the madness
Assalaam alaykom... sedang mata masih mampu membulat, enak juga menaip agar blog tidak terus bersawang. owh.. berita terkini mengenai kerjaya adalah penambahan skop kerja yang semakin meluas itu membuat masa saya lebih terbatas untuk berangan. Dan saya akui yang mana saya cuba untuk tersenyum walau hati kadang muram sahaja kerna bukan kerna bebanan kerja namun kekadang kerna faktor sekeliling yang tidak ceria atau dalam bahasa yang kurang enak adalah bila mana anda berdamping dengan mereka-mereka yang hanya menanti kejatuhan sahabat mereka. hmm.
owh.. pagi tadi tahap kesabaran tiba-tiba melayang entah kemana. Tiba-tiba dari ton suara enak semerdu bass menjadi nyaring senyaringnya. Tiba-tiba saya bercakap tanpa noktah dan tiba-tiba saya sememangnya mahu bercakap dan tidak langsung mahu memberi peluang orang lain berbicara. Walau benar customer is always right, namun tahukah anda dalam organisasi yang besar bukanlah saya seorang yang bekerja. Kerjanya bermula dari A-Z melalui beberapa orang yang berbeza. Namun kerna berada di pihak Z, maka semuanya harus dilayan seadilnya walau ada XY yang telah menconteng arang. huhu. enough said! Saya cuba sedaya upaya memulihkan keadaan namun saya juga harus berada dalam kawalan radar. ahaks!
Tetapi radar itu tidak mahu mengakui kewujudan saya. Pusat kawalan hanya akan mencari radar jika memerlukannya, hmmm. Pray for MH370. Semoga cerita radar kamu itu memberi sinar harapan kepada saya yang tiba-tiba terasa seperti hopeless! Tiba-tiba terasa seperti mahu menjerit sahaja kerna sudah terlalu lama saya berdiam sahaja. Tiba-tiba terasa mahu tidur sepanjang masa agar bisa mimpi indah sahaja. Please admit that I'm here just right here on the dot. Good Nite.
No comments:
Post a Comment