Assalaam alaykom.... this is a very quick marathon entry sementara menghabiskan masa lapang di hujung minggu. owhh... pending entry bertimbun-timbun, sampai satu ketika terasa mahu sahaja terus menutup diari dek kerna kesibukan kerja semasa bertambah dengan tekanan semasa.. pretty sad! but I have to be strong and keep smilin'. Jika anda berada jarak dua kaki dari saya pastinya setiap hari mahu sahaja menutup telinga mendengar leteran tidakpun mendengar ketawa. Ketawa itu bukan kerna gembira tetapi kerna terlalu tertekan dengan keadaan semasa semuanya mahu segera semuanya mahu sempurna. owhhh... mengambil sedikit ungkapan Insan Terchenta "Cie nie asyik meeting... habis meeting balik lah. Jam 5 balik lah kenapa masih bekerja?" owhhh!!! ketika itu atau sewaktu soalan sebegitu yang perlu saya tandangi setiap hari. Bayangkan apa rasa hati apa rasa perasaan yang berbelah bagi antara kerjaya dan keluarga. Benar keluarga lebih penting namun kerja juga tanggungjawab saya. hmmm. Tidak perlu menghurai atau memberi seribu alasan dan benar hati wanita itu mudah rapuh kerna hanya air mata yang akan menjadi teman setia bila mana terperangkap dalam situasi semasa. owh! I wish I can go home by 5pm everyday dan sampai di rumah jam 5.30pm... namun realitinya empat jam di perjalanan setiap hari dan waktu rehat juga kadang kala perlu diabaikan sahaja. hmm.
Okay... quick entry. Selepas ini juga mungkin beberapa entry tanpa cerita kerna ceritanya sudah lapuk namun kerna masih mahu merakamkan kenangan di diari kesayangan... abaikan tarikh peristiwa. hehe. Layan piccas sahaja ya.. smile!
I do smile!
jam 6:27 pagi di stesen keretapi Shah Alam
rutin menaiki tren dan bergambo bagi menggembirakan rasa
bandaraya Kuala Lumpur pada waktu pagi
permandangan KLCC yang sempat saya rakam bila hari tiba awal di ofis
nasi lemak sotong kegemaran
maggi sup juga kegemaran sesekali jika bosan makan nasi
rutin harian membeli nasi lemak untuk mr Boss
waktu mesyuarat atau waktu menunggu ketibaan ahli yang lain
pose for Instagram
hubby Moose and team yang turut juga bekerja di kawasan Kuala Lumpur
petang hari dilanda hujan ribut
waktu pulang jika hubby Moose datang mengambil saya
melalui MEX dan KESAS bagi mengelak kesesakan lalu lintas
lovely sunset
jika hari pulang menaiki tren... ini permandangan pertama sebaik melangkah keluar dari ofis
last shot setelah seharian berkejaran di ofis.
Keep Smiling'!
No comments:
Post a Comment