Wednesday, March 5, 2014

* Hello MARCH! *

Assalaam alaykom... Hello MARCH!!!! sudah menjengah ke bulan ketiga dan semakin hari terasa seperti tercungap-cungap sahaja bukan dek kerna udara yang kurang nyaman tetapi kerna setiap hari seperti tidak cukup masa berdamping dengan kertas. huhu. btw esok bakal menjauhkan diri dengan jerebu di bandaraya Kuala Lumpur dan juga meredakan cerita "Kajang" dan berbagai-bagai kontroversi politik. hmm. 

Senarai tugasan menanti, bermula dengan sesi 'Roadshow Perolehan', ISO4001, Rundingan tawaran, aturan projek itu dan ini... Semoga saya terus diberi kesihatan yang baik untuk menempuh semua fasa itu. Mungkin sepanjang hari akan mendengar saya ketawa... jika tidak ketawa pastinya mendengar leteran.. hahaha atau mendengar nada yang separa sabar melayan kerenah outsider yang bermacam ragam ceritanya. Itu belum lagi menahan marah dengan mereka-mereka yang sambil lewa asal boleh siap kerja tanpa memperdulikan prosedur. haih! lety!

KLCC yang dirakam pada petang 03 Mac 2014

mood baju kurung kembali... mengikut rekod ini kali pertama memakai baju kurung bagi tahun 2014. {terasa seperti cikgu sahaja}

dan mood minum Cookies and Cream gara-gara kupon buy one free one. Oh! bakal berpisah dengan miss Tender untuk tempoh seminggu gara-gara mrs Tender outstation dan miss Tender akan bercuti lagi. Wahhhh!!! Agaknya sudah masuk kali kelima miss Tender bercuti makan angin dan saya masih lagi belum sempat bercuti panjang. whuaaa!!

Soooo... what did I do? Selfie sebelum merenung dokumen hingga syaratnya waktu breakfast dan lunch harus keluar dan makan di luar jika tidak... kami berdua akan makan sambil bekerja. 

I love my smile! practice make purrrfeeectt! 
Setelah sekian lama pose senyuman tanpa gigi, kini saya mampu variasikan senyuman. hehe. And I'm gonna miss your skylift. Relaxing tyme.

No comments:

Post a Comment