Sunday, March 16, 2014

* 5th Family Day | Hj Muhammad Ali *

Date: 1-2 March 2014
Location: Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam, Selangor

Assalaam alaykom... Hari Keluarga Haji Muhammad Ali kali ke 5 telah berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2014 dengan jayanya di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam, Selangor. Program hari keluarga yang diadakan setiap dua tahun sekali mengumpulkan susur galur keluarga besar  Haji Muhammad Ali yang berasal dari negeri Perak. Ini adalah kali pertama saya berpeluang bersua muka dan berkumpul bersama dengan ahli-ahli keluarga yang datang dari seluruh pelusuk negara dan meraikan hari keluarga yang berjalan dengan teratur dan meriah. Bukan mudah untuk menganjurkan program kekeluargaan seperti ini yang mana masing-masing sibuk dengan tugasan harian dan perancangan awal telah disusun rapi dan pastinya ribuan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan program ini berjaya. 

Seawal jam 11 pagi, kami telah bertolak ke Sabak Bernam yang mana pemilihan tempat berdasarkan kawasan titik tengah di antara negeri Perak dan Selangor yang majoriti ahli keluarga banyak menetap di sekitar Kuala Lumpur dan sempadan negeri Perak. Alhamdullillah semua rumpun keluarga di hadiri wakil-wakil keluarga yang mana taaruf diadakan bagi mengenali ahli-ahli keluarga yang baru. Setiap rumpun keluarga diberikan tema warna dan kami dari rumpun Hj Hezri Ali mengenakan warna hijau gelap. Maka dua hari bersalinan hijau.. peace!

AYAH dan IBU

on the way to Sabak Bernam

Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam

 keluarga dari rumpun merah

Hj Husin sekali imbas seakan wajah hubby Moose

 meja pendaftaran

 setiap ahli keluarga akan diberi button badge, brosur dan tag nama

goodies bag

Hezrian's family tree

Maksu and bunting

 CikNa, Maksu and Me

 Hezrian's boys

 minum petang diadakan secara potluck

 
ucapan pembukaan oleh Presiden Program... TokChu 

 antara yang hadir melebihi 200 orang

 family tree yang mendapat tempat pertama

 antara family tree yang menarik

brother Musleh, hubby Moose, Maksu and IBU

 sesi selfie... wink!

with Maksu

 kumpulan sepupu

 tunggak ahli jawatankuasa

 sesi santai dan sukaneka

 sukaneka berlangsung

 lil' Yumna

 Ulya, Mia and lil' Yumna
 pose with CikNa

wakil Hezrian yang hadir

 super-pose from Hezrian

 pose with girls

 Maksu, AyahChu and lil' Umayra

 malam hari dihiburkan dengan persembahan dari setiap wakil keluarga

 the Wayfarers menyampaikan lagu dari Divo

 the kids

 homestay tempat bermalam

 ahad pagi dimulakan aktivti salsarobik

 behind the scenes

salsarobik diketuai oleh AyahNgah

 jom bersenam

 
pose selepas bersenam

 nasi lemak sotong yang nyaman

 meriah

 must have drink..oppss!

 clown menghiburkan kanak-kanak

 
 sementara di dewan sesi ta'aruf keluarga

 pelancaran Kelab Rajawali Warisan Haji Ali untuk remaja

 
 
 
 
 
Keluarga besar Hezri sedang memperkenalkan diri

 congratulations hubby Moose atas usaha design premium items dan shooting video sepanjang program

 on the way pulang, singgah sebentar untuk menjamu selera

 nyummy cendol

last but not least... membawa pulang gambo keluarga besar untuk kenangan

Syukur alhamdullillah diberi kesempatan dan ruang waktu untuk mengenali dan merapatkan silaturrahim dengan ahli-ahli keluarga yang jauh dan dekat. Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. InshaAllah. 

No comments:

Post a Comment