smiley Cyana
Assalaam alaykom.. owh menaip dengan satu jari adalah sukar. Walaupun mengalami sedikit kecederaan di jari manis dan tengah, hati tetap mahu update blog memandangkan sedang gembira dengan keberadaan kaum keluarga yang jauh dan dekat berkumpul bersama meraikan sambutan ulang tahun kelahiran lil' Ulya yang berumur 7 tahun dan telah berjaya puasa penuh setakat catatan aunty Cyana ini. Full house!!! Selain itu pastinya iftar, solat jemaah dan taraweeh lebih bermakna dengan kehadiran Imam Muda brother Muawwidz yang membuat kejutan buat keluarga besar kami kerna terbang pulang dari bumi Ambia Egypt tanpa pengetahuan kami semua.. {owh.. surprise yang sangat berhasil ya sista Fateyn!}. Tidak lupa juga kehadiran saudara dari tanah besar Australia... mak Ngah, uncle Hakim & family yang turut serta bersama.
Gembira dengan kemeriahan ahli keluarga the Wayfarers jelas terasa apa ntah lagi dengan keriangan kanak2 bermain bunga api. owh.. more update nanti bakal disusuli dengan entry bergambo. Hari ni, aunty Cyana sibuk menjaga lil' Ammar sampaikan sekeping gambo pun tidak dirakam.. hehe. Anyway.. I'm blessed dengan keluarga besar yang akan meraikan kemenangan Ramadhan Al-Mubarak bersama. InshaALLAH.
Good nite!
No comments:
Post a Comment