Wednesday, August 29, 2012

* me && him *

me&&him

Assalaam alaykom... Yes.. I'm smilin'! I love the 'me&&him' photo. Dua karektor dari dunia imaginasi yang berbeza namun kami berkongsi minat dan hobi yang sama iaitu merakam gmbo. hubby Moose dari dunia multimedia, akrab dengan perihal kreatif dan bisa menghasilkan produk berwarna-warni seperti ceria melihat pelangi. Namun hubby Moose lebih gemar berada di barisan belakang pentas kecuali jika diminta beliau menyanyi... pasti anda yang mengenalinya akan terasa pelik bila mana mendengar mr Moose bersuara bass bisa mendendangkan second or third voice. Gifted! Thank you ALLAH! saya ditemani Insan Terchenta berjiwa seni yang tegar melayan karenah wifey yang seperti kartun chicken little.

mrs Cyana dari latar belakang Teknologi Maklumat pula mempunyai watak berbeza yang mana mahu semuanya laju.. bak kata hubby Moose baca berita juga mahu laju seperti mahu mengejar tren di pagi hari. ahaks! owh... mungkin wifey kecil dan lebih aktif pada zahirnya mahu semuanya laju.. makan laju, jalan, tulis, bercakap semuanya mahu laju tanpa noktah. hiks. Dan mungkin kerna wifey memegang peranan berbeza iaitu sentiasa berada di bahagian hadapan atau tepian pentas dek kerna tugas saya sentiasa bersama mikrofon atau walkie-talkie!! maksud lain adalah wifey suka bercakap! cakap dan cakap! Pelik bukan jika satu hari tidak mendengar saya bercakap? Lumrahnya anda akan berasa pelik jika bertemu saya tanpa senyuman.. kerna saya lebih gemar berada dalam dunia ceria dengan senyuman.

ALLAH swt MAHA mengetahui untuk memberi teman hidup kepada kita yang berbeza karektor agar kehidupan kita lebih bermakna dan ceria. I love my life! 


No comments:

Post a Comment