Assalaam alaykom sisters... back to my lil' fashion story yang mana sepanjang dua hari program Hari Keluarga Warisan Hj Ali di Sabak Bernam warna tema keluarga Hezrian adalah hijau tua. Makanya sepanjang program juga semuanya memakai baju atau hijau yang mempunyai warna kegemaran hijau. Sebelum ke cerita penuh mari kongsi bersama tips fesyen mudah, ringkas, sesuai di pakai sepanjang hari dan yang penting kelihatan sedikit stylo. ahaks! {stylo itu datangnya apabila keyakinan membawa diri berjalan sambil tersenyum riang... Yakin-lah diri!}
Perkara pertama apabila menghadiri sesuatu program adalah melihat senarai aktivitinya. Maka pakaian yang dibawa hendaklah sesuai dengan senarai aktiviti. Contohnya, apabila adanya sukaneka, maka harus membawa kasut sukan, apabila adanya majlis makan malam walaupun separa formal... please! please! jangan sambil lewa. Bawa pakaian yang bersesuaian dengan sedikit suntikan glamour. Maksudnya di situ janganlah memakai seluar sukan atau memakai seliper jepun. hiks! owh.. kedengaran saya cerewet? Yes I am! Brooch atau cincin juga perlu suai padan. opps! Tetapi sebenarnya saya kontra dengan hubby Moose yang lebih santai dan sambil lewa. hehe. Nevermind... just be yourself. Buat sesuatu yang bisa menggembirakan hati agar seharian yang stress tidak akan bertambah rumit kerna semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. InshaALLAH.
Okay.. jom lihat apa yang mrs Cyana gayakan sepanjang program keluarga dengan tema hijau....
first day... green hijab match with rainbow dress and green ring. hiks
topi Hezrian juga berwarna hijau. Sepatutnya menukar Tshirt tetapi dek tidak sempat, so belasah dengan dress rainbow Langkawi masuk sukaneka untuk kategori 18 tahun.. hehe. {pose pun muka 18tahun gamaknya tu.. hiks}
Malam hari mrs Cyana mengenakan FCUK green long dress with green hijab
the next morning... get ready for aerobik salsa.. yeay!
mrs Cyana in front of old house sebelah tapak program. mrs Cyana memakai Munawarrah long Tshirt
and selfie with green big ring!
last day mrs Cyana mengenakan Orange dress match with green contra hijab. hehe.
Yang penting brooch hijau atau pakaian yang disarung sesuai dengan bermacam aktiviti.
Lamanya tidak mengenakan warna hijau yang mana merupakan salah satu warna kegemaran suatu ketika dahulu. well... esok dan lusa perlu mengendalikan mesyuarat dengan erti kata lain perlu bergaya formal ya. Good Nite!
No comments:
Post a Comment