaz sementara menunggu hubby Moose bertugas di Kediaman Rasmi Tun Mahathir
videocall dengan KOKONG dan POPO yang berada di Penang
lil' Eijaz yang pandai videocall
bermain dalam kereta sambil menunggu Aby Moose
lil' Eijaz yang pandai videocall
bermain dalam kereta sambil menunggu Aby Moose
cenderahati dari Rumah Terbuka Perdana Menteri
gambar kenangan di Chengkau pada hari raya pertama
Raya Kedua.. lil' Emir dan lil' Eijaz dengan persalinan batik
sambutan birthday lil' Uwais
anak-anak riang makan kek
sesi bersalaman dan pemberian duit raya
gambar bersama makcik, sepupu, kakak dan adik ipar
pity my lil' Boov sampai tertidur menunggu Aby
sambung tidur dalam perjalanan ke KLIA
perjalanan ke KLIA
anakanda EAQ gembira dapat menaiki troli
lil' Emir sempat bermain sementara menunggu flight
pastinya lil' Emir paling excited dapat menaiki pesawat
sesi melayan Elmo
sesi melayan Elmo
makan-makan sambil menonton Elmo
Raya Ketga di Penang...ketupat palas di makan bersama gulai daging
sayuran untuk laksa
laksa Penang
Raya Ketiga dengan tema merah
Raya Keempat dengan tema oren
oppss... hubby Moose salah tema nie. ahaks!
happy lil' Eijaz yang sudah pandai selfie
pengalaman pertama lil' Eijaz menaiki kereta bunyi
nak nangis ke nak senyum nie? hehe
masa untuk pulang ke Shah Alam
waktu menunggu pesawat
lil' Emir yang masih aktif pada jam 11 malam
perjalanan ke pesawat
keletihan lil' Eijaz yang seharian beraya
Raya kelima sesi makan-makan yang diadakan oleh AyahNgah di Baitul Ar-Rahmah
melayan tetamu cilik
with Hezrians
lil' Emir dan geng sepupunya (emir being a house leader)
with Hezrians
beraya di Taska Ijtihad
lil' Emir and lil' Husna
photobooth yang direka sendiri oleh guru Taska
bersama guru Taska Ijtihad yang menjaga lil' Emir dan lil' Eijaz
beraya di Taska Ijtihad
lil' Emir and lil' Husna
photobooth yang direka sendiri oleh guru Taska
bersama guru Taska Ijtihad yang menjaga lil' Emir dan lil' Eijaz
Raya Keenam...sedia untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor
sambutan Majlis Rumah Terbuka Peringkat Negeri Selangor diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor dan Permaisuri turut hadir
hubby Moose sempat selfie bersama Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor Tuan Amirudin Shari
pose bersama IBU
lil' Emir yang manja mahu didukung.. hiks!
gambar kenangan bersama YBMK dan BONDA
gambar bersama sahabat lama ex-Georgian mrs Joannie yang turut sama hadir bersama keluarga.
Alhamdullilah Eid Mubarak tahun ini meriah dengan sambutan bersama ahli keluarga dan dapat juga kami merasai pengalaman baru turun padang beraya bersama rakyat yang meraikan Malaysia Baharu.
Eid Mubarak! Minal Aa'idin wal faa'iziin.