Monday, February 24, 2014

* my Hectic FEB *

Assalaam alaykom.... sedar atau tidak sudah menghampiri penghujung Februari dan agaknya dengan kepadatan jadual kerja membuatkan saya juga turut leka hampir sepanjang hari rutinnya seperti biasa, keluar rumah sesudah Subuh dan hanya tiba di kediaman sesudah Isya'. Terus mata meminta untuk berehat dan begitu juga badan yang semakin hari semakin kekurangan tenaga. Mungkin dek kerna minda sentiasa memikirkan kerja yang tidak perlu ada kesudahannya. hmm. Anyway... mencuri masa seketika sebelum tidur dan kembali kepada rutin padat sepanjang minggu. owh.. mungkin depan juga pasti akan menguji tahap mental dan fizikal kerna perlu menghadiri mesyuarat tender dengan keberadaan AJK yang baru. Maksudnya disitu, dengupan jantung pasti akan bergerak kencang untuk berhadapan dengan AJK baru yang mana mengikut pengalaman saya... polisi! polisi! polisi dan tugas-tugas AJK mestilah diterangkan selancar air terjun. Semuanya fakta DO's and DONT's mestilah diminda agar tidak tergagap semasa menjawab soalan mereka. Dengan keberadaan AJK baru, maka perkara baru adalah mengkaji rentak mereka agar saya bisa memastikan suasana mesyuarat tenang dan berjalan lancar. 

Jika minggu lalu seperti lipas kudung mengejar dateline kertas kerja untuk menghadiri persidangan mesyuarat EXCO dan Tender Comm, minggu ini pula bakal berkejaran juga mengejar mesyuarat Board dan ISO. arghh!!!! YA ALLAH!!!! Berikan hambamu sedikit kekuatan agar terus tersenyum dalam mengharungi masa-masa sukar. Apa yang pasti sesuatu yang telah lama benar saya usahakan akan direalisasikan. Begitu banyak pancaroba telah dilalui... jika dirujuk draf juga entah versi berbelas hendaknya. Itu belum bercerita tentang isi kandungan yang hampir 60% telah bertukar halamannya. Sebelum ke cerita penuh... beberapa gambo sebagai rujukan cerita dan mengurangkan tekanan minda yang mana sepanjang minggu otak bekerja tanpa henti.

smile after fever

mr cTam yang terkena paku dan menguji hari saya

tender briefing yang agak besar skop kerjanya.... hmm

 
hari terakhir bersama Pengerusi dan AJK Tender

 
tiba-tiba saya rasa terharu atas komitmen yang telah mereka sumbang selama beberapa bulan bersama meneraju mesyuarat tender

senyum walau pada hari saya mengharungi kekalutan masa tahap maksima. 
Perjalanan dari Shah Alam-Asia Jaya-Port Klang-Shah Alam-Kuala Lumpur-Subang.... huhu. 
Masa itu emas! Alhamdullillah... sesekali perkara sebegitu membuatkan saya semakin berdikari

menghadiri taklimat tender yang mana majoritinya tauke-tauke beras...
so I spoke Hokkien.wink! wink!

sadly... selepas menukar air balangnya, Molly Cookies meninggal dunia dek kerna kesalahan mrs Cyana menggunakan air suam menggantikan air lamanya..... whuaaa!!! Please forgive me. I miss you Molly Cookies!!! Selepas ini tiada lagi teman di bilik mandi. Good Nite!


No comments:

Post a Comment